Kisah permulaan cinta Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah

Kesetiaan Tun Mahathir tidak berbelah bagi kerana beliau sanggup menunggu Tun Siti Hasmah sehingga tamat pengajiannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada Sabtu alau, ketika Bersih 5.0 sedang dijalankan, telah viral suatu dialog Siti Hasmah yang risaukan keadaan suaminya, Tun Mahathir. Kini, yang menjadi viral di laman social adalah tentang bermulanya kisah percintaan di antara dua ikon yang sentiasa di hati rakyat Malaysia ini.

Kisah ini diceritakan oleh Adam Mukhriz, individu yang sama yang telah kongsikan bersama kisah dialog Siti Hasmah yang telah viral baru-baru ini.

Apa yang mengingatkan Adam tentang bermulanya kisah percintaan mereka adalah kerana kisah itu berlaku dalam hujan sama seperti dialog Siti Hasmah yang diviralkan itu.

Dalam kisah itu, Tun Dr. Siti Hasmah menceritakan bagaimana hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir menjadi rapat. Ianya bermula ketika Tun Mahathir memberikan tunjuk ajar mata pelajaran fizik kepada Tun Siti Hasmah. Pada masa itu, keputusan matapelajaran fizik Tun Siti HAsmah tidak berapa bagus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suatu hari, Tun Mahathir telah menghantar Tun Siti ke sebuah stesen bas. Beliau sudah pun berlalu pergi tetapi patah balik ke stesen bas setelah melihat Tun Siti dibasahi hujan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tun Siti Hasmah telah bertanya kepada Tun Mahathir, kenapa beliau berpatah balik. Pada masa itulah Tun Mahathir menyuarakan isi hatinya kepada Tun Siti Hasmah buat pertama kali. Beliau menyatakan sebab beliau berpatah balik ke Tun Siti Hasmah adalah kerana beliau mencintainya.

Kesetiaan Tun Mahathir tidak berbelah bagi kerana beliau sanggup menunggu Tun Siti Hasmah sehingga tamat pengajiannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video dan gambar- gambar daripada Facebook Saya Sayang Tun M

Rencana dipetik dari Siakap Keli

Penulis

Michelle Goh