Kipas Tiba-Tiba Patah & Jatuh, Orang Ramai Diminta Waspada Jika Guna Kipas Jenama Ini!

Kipas jatuh dan patah merupakan perkara yang paling menakutkan buat seisi keluarga. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kipas jatuh adalah salah satu insiden yang paling ditakuti oleh orang ramai. Lebih-lebih lagi jikalau ianya terjadi ketika waktu tidur atau ramai tetamu di rumah, terutamanya masa ada kanak-kanak kecil. Bahaya sungguh!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kipas jatuh dengan sendiri, wanita serik pakai kipas jenama ini
  • Bersyukur kipas tidak berfungsi ketika jatuh

Kipas jatuh dengan sendiri, wanita serik pakai kipas jenama ini

Seorang pengguna Facebook iaitu Sarina Basir menerusi grup Deco Apa Hari Ini telah berkongsi pengalaman mengejutkan yang telah berlaku di kediamannya apabila kipas siling di dapur secara tiba-tiba telah patah. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba patah. Mana tak pelik, kan?

Dia menceritakan sebelum ini pernah melihat beberapa hantaran mengenai kes seperti ini, tapi tidak dihiraukan dan sukar untuk percaya kipas boleh patah secara sendiri.

“Ada yang guna kipas jenis ni dekat rumah? hati² ye..bilah kipas ni boleh patah dengan sendirinya..sebelum ni saya perasan ada yang post dekat group deko-deko, bilah kipas rumahnya patah tetiba.saya macam tak percaya juga sebab macam pelik, macam mana boleh patah dengan sendiri kalau tak ada yang ketuk, bila dah kena dekat diri sendiri, barulah saya percaya, ianya bukan rekaan, tapi betul-betul boleh berlaku.
 
“Kipas yang saya guna ni jenama Deka.betul-betul patah, bukan skru tercabut ye..boleh tengok dekat gambar yang saya attach seterusnya,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
 

Mujur kipas tidak berfungsi ketika patah

Walau bagaimanapun, wanita ini bersyukur kerana ketika kejadian, kipas berkenaan tidak dipasang dan tiada kemalangan berlaku.

“Tengah malam tempoh hari, anakanda Damia Husna ketuk bilik kami, bagitahu daddy dia yang kipas dapur ini tertanggal sendiri.dia terkejut sebenarnya dengar bunyi benda jatuh.mujur masa kejadian, kipas tak berfungsi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kami semua dah tidur.saya cuma risau jika sedang berfungsi, tiba-tiba patah bilahnya. Nauzubillahhiminzalik. Alhamdulillah..Allah lindungi kami semua.cuma kepada yang memasang kipas jenis macam ini, harap berhati-hati ye,” ujarnya.

Semoga artikel dapat memberikan manfaat dan pengajaran buat anda di luar sana. Sekali-sekala, periksalah keadaan kipas di rumah masing-masing. Risau juga kalau insiden seperti ini berlaku. Semoga dijauhkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Idea Deco Bilik Tidur Rumah Kampung Bertemakan Putih, Nampak Moden & Lebih Luas

Baca juga: Ayah Kreatif Buat Flying Fox Untuk Anak Dalam Rumah, Ramai Yang Nak Join Main Sekali!

Baca juga:  Stor Rumah Bersepah & Berserabut, Wanita Ini Kongsi Cara Mengemas Dengan Teratur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.