Menitis Air Mata, Lihat Janin 21 Minggu Ini Sentuh Jari Doktor Selepas Selesai Pembedahan

Ikuti kisah menyentuh hati ini tentang janin berusia 21 minggu terpaksa melalui pembedahan penting dan memegang tangan doktornya seakan berterima kasih!

Kisah ini menyentuh hati orang ramai, disebabkan bayi dalam kandungan mempunyai masalah pada tulang belakang, janin 21 minggu terpaksa dilahirkan untuk dilakukan pembedahan. 

Walau bagaimanapun sebaik perut ibu dibedah, tangan bayi comel yang sudah terbentuk sempurna itu tiba-tiba menggenggam jari doktor bedah seolah-olah ingin berterima kasih padanya.

Mari ikuti kisah menyentuh hati di dalam bilik pembedahan ini.

Kisah menyentuh hati tentang janin 21 minggu

Tepat sebelum Krismas, Tara Hallman diberitahu janin berusia 20 minggu yang sedang dikandungnya mengalami ‘spina bifida’, sebuah cacat lahir pada tulang belakang bayi.

Salah satu penyelesaian yang disyorkan oleh doktor adalah dengan melakukan pembedahan janin di saat bayi masih berada dalam rahim!

Sememangnya tiada cara perubatan lain yang dapat mengatasi masalah ‘spina bifida’ sehingga kebanyakan orang dulu-dulu memilih untuk menggugurkan kandungan jika mendapati bayinya menghidap masalah ini.

Jika kehamilan diteruskan, bayi yang baru lahir dengan ‘spina bifida’ berisiko mengalami masalah kesihatan yang serius.

Fungsi pembedahan janin pada bayi spina bifida

Sebuah kajian baru yang diterbitkan di New England Journal of Medicine mengatakan  jika bayi dibedah saat masih berada dalam rahim, komplikasi ‘spina bifida’ dapat dikurangkan.

Penelitian ini dilakukan terhadap 158 ibu hamil yang bayinya mengalami ‘spina bifida’ dan menjalankan pembedahan janin. Hasilnya, bayi yang mengalami kecacatan otak berkurang sebanyak sehingga 1 per 3 dan hampir separuh bayi selepas dilahirkan dapat berjalan tanpa bantuan tongkat.

Kisah menyentuh hati : Janin 21 minggu ini seolah-olah ingin berterima kasih

Foto ini menunjukkan bagaimana janin berusia 21 minggu yang dikandung Tara berusaha menggapai jari doktor bedah di saat proses pembedahan dalam kandungan. Bayi ini didiagnosis mengalami ‘spina bifida’ dan tidak akan bertahan hidup jika dikeluarkan dari rahim.

Selama prosedur pembedahan janin dilakukan, doktor mengeluarkan rahim melalui pembedahan caesar dan membuat belahan kecil untuk pembedahan janin.

Setelah pembedahan selesai dilakukan, bayi dan rahim tersebut dikembalikan semula ke dalam tubuh ibu. Ketika doktor bedah telah selesai melakukan tugasnya, tiba-tiba tangan bayi comel yang telah terbentuk sempurna ini keluar dari celah belahan tersebut dan memegang jari  doktor!

Bayi ini seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor yang telah menyelamatkan nyawanya dan memberi kesempatan hidup lebih baik. Sungguh, ini kisah menyentuh hati.

Penting mengambil asid folik ketika mengandung

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Sunway Medical Centre Velocity, Dr Nor Elyana Noordin, kebaikan dan kepentingan asid folik ini memainkan peranan utama dalam pertumbuhan sel-sel badan yang sihat dan juga penting dalam penghasilan darah merah.

Ibu mengandung perlu mengambilnya kerana asid folik boleh mengelakkan risiko cacat lahir iaitu neural tube defect (NTD) atau kecacatan tiub neural seperti spina bifida dan anencephaly (ketiadaan sebahagian besar otak dan tengkorak).

Menurut Dr Nor Elyana juga, ibu mengandung perlu mengambil asid folik untuk mengelakkan risiko kecacatan lahir.

Kajian menunjukkan, ibu-ibu yang pernah mempunyai bayi yang mengalami NTD, risiko NTD dapat dikurangkan sebanyak 40 hingga 100 peratus setelah mengambil asid folik.

Asid folik diperlukan untuk pembentukan janin. Terdapat banyak jenis NTD, tetapi NTD yang biasa berlaku ialah spina bifida dan anencephaly.

Spina bifida ialah keadaan yang mana saraf tunjang tidak terbentuk dengan sempurna. Masalah yang dihadapi untuk pesakit spina bifida adalah bergantung kepada jenis spina bifida. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah:

  • Masalah untuk berjalan – Ini kerana saraf yang yang tidak terbentuk dengan sempurna menyebabkan kaki lemah
  • Masalah usus dan pundi kencing – Saraf yang tidak berfungsi menyebabkan hilang kawalan membuang air besar dan kencing
  • Masalah kulit – Kehilangan deria rasa di bahagian kaki menyebabkan kecederaan tanpa disedari.
  • Anencephaly pula ialah keadaan yang mana sebahagian otak dan tempurung kepala tidak terbentuk dengan sempurna. Ini adalah kecacatan serius dan hampir majoriti bayi dengan keadaan ini meninggal selepas lahir.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga: Kisah Bersalin Ini Cukup Menakjubkan Hingga Tak Dapat Diungkap Dengan Kata-Kata

Penulis

Aqma