Ulang Tahun Ke-8 KidZania Kuala Lumpur Sebagai “City of Infinite Possibilities”

KidZania Kuala Lumpur menjanjikan kegembiraan dan pengalaman berbeza sempena sambutan ulang tahun yang ke-8.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai tempat yang memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk memupuk impian yang besar, KidZania Kuala Lumpur menjanjikan kegembiraan dan pengalaman berbeza sempena sambutan ulang tahun yang ke-8.

Melangkah sahaja masuk, anak-anak akan dibantu oleh ‘Zupervisor’ yang hebat dari KidZania Kuala Lumpur. Mereka akan memastikan anda sekeluarga mencuba pelbagai aktiviti, persembahan menarik dan bengkel pendidikan yang disediakan.

Ia turut membolehkan anak-anak menerokai keupayaan mereka untuk menggapai cita-cita tinggi. Terdapat empat aktiviti utama yang ditawarkan iaitu Tealive Infinity Cups Challenge dan Nips Straw Challenge.

Kidzania Malaysia

Ia bertujuan meningkatkan pergerakan anak-anak, menguji ketepatan dan mencabar kemahiran motor dan deria. Bukan itu sahaja, anak-anak juga berpeluang menyertai Pertandingan Mewarna yang dianjurkan oleh Malaysian Palm Oil Council (MPOC) dan Pertandingan Infinity Bracelet Race, iaitu mencipta gelang dengan pelbagai bentuk. Manakala, tiga bengkel istimewa turut disediakan iaitu Infinity Tuna Wrap oleh Mission Foods, bengkel Faber-Castell’s Infinity Colouring Party dan bengkel DIY Infinity Mask.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kidzania Malaysia

 ‘’Sudah 8 tahun ditubuhkan dan bilangan pengunjung meningkat setiap tahun. Ia meletakkan kami antara lokasi pilihan untuk keluarga beriadah. Kami juga diiktiraf sebagai rakan ko-kurikulum oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,’’ kata Datuk Bandar KidZania Shahrul Nizar Ahmad.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Objektif KidZania Kuala Lumpur adalah untuk memastikan kanak-kanak mempunyai ‘kuasa’ menakluk dunia dengan pelbagai pendedahan nilai kreatif, inovatif, pengetahuan kewangan, berfikir diluar kotak dan memberikan mereka inspirasi untuk ‘bermimpi’ dengan lebih besar.

 

KidZania juga dibantu oleh rakan penaja seperti Faber-Castell, Kodomo Lion, Mission Foods, Tealive dan Malaysian Palm Oil Council (MPOC).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan