Kaitan antara kismis dan anak yang bijak
Jika anda tertanya-tanya sama ada betul ke kismis mampu membuatkan anak anda membesar dengan bijak, kami telah menemui jawapannya.
Dan nampaknya, memang kismis mampu membuatkan anak anda membesar menjadi seorang yang lebih bijak!
Menurut laporan The Telegraph, kismis bukan saja bagus untuk dimakan oleh anak anda, malah ia juga boleh dijadikan sebagai satu makanan untuk melihat sama ada anak anda akan jadi bijak atau tidak bila mereka mencapai usia 8 tahun!
Bagaimana caranya?
Caranya adalah dengan meletakkan kismis di dalam mangkuk dan memberitahu anak anda untuk tidak memakannya dalam tempoh tertentu.
Apa kaitan permainan kismis ini kebijaksanaan anak anda? Begini…
Menurut pakar, ramai kanak-kanak menggemari kismis kerana kemanisan yang dirasainya. Oleh itu, mereka tidak mampu untuk menahan diri daripada memakan kismis ini.
Permainan kismis dan kebolehan menahan diri
Profesor Dieter Wolke dari University of Warwick adalah pakar yang mengetuai kajian berhubung permainan kismis dan kebijaksaan anak ini.
Menurut Wolke, kanak-kanak (berusia 2 tahun ke atas) yang dapat menahan diri daripada memakan kismis tersebut akan mempunyai tahap tumpuan dan kecemerlangan dalam akademik yang lebih tinggi apabila berusia 8 tahun.
Yang pasti, kanak-kanak bukan perlu menahan diri selama berjam-jam pun. Cukuplah sekadar 1 minit dan ia amat membantu dalam kecemerlangan akademik mereka.
Malah, kanak-kanak yang gemar makan kismis dan berjaya menahan diri daripada memakannya apabila disuruh, akan mempunyai IQ 7 kali lebih tinggi daripada kanak-kanak yang tak berjaya menahan dirinya!
Kajian tentang tumpuan kanak-kanak
Kajian tentang kelebihan kismis untuk menjadikan kanak-kanak lebih bijak ini tidak terhenti di situ saja.
Pada tahun 1985, kajian Bavarian Longitudinal Study yang dilakukan di Jerman telah mengaitkan permainan kismis ini dengan tumpuan kanak-kanak yang lahir secara pramatang.
Hampir 558 kanak-kanak diminta untuk menahan diri daripada mengambil kismis yang telah diletakkan dalam mangkuk.
Kanak-kanak yang lahir pramatang akan cenderung mengambil kismis dalam mangkuk “lebih awal” daripada jangkaan.
Mereka tidak dapat mengawal diri mereka, malah tidak dapat memberi tumpuan pada arahan yang diberi.
Kajian seterusnya mendapati kanak-kanak ini juga tidak terlalu cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.
Apa yang boleh kita belajar daripada kajian ini?
Nampaknya, kanak-kanak sendiri amat menggemari kismis yang bagus untuk minda ini.
Dan permainan kismis yang boleh ibu bapa buat di rumah itu adalah salah satu permainan bagus yang boleh mengasah kemahiran kognitif dan tumpuan kanak-kanak.
Jom kita praktikkan cara ini.
Sambil mengajar anak-anak memakan kismis, bolehlah kita mengasah tumpuan mereka juga, kan!
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore, NCBI, dan The Telegraph
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: