Pengantin Lelaki Sengaja Siar Video Curang Pasangan Masa Majlis Perkahwinan Berlangsung!

Wow, ini adalah senario yang sangat dramatik! Majlis perkahwinan pasangan ini hampir kelihatan seperti adegan dari filem! Alamak...

Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda mendapati pasangan curang di belakang anda, padahal segala persiapan perkahwinan telah disiapkan? Mungkin anda akan membatalkan sahaja perkahwinan, namun seorang lelaki ini mahu kisah curang tunangnya dipertontonkan semasa majlis perkahwinannya!

Wah, dah macam dalam drama!

Kisah Curang Yang Mendapat Perhatian Di Majlis Perkahwinan

Zhuo, seorang penyiasat telah diupah oleh ahli perniagaan yang kaya di Singapura yang ingin memeriksa latar belakang pasangannya sebelum melangsungkan perkahwinan mereka.

Maka Zhuo bertindak mengikuti tunang lelaki kaya tersebut selama 1 setengah bulan. Namun wanita tersebut dilihat menjalani hidupnya dengan normal dan tidak mempunyai sebarang aktiviti yang mencurigakan sehingga Zhuo hanya melaporkan tiada apa yang pelik.

Walau bagaimanapun pada minggu berikutnya, tunang lelaki tersebut mula menunjukkan belangnya. Dia telah dilihat bersama lelaki lain, dan merancang untuk bertemu di hotel.

Menariknya, Zhuo berjaya mendaparkan bukti beserta video curang wanita tersebut.

“Mereka pergi ke bilik bersama tetapi salah seorang daripada mereka pergi terlebih dahulu sebelum yang lain. Walau bagaimanapun, kedua-duanya keluar dari bilik pada masa yang sama. “Anda pasti boleh teka apa yang mereka lakukan di sana”

Majlis Perkahwinan Tetap Berlangsung

Dia telah memberikan rakaman video kepada ahli perniagaan tersebut, dan menganggap lelaki itu akan membatalkan perkahwinan itu walaupun mereka telah menempah tempat perkahwinan mereka.

Tetapi hakikatnya berbeza sama sekali apabila dia menerima panggilan daripada ahli perniagaan yang menjemputnya ke majlis perkahwinannya, dengan gadis yang sama!

Walaupun Zhao terkejut, tetapi dia masih pergi untuk menghadiri majlis tersebut. Nampaknya kisah curang ini semakin menjadi-jadi!

“Pada majlis makan malam perkahwinan ketika mereka mula memainkan video “flashback” kisah cinta pengantin perempuan dan pengantin lelaki, rupanya ada kejutan yang tidak menyenangkan menunggu pengantin perempuan yang menipu. Sedang video ditayangkan, tiba-tiba pengantin lelaki memainkan rakaman video curang pengantin perempuan di hadapan semua orang yang hadir.

Pengantin wanita tersebut berasa sangat malu dan terhina apabila melihat rakaman video curang dirinya, lalu bertindak lari meninggalkan majlis! 

Kenapa Pasangan Boleh Berlaku Curang?

Apabila pasangan curang, pastinya kita akan terus menyalahkan pasangan 100%! Tetapi pernahkah anda terfikir kenapa pasangan kita membuat keputusan untuk curang?

1. Paras Rupa Yang Menawan 

Bila seseorang itu mempunyai wajah yang menarik, pastinya dia mempunyai ramai peminat malah mudah sahaja menarik perhatian sesiapa sahaja yang dia suka

Mungkin pada awalnya dia cuma mahu test market, tapi lain pula jadinya bila sudah terlalu kerap meluangkan masa bersama.

2. Cepat Bosan

Ada sesetengah orang cepat bosan dengan pasangan, terutama apabila pasangan tersebut tidak berusaha untuk merancakkan perhubungan tersebut. Tambahan pula asyik bergaduh saja!

Bila isu yang kecil pun selalu diperbesarkan, siapa yang tidak bosan? Dari mencari jalan keluar, si dia pula mengambil keputusan untuk curang pula! Kalau dah bosan, bukankah lebih baik berterus terang sahaja?

3. Balas Dendam

Balas dendam mungkin kerana dia pernah dipermainkan oleh orang lain, atau mungkin anda sendiri. Tetapi kalau disebabkan orang lain dan dia balas dendam kepada anda untuk kepuasan dirinya sendiri, sadis betul sebab anda pula yang jadi mangsa!

Kisah curang sebegini tentunya sangat dramatik, malah selalu berlaku dalam drama! Hihi.

4. Rimas Dikongkong

Sekiranya anda suka bertanya aktiviti pasangan sepanjang masa dan ketika, dan suka menyekat pergerakkan pasangan, pasti dia rimas! Tambahan lagi jika anda suka menuduh dia bermain kayu tiga.

Kalau dah selalu kena tuduhan sebegitu, pasti dia akan memberontak juga! Ingatlah yang pasangan anda tu ada kehidupan sendiri, kalau belum bernikah jangan over pula ya.

5. Tidak Menjaga Penampilan

Kalau dah berjaya dapatkan pasangan, tolonglah jaga penampilan sama seperti masa mula-mula berkenalan dulu.

Bukan penampilan sahaja, tetapi cara layanan pun kalau boleh janganlah berkurangan pula. Namun semua ini bukan alasan untuk si dia curang, boleh saja dia beritahu anda yang dia tidak gemarkan penampilan anda bukan?

Ada tak di kalangan anda yang pernah dicurangi atau berlaku curang terhadap pasangan? Jom kongsi bersama kami di ruangan komen.

Perlukah saya memaafkan pasangan saya yang telah curang?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Selain Seks, Ada 3 Jenis Kecurangan Lain Yang Selalu Dibuat Pasangan

Penulis

Beto Rahman