Kalau dah namanya rezeki datang bergolek, siapa sahaja tidak akan mampu menolaknya kan? Kisah anak ramai bukanlah sesuatu perkara baharu dalam masyarakat dunia. Namun siapa sangka keluarga ini menjadi tular apabila mereka memiliki seorang ibu yang hebat sehingga bakal melahirkan anak yang ke-16.
Mungkin bagi sesetengah pasangan yang sudah berkahwin akan merasakan bebanan setelah anak memasuki 3 orang. Tapi tidak bagi suami isteri ini kerana mereka sudah memiliki cahaya mata yang ramai dan comel ketika usia masih muda.
Kisah anak ramai dan ahli keluarga yang unik
Seorang ibu, Patty Hernandez dari California yang memiliki 15 orang kini disahkan hamil sekali lagi. Dia yang baru berusia 38 tahun berkenaan dijangka akan bersalin pada bulan Mei tahun hadapan.
Keluarga ini dianggap begitu unik apabila mereka mempunyai 5 orang anak lelaki dan 10 lagi anak perempuan dan kesemuanya diberi nama dengan awalan huruf C iaitu CarlosJr, Christopher, Carla, Caitlyn, Cristian, Celeste, Cristina, Calvin, Catherine, Carol, Caleb, Caroline, Camila, Charlie dan Crystal.
Menurut laporan dari media tempatan, ketika ini dia bersama suaminya, Carlos Hernandez tinggal bersama anak-anaknya di sebuah rumah yang memiiki 5 bilik di wilayah Charlotte, North Carolina.
Kisah anak mereka mula menjadi perbualan hangat orang ramai sejak tahun 2019, namun selepas itu berjaya melahirkan dua orang bayi lagi iaitu Charlie (pada Mei 2019) dan Crystal yang baru lahir ketika pandemik Covid-19 bulan April lalu.
Menyedari dia memiliki jumlah anak yang begitu ramai, Patty sentiasa berasa senang dengan keadaan itu dan sejak dulu bersedia untuk hamil lagi.
Menurutnya, keadaan ini hanya memberikan sedikit tekanan serta kesukaran ketika perlu menjaga bayi yang baru lahir kerana selalu menangis dan perlu melayan setiap karenah. Tetapi pasangan ini sama-sama menikmati proses perkembangan anak-anak mereka.
Bukan itu sahaja, Patty turut menyatakan bahawa dia tidak pernah menggunakan sebarang pencegah kehamilan dan reda sekiranya dia mengandung lagi.
”Kami hanya serahkan perkara ini kepada Tuhan. Apa juga yang ingin diberikan, kami sentiasa rasa bahagia,” jelasnya.
Cara mudah menguruskan anak yang ramai
Pastinya setiap anak memerlukan perhatian dan kasih sayang dari ibu ayah secara adil. Mereka yang semakin membesar ada kalanya terpaksa membuatkan anak perlu ulang-alik untuk menghantar anak ke sekolah pada setiap hari.
Beberapa tips ini penting bagi menyemai sahsiah diri yang baik dalam anak-anak iaitu:
#1. Berikan kebebasan menikmati zaman kanak-kanak
Di awal persekolahan, ibu ayah janganlah terlalu mementingkan kecemerlangan anak-anak kerana mereka perlu didedahkan dengan konsep gagal dan just follow the flow.
Perkara yang lebih penting adalah membentuk jati diri mereka melalui pembinaan akhlak yang baik seperti menghormati orang tua, tidak membuang sampah merata-rata dan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja.
#2. Menetapkan syarat dan peraturan di rumah
Memandangkan anak-anak ramai, jadi tidak salah untuk ibu ayah membahagikan beberapa tugasan di rumah seperti membersihkan tandas, mencuci pakaian dan mengemas rumah secara bergilir-gilir.
Hal ini adalah penting bagi mendisiplinkan si manja dan menjadikan mereka anak yang bertanggungjawab. Kesannya, setiap ruang di dalam rumah tidak lagi bersepah dan ibu pun akan tersenyum bahagia tanpa mengeluh!
#3. Luangkan masa bersama
Bagi anda yang memiliki masa agak terhad dan sibuk bekerja, cubalah untuk usahakan sedikit masa bersama keluarga. Anak-anak sebenarnya memerlukan perhatian dari ibu ayah.
Usahlah mengharapkan tugas menjaga serta membesarkan anak-anak sepenuhnya pada bahu pengasuh atau orang gaji. Kesan terhadap perkembangan sahsiah mereka tidak akan sama jika dibandingkan mengikut acuan anda sendiri.
Jika anda memiliki bajet lebih, boleh sahaja rancang aktiviti berkelah di tepi pantai atau cara paling mudah adalah bawa pulang ke kampung. Melalui aktiviti bersama keluarga ini dapat memupuk nilai kasih sayang antara anak dan akan menjadi salah satu kenangan terindah dalam hidup mereka.
Sebenarnya sesuatu perkara tidak akan menjadi terlalu sukar atau bermasalah jika anda dan pasangan bersama-sama mencari kaedah yang terbaik dalam membesarkan amanah Allah S.W.T. Apa yang penting, percayalah akan rezeki sudah terselit bersama kehadiran cahaya mata dalam keluarga.
Sumber: Harian Metro, Borakdaily
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkeluarga-harmoni