Assalamualaikum ,
Kisahnya bermula pada (16 oktober 2022) dimana saya dan suami nak keluar berjalan pada pukul 8.30pm. Saya tinggal di kawasan flat 10tingkat dan saya ditingkat 9. Semasa nak keluar kami diberitahu oleh jiran yang lif rosak sejak petang lagi , jadi suami melarang saya untuk ikut keluar kerana perlu menggunakan tangga untuk turun kebawah suami kuatir akan membahayakan saya tetapi saya degil nak ikut juga kerana tidak mahu duduk berseorangan di rumah. Jadi suami hanya ikutkan dan menurun tangga secara perlahan . Sepanjang malam kami keluar perut hanya kerap mengeras tetapi tak ada rasa sakit ataupun keluar tanda tanda nak bersalin. Pukul 3am (17 oktober 2022) baru kami balik dari keluar berjalan , mujur lif dah dibaiki . Kemudian saya hanya dapat tidur selama 1jam sahaja dan perut terasa sakit yang teramat sangat yang tak boleh digambarkan atau dijelaskan !! Menonggeng , mengiring , cangkung , duduk atau baring semua tak kena ๐คง Memang sakit sangat2 . Mungkin kerana ini pengalaman pertama jadi saya taktahu yang saya tengah rasa itu adalah sakit contraction ๐คข sakitnya 5minit ok dan 5minit sakit . Saya tahan sehingga pukul 8.30am tanpa beritahu suami walaupun saya dah menangis nangis ๐ Tiba tiba 8.30am tu ada turun darah sedikit , terus panic kejut suami untuk pergi ke hospital (HKL) . perjalanan mengambil masa kerana jalan yang agak jem kerana hari bekerja . Lebih kurang pukul 9am โ 10am sampai di hospital terus daftar dan menunggu nama dipanggil . Nasib baik pada waktu tersebut masih tidak ramai ibu mengandung . Masa nama dipanggil terus check tekanan darah , air kencing kemudian check jantung baby terus doc check bukaan . Rupanya bukaan dah 3cm . Terus doc cucuk branula dan tunggu untuk tolak ke Labour room . Layan layan lagi contraction sampai pukul 11am and doktor datang check bukaan dah 6cm ๐ Tak sempat nak admit wad tengok bukaan cepat bukak terus doc call Labour Room tanya room kosong , Pukul12 pm macam tu terus ditolak ke Labour room , saya call suami mintak buat swab test dan naik ke Labour Room untuk teman bersalin . Tak sempat suami cari makanan kerana dua-dua tak sempat breakfast. Pada pukul 12pm lebih doc bantu pecahkan ketuban untuk cepatkan lagi bukaan kerana baby dah buang air besar dalam perut . Doc monitor jantung baby takut drop. ๐ Doc kata kalau bacaan jantung tak cantik terus ceaser . Allah nak gugur jantung masa tu , dalam 15minit macam tu bacaan jantung baby ok cantik . doc cuma pesan kalau ada rasa nak buang air besar cepat cepat panggil doc . Tak sempat nak cucuk epidural pun sebab pukul 2.15pm contraction makin sakit , Doc check rupanya dah rasa kepala baby . Sangat cepat ye bukaan bukak ๐คฃ Huhu
Push .. push .. push dengan sokongan suami lagi , pukul 2.27pm terus keluar seketul baby girl secara normal . syukur tak perlu ceaser ๐คฒ๐ผ
Masa bersalin Alhamdulillah yang sakit cuma contraction , masa baby keluar dan jahit tak terlalu sakit ๐ฅฒ mungkin sebab dan lapar sangat dan ngantuk! Jahit pun tak banyak , semasa jalan dan buang air tak rasa sangat jahitan tu . 24jam je duduk dalam wad terus discharge sebab baby tak kuning . Allah je yang tahu nikmat bersalin tak sakit ni rasanya macam mana . Penangan turun tangga punya pasal !! ๐