Jangan Tunding Jari Di Sebelah Pihak Sahaja, Setiap Perkahwinan Memang Selalu Diuji

Kisah rumah tangga suami isteri memang akan sentiasa dilanda musibah dan sesebuah perkahwinan itu tidak semestinya berakhir dengan bahagia.

Menjadi lumrah dalam kisah rumah tangga memang akan selalu diuji dengan pelbagai cabaran hingga berlakunya ketidakfahaman. Sebab itu, jika tiada tolak ansur dan budi bicara antara satu sama lain memang akan hancurlah sesebuah perkahwinan itu.

Sebab itu kita tidak boleh samakan kehidupan kita dengan orang lain kerana rencah hidup orang lain tak sama dengan kehidupan yang kita sendiri lalui.

Ini perkongsian daripada Firdaus Shakirin, jom ikuti bersama dan ambilkan ia sebagai nasihat dan pengajaran buat kita.

” Memang ada pasangan suami isteri yang makin lama hubungan mereka semakin bahagia dengan rasa cinta dan sayang setiap hari. Malah hubungan itu kian indah dan cukup bermakna.

” Namun untuk sesetengah pasangan pula, makin lama makin menderita bahkan hubungan itu seolah-olah menanti belah dan setiap hari memikirkan jalan keluar yang terbaik untuk mereka.

” Walaupun puas dicari mana sebabnya dan silapnya namun tetap tiada jalan penghujung. Lantas pasti ada satu hari yang seseorang daripada mereka akan melangkah keluar dan pergi meninggalkan hari yang malang itu untuk merasai kebahagiaan seperti mana orang lain.

Justeru, jangan sesekali samakan kehidupan dalam perkahwinan anda dengan orang lain kerana ia sama sekali lain dan berbeza.

Kisah rumah tangga – 7 Tanda anda telah mencapai kematangan

Apabila sudah sampai masanya, anda akan menyedari bahawa diri menunjukkan sikap kematangan dan lebih dewasa berbanding sebelum ini. Nak tengok apa ciri-ciri yang menunjukkan yang anda semakin matang? Ini di antaranya dan jom selidik satu persatu! 

#1. Kurang bercakap dan lebih mendengar

Anda sedar bahawa kurang bercakap dan lebih mendengar adalah lebih baik serta menunjukkan kematangan anda berdasarkan perkara yang lebih berasas.

Ini akan memberikan gambaran tentang anda yang lebih rasional kepada orang ramai dan dilihat lebih serius yang seterusnya menambahkan keyakinan pada diri sendiri. 

#2. Borak kosong bukan lagi menyeronokkan

Berborak kosong tentang cuaca, kerja atau haiwan peliharaan bukan lagi menjadi tarikan dan minat anda.

Bahkan, anda akan dilihat sering mengelak bila topik ini dibualkan dengan rakan-rakan yang lain.

Ini kerana anda merasakan kehidupan terlalu singkat untuk mengetahui perkara yang tak penting. Lantas anda akan mengubah topik perbualan dengan sesuatu yang lebih intelektual dan menarik.

#3. Belajar dari kesilapan dan pengalaman

Sebagai manusia anda tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Apabila diri semakin matang pasti anda belajar sesuatu daripada kesilapan yang lalu itu. 

Malah anda sedar bahawa kesilapan yang lalu itu adalah pengalaman berharga dan boleh menjadi pemangkin kebahagiaan anda sampai bila-bila.

#4. Lebih mudah memaafkan orang sekeliling

Kredit: Women’s day

Menyimpan dendam dan memikirkan hal remeh temeh dianggap sesuatu yang amat meletihkan. Bahkan, otak anda lebih suka digunakan untuk memikirkan perkara yang lebih penting, jadi memaafkan kesalahan orang lain adalah lebih baik.

#5. Tak lari dari tanggungjawab

Jika anda seorang suami dan ayah, pasti anda tidak lari dari menjalankan tanggungjawab anda setiap hari dengan keluar mencari rezeki untuk anak-anak dan memberikan yang terbaik mengikut keperluan keluarga.

#6. Menerima takdir dengan hati terbuka

Anda lebih matang jika lebih mudah menerima takdir yang sedang dilalui dan mengendalikannya dengan lebih baik berbanding dahulu.

Walaupun anda merasai kepahitan dan kepedihannya tapi anda lebih matang mencuci luka itu dengan sendiri dan bangkit daripada situasi yang sukar itu tanpa menyalahkan sesiapa.

#7. Lebih suka mendiamkan diri dari bertengkar

Memang bagus jika anda boleh mengutarakan pendapat jika merasakan ia berbaloi tapi dalam masa yang sama anda lebih suka mendiamkan diri daripada berhujah benda yang tidak sepatutnya hingga menyebabkan pertengkaran.

Lantas anda akan mengambil pendekatan dengan mendiamkan diri daripada habiskan tenaga dan masa dengan bertengkar yang tidak membuahkan apa-apa kebaikan.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Pesona PengantinIluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga