Setiap Tahun Mengandung , Wanita Bersyukur Dikurnia 11 Anak Pada Usia 36 Tahun

Kisah anak ramai tular apabila wanita berusia 36 tahun ini mempunyai 11 orang anak dengan mengandung dan melahirkan anak hampir setiap tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zaman sekarang, memang jarang kita dengar tentang kisah ramai anak dalam sesebuah keluarga. Gaya hidup moden dan tumpuan yang lebih kepada kerjaya mungkin menjadi penyebab utama.

Namun begitu, masih ada lagi yang memilih untuk membina keluarga besar dan meriah seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita dari Subang, Jawa Barat menjadi perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Hamil 11 Orang Anak Hampir Setiap Tahun

Wanita bernama Liya ini, yang kini berusia 36 tahun, mengejutkan ramai apabila kisahnya yang mempunyai 11 orang anak tular, seperti yang dilaporkan oleh portal Merdeka.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Liya berkongsi bahawa dia berkahwin dengan seorang lelaki dari Jordan pada usia yang sangat muda.

Kini, anak sulungnya berusia 16 tahun, diikuti oleh anak-anak lain yang berumur 15, 14, 12, 10, 9, 7, 6, 4, 2 tahun, dan yang paling kecil baru berusia 9 bulan.

Liya, yang kini menetap di Jordan bersama keluarganya, menceritakan bahawa dia hamil hampir setiap tahun sejak mereka berkahwin pada tahun 2007.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sibuk Uruskan Anak-Anak

Dia tidak pernah pulang ke Indonesia sejak itu kerana setiap tahun mengandung dan melahirkan anak.

“Inilah keluarga besar saya. Sejak berkahwin, saya belum pernah pulang ke Indonesia kerana hampir setiap tahun hamil dan melahirkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doakan kami dapat pulang ke Indonesia tanpa sebarang halangan,” katanya.

Video kisah anak ramai tersebut mendapat sambutan luar biasa di media sosial dan berjaya mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata warganet memuji kesabaran dan kekuatan Liya dalam menguruskan keluarga besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ramai anak, murah rezeki,” komen seorang netizen.

“Zaman sekarang jarang kita dengar orang ada ramai anak. Semoga anda sekeluarga sihat selalu,” tambah seorang lagi pengguna media sosial yang turut mendoakan kesejahteraan keluarga besar tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 28 Anak 4 Isteri Tinggal Berhimpit, Bapa Jenis Ego & Ambil Mudah Punca Anak-Anak Tidak Bersekolah

Baca juga: 30 Tahun Hidup Bersama, Pasangan Ini Kekal Mengasingkan Tempat Tidur & Keperluan Harian

Baca juga: Bukan Mudah Menjadi Suri Rumah, Selain Perlu Bekerja & Mengurus Anak-Anak, Ini Sebabnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah