Gara-Gara Suami Baru Tak Terima Anaknya, Seorang Ibu Buang Anak Perempuan Ke Rumah Kebajikan

Oleh sebab ibu mengikut arahan suami baru, budak perempuan ini dibuang keluarga dan diletakkan di hadapan sebuah rumah kebajikan. Kasihannya dia!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugas seorang ibu adalah mendidik dan mengasuh anak dengan sempurna supaya anak membesar dengan baik seperti mana kanak-kanak yang lain. Tapi, lain pula dengan kisah sedih seorang budak perempuan dua tahun yang ditinggalkan oleh ibu di hadapan pintu rumah kebajikan.

Ya Allah, bila membayangkan anak ini sebaya anak saya rasa nak menangis mengenangkan apa yang bakal berlaku dengan si kecil ini yang masih belum kenal erti kehidupan ini.

Menurut perkongsian dari pekerja sosial di Thailand, ibu tersebut melakukan sedemikian disebabkan tidak mahu menjaganya lagi.

Kisah sedih seorang kanak-kanak perempuan dibuang ibu

Menurut laporan pegawai penyiasat Thailand, ibu kanak-kanak itu datang ke rumah kebajikan tersebut sekitar jam 3.45 petang pada jam 12 Januari 2020 dengan meminta anaknya bunyikan loceng.

Setelah dibuka pintu, kakitangan di rumah perlindungan itu melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri sambil membawa beg plastik dan sekeping surat.

Namun dalam pada itulah juga, ibu tersebut beredar dari tempat kejadian atau erti kata lain melarikan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah sedih, suami baru tak mahu menjaga anaknya 

Dalam surat tersebut, ibunya menulis dia mahu menyerahkan anak perempuannya ke rumah kebajikan itu untuk dijaga buat selama-lamanya kerana tidak mampu menjaganya lagi, selain tidak dapat memberi masa depan yang baik kepada anaknya.

Dalam masa yang sama, si ibu turut mengaku mempunyai keluarga baru dan mahu mencari tempat tinggal yang lain.

Dia turut menyatakan di dalam surat itu bahawa suami barunya enggan menganggap kanak-kanak itu sebagai anaknya.

Maafkan kesilapan saya ini tapi inilah jalan yang saya rasakan terbaik buat dirinya. Saya sayang anak saya tapi terpaksa melakukan ini – Tulisnya dalam sepucuk surat itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak malang itu dilihat membawa beg plastik yang berisi pakaian, barang-barang penting dan mainan.

Namun, staf pusat kebajikan itu mendapati terdapat kesan lebam dan parut pada badan mangsa yang disyaki akibat penderaan. Kemudian, dia dihantar ke hospital untuk dirawat.

Cara Rasulullah SAW mendidik anak perempuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Barang siapa diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, kelak mereka akan menjadi penghalang dari api neraka.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

#1. Ajar anak tentang ilmu ketuhanan 

Hal pertama wajib diajarkan kepada anak perempuan adalah tentang ketuhanan seperti mengajar mengucap Lailaha illaallah. Selain ajar anak menggunakan ayat Muhammad Ya Rasulullah, iaitu rasul utusan Allah SWT.

#2. Ajar doa-doa harian 

Anda juga perlu ajar mereka tentang doa-doa harian seperti doa tidur, doa keluar rumah, doa masuk bilik mandi dan sebagainya. Ajar juga kalimat Bismillah dan Alhamdulillah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Perkenalkan ilmu agama 

Mengajar anak tentang ilmu agama yang wajib dilakasanakan seperti solat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengaji Al-Quran.

#4. Mendidik anak berperilaku sopan

Didik anak setiasa berperilaku sopan dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya.

#5. Mengajar berakhlak mulia 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengajar anak berakhlak mulia dengan orang di sekelilingnya bahkan Rasulullah juga mengajar anak perempuannya sedemikian yang sama.

#6. Batas pergaulan dengan lelaki 

Menjelaskan kepada anak tentang batasan bergaul dengan lelaki seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam mendidik anak perempuannya semasa berumur 10 tahun.

#7. Menjaga adab

Menjaga adab berpakaian, adab semasa makan dan cara bercakap yang baik agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

#8. Mengajar tentang pakaian

Mengajar anak tentang berpakaian yang mengikut Islam seperti memakai tudung, memakai baju yang sopan, berpakaian tidak ketat dan tidak menonjolkan aset penting kewanitaan. 

#9. Biasakan anak dengan kerja rumah 

Membiasakan anak perempuan dengan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, mengemas rumah, memasak, membasuh pakaian dan sebagainya.

#10. Bersikap lemah lembut

Bersikap lemah lembut dengan anak perempuan seperti mengusap kepalanya dan memanggilnya dengan lembut  Tapi, janganlah sesekali berbuat kasar dengan mereka.

Justeru, kami di theAsianparent Malaysia berharap anak kecil ini diberi jagaan yang sewajarnya di pusat kebajikan itu. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Reporter 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkes-bunuh-terkini