Selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari, kisah cinta Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah kembali hangat diperkatakan.
Malah, Tun Dr Mahathir yang juga dikenali Tun M berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negara dari Barisan Nasional (BN).
Oleh sebab ketokohan dan semangat yang tak pernah luntur demi negara cinta, beliau menjadi contoh terbaik yang boleh diikuti anak muda.
Begitulah juga dengan kisah cinta Tun Mahathir ini bersama Tun Siti Hasmah yang tak terlepas terkena tempias dek populariti Tun M selepas kemenangan itu.
Pepatah orang putih mengatakan, behind every successful man, there is an even greater woman. Pepatah itu memang sesuai ditujukan pada pasangan sejoli ini!
Kisah cinta Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah bukti #relationshipgoal
Mengulang kembali detik perkenalan dan kisah cinta Tun Mahathir bersama isteri, kedua-dua tokoh negarawan ini sebenarnya merupakan pelajar perubatan di King Edward VII College of Medicine di Singapura.
Mereka berkahwin pada tahun 1956.
Lihat saja gambar yang kami sediakan ini, bukti kisah cinta Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah tak pernah pudar malah tetap manis bak gula!
1. Bergambar sebelum Tun M angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-7
Tun Siti Hasmah tidak lekang memberi semangat pada suaminya sebelum istiadat mengangkat sumpah dilantik menjadi Pertama Menteri ke-7 negara, buat kali kedua. Tahniah Tun M! Seluruh rakyat Malaysia bangga dengan Tun.
2. Berpelukan selepas pengiraan undi Tun M menang
Tun Dr Siti Hasmah setia di sisi suami saat suka dan duka. Kisah cinta Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah tetap loving sampai bila-bila. Maut saja yang akan boleh memisahkan mereka.
Ia terbukti, isteri pendorang semangat suami. Lihat saja bagaimana Tun Siti Hasmah akan mencium dan memeluk tubuh Tun M selepas diumum menang di Langkawi.
3. Bila sesi bergambar mesti nak gelak
Tun Siti Hasmah memang suka bergurau. Tengok saja dalam gambar ini, nak bergambar pun sempat lagi nak gelak. Comel saja Tun berdua ini!
4. Main doktor-doktor pun comel!
“Mari saya check tekanan darah awak” mungkin ini yang diucapkan Tun M pada Tun Siti Hasmah.
Kedua-duanya pun memang doktor perubatan dahulu, sebelum Tun M menceburi bidang politik.
5. Tetap nampak lucu walaupun tengah nak nyanyi
Apa agaknya yang lucu sangat itu, Tun? Walaupun memegang tampuk utama negara sebanyak dua kali, namun Tun M tetap mengisi masa lapangnya berkaroake bersama adinda tercinta, Tun Siti Hasmah.
Macam lagu hindustan je yang Tun nyanyi sebab Tun Hasmah pakai sari. Betul tak?
6. Gambar mesti terselit lucu
Dua-dua sporting saja bila bergambar. Seorang tersengih, seorang lagi mulut senget. Aduhai comel sungguh. Inilah bukti #relationshipgoal hingga ke tua!
7. Tun. M layan saja kerenah Tun Siti Hasmah
Haha… gambar ini paling kelakar, aduhai macam budak-budak pula bila tengok Tun berdua ini. Tun M pun layan sajalah karenah isteri tercinta.
“Hello…hello…awak kat mana tu?”
8. Tun Siti Hasmah suka sakat Tun M bila bergambar
Gambar pertama elok saja bergambar. Gambar kedua, boleh pula Tun Siti Hasmah buat ‘peace’ belakang Tun M, memang sporting habis!
9. Keluar tengok wayang bersama
Mesti ada yang tertanya-tanya Tun M pergi tengok wayang ke tak? Ianya terbukti pada gambar ini!
Tun M dan Tun Siti Hasmah pun macam kita juga dating pergi tengok wayang. Tengok cerita apa tu Tun? Macam best saja…
10. Gambar selfie berdua macam pasangan bercinta yang lain
Tun M pun tak terlepas untuk berselfie berdua. Romantis saja Tun berdua ini. Mesti Tun Siti Hasmah yang ajak bergambar ni…
“Yang…jom kita selfie…1…2…3…senyum”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Rojak Daily
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkisah-permulaan-cinta-tun-dr-mahathir-dan-tun-siti-hasmah/