Terdengar Suara Sesak Nafas, Wanita Ditemui Maut & Bayi 4 Bulan Masih Di Payudaranya

Setiap yang hidup pasti akan merasai saat kematian. Kisah sedih seorang ibu muda ditemui meninggal dunia dan bayinya berusia 4 bulan masih menyusu di dada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak ada manusia di dunia ini mengetahui bila ajalnya datang menjemput. Begitu juga dengan kisah sedih seorang ibu muda meninggal dunia ketika anaknya masih kecil.

Disebabkan itulah anda dinasihatkan untuk sentiasa berbuat baik terhadap orang sekeliling dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri serta keluarga.

Kisah sedih seorang ibu muda ‘pergi’ dengan mudah

credit to sources

Menurut laporan Asia One, seorang bayi yang baru berusia 4 bulan telah ditemui pada payudara ibunya yang telah meninggal dunia. Kejadian berkenaan telah berlaku pada Selasa lalu di wilayah Lamphun, Thailand.

Difahamkan ibu muda berkenaan telah dilaporkan meninggal dunia beberapa jam sebelum pihak polis menemuinya dalam keadaan terbaring kaku di atas katil bersama dengan anaknya sedang menyusu badan.

Menurut laporan, wanita tersebut merupakan warganegara Myanmar baru sahaja berusia 25 tahun. Berdasarkan keterangan suaminya, dia menyatakan bahawa keadaan dan kesihatan isteri pada hari sebelumnya baik-baik sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya lagi, pada jam lebih kurang 3 pagi terdengar suara bayi sedang merengek dan diikuti dengan suara isterinya seperti seakan-akan bergelut kerana sesak nafas sedikit.

Namun dia langsung tidak menyangka bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kemudian, suaminya telah bangun pada pukul 5 pagi dan mendapati pasangannya sudah meninggal dunia. Mayat wanita itu dilaporkan telah dihantar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Betapa tingginya pengorbanan seorang ibu

#1. Sanggup mengorbankan nyawa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Setiap wanita bergelar ibu, dia adalah manusia yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan anak. Sebelum lahir, seorang ibu sudah menanggung azab yang begitu perit seperti alahan teruk, kulit perut pecah-pecah dan sentiasa lemah.

Ketika proses bersalin pula, dia bersabung nyawa antara hidup atau mati. Itu sahaja bahasa mudah bagi menggambarkan keperitannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mendahulukan anak-anak

Ibu-ibu akan mendahulukan anak-anak dalam semua perkara termasuklah ketika makan. Dia sanggup menahan perut lapar asalkan anak-anaknya kekenyangan menikmati makanan dan dialah insan yang tersenyum puas melihat kesayangannya begitu berselera makan.

#3. Berusaha mendapatkan wang

Jika anak meminta wang, ibu akan berusaha cari. Dia sanggup tebal muka berhutang dengan sesiapa sahaja bagi membolehkan anak-anak meneruskan proses pembelajaran di universiti berjalan lancar.

Walaupun perlu mencatu gaji bulanan atau hasil berniaga, ibu tidak akan pernah berkira. Malah hampir setiap kali menelefon bertanyakan sama ada wang yang diberikan tempoh hari cukup ataupun tidak.

#4. Tidak sanggup melihat anak sakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anak sakit, si ibu lagi berasa sakit menjaganya siang dan malam. Kadang-kadang sampai 2,3 malam tidak dapat tidur kerana perlu memeriksa keadaan orang tersayang. 

Ibu juga akan menangis kerana rasa bersalah dan kasihan pada anak sedangkan dia sebenarnya sudah tidak bermaya menjaga anak sentiasa merengek.

#5. Doanya mustajab

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kata-kata yang dikeluarkan dari mulut seorang ibu dikatakan adalah doa. Disebabkan itulah anda perlu mengucapkan perkataan-perkataan baik supaya tidak merosakkan keperibadian dan tingkah laku si manja.

Walaupun rasa hilang sabar atau naik angin, elak menggunakan kata-kata negatif kerana ia mungkin akan dimakbulkan oleh Allah. Tukarkan kepada ”anak bertuah, anakku yang cerdik, baiknya kamu membuat rumah bersepah!”

#6. Tidak boleh melihat anak kecewa

Kalau sesuatu yang menjadi kesukaan anak-anak, ibu sanggup berusaha untuk mendapatkannya. Akan timbul rasa bersalah dalam diri seorang ibu seandainya dia tidak mampu menunaikan sesuatu keinginan anak-anaknya. Jauh di dasar hati, ibu seboleh-bolehnya tidak mahu anak tercinta dilanda rasa kecewa.

#7. Insan yang sentiasa membela anak

Kalau anaknya jahat, ibu tidak akan mengakui anaknya jahat. Dia akan membela anak walau dengan apa cara sekalipun, bahkan sentiasa memuji kebaikan anaknya. Kadang-kadang anda boleh tengok kebanyakan ibu sanggup memarahi pihak polis kerana menangkap anaknya yang dianggap baik.

Padahal dia sebenarnya pengedar dadah, pembuli, perompak atau suspek pecah rumah. Begitu juga apabila mendapati anak melanggar peraturan di sekolah, ibu jugalah yang datang back up anak-anak dan tidak mempercayai khabar angin semata-mata.

Sumber: Nona

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Stress Selalu Dapat Anak Perempuan, Suami Kejam Sanggup Belah Perut Isteri Hamil 7 Bulan!