Saya selalu gambarkan musim panas yang menyeronokkan adalah di mana seorang kanak-kanak berjalan berkaki ayam di atas rumput, atau di pantai, atau di mana sahaja.
Kaki kecil yang terdedah melambangkan kebebasan dan kesucian seorang kanak-kanak, ia pengalaman zaman kanak-kanak yang paling baik sekali.
Pada masa yang sama, kasut bayi dan anak kecil adalah begitu comel. Ada sebab mengapa kasut bayi berwarna gangsa.
Adakah anda pernah melihat sepasang kasut anak kecil dari Timberlands? Sangatlah comel.
Ternyata, bayi dan kanak-kanak berjalan berkaki ayam adalah tema utamanya di musim panas.
Berkaki ayam adalah baik untuk otak
Menurut pakar yang mengkaji perkara itu, membiarkan anak-anak berjalan tanpa memakai kasut sekerap mungkin adalah sesuatu yang baik untuk kaki mereka dan perkembangan otak.
Ia masuk akal apabila anda berfikir mengenainya. Dalam sejarah manusia, kasut zaman dahulu hanyalah di bahagian tapaknya sahaja (lapik yang tebal). Tetapi, ia masih fleksibel untuk memastikan kaki sentiasa hangat dan dilindungi.
Kaki kita bekerja seperti sepatutnya. Iaitu, untuk membantu badan kita bergerak. Kita tidak perlukan pun kasut-kasut yang mewah.
Malah, kalau anda hendak tahu, kanak-kanak yang memakai kasut terlalu lama mungkin boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah kaki di masa hadapan!
Masalah kaki rata juga telah dikaitkan dengan penggunaan kasut pada usia awal, dengan kajian menyatakan bahawa kasut – terutamanya kasut yang tertutup di hujung – boleh menjejaskan pembentukan kaki yang sihat.
Kajian tentang kebaikan anak berkaki ayam
Satu kajian Gait & Posture pada tahun 2008 telah membuat kesimpulan bahawa semua kanak-kanak harus memakai kasut yang fleksibel dan bukannya kasut tradisional.
Haa…ini boleh dianggap sebagai berita baik untuk anda jika si kecil anda yang lebih suka untuk berlari-lari tidak berkasut.
Atau, jika si kecil anda sentiasa membuka kasut mereka di luar ke mana-mana mereka pergi!
Jangan risau. Bukan sahaja ia baik untuk mereka, ia sebenarnya juga bermanfaat.
Manusia zaman dahulu mempunyai kaki yang lebih sihat sebelum kewujudan kasut, di mana kasut yang tidak direka dengan baik telah merosakkan gaya berjalan semula jadi kita dan pembentukan buku lali dan kaki yang normal!
Jadi, semakin lama dan lebih kerap anak-anak berjalan berkaki ayam, lebih baik.
Berjalan-jalan tanpa kasut adalah satu konsep yang asing bagi kebanyakan kita. Ada di kalangan kita yang hidup di tempat-tempat di mana ia adalah terlalu sejuk untuk tidak memakai kasut sepanjang masa, dan kasut adalah sebahagian besar industri fesyen kita.
Tetapi di kawasan ini, ia cukup jelas bahawa kita perlu membiarkan anak-anak kita benar-benar mengikuti jejak langkah nenek moyang primitif mereka.
Kebaikan tidak berkasut untuk anak kecil
Sesetengah ibu bapa mungkin berasa teragak-agak untuk membiarkan anak-anak mereka berlari-lari di luar tanpa kasut kerana takut kecederaan.
Tetapi, sebenarnya lebih banyak si kecil anda berkaki ayam, dia akan mempunyai kulit di bahagian bawah kaki yang lebih tebal.
Melainkan jika anda fikir ada peluang yang baik untuk mereka terkena jarum suntikan atau kaca tajam, biarkan sahaja mereka tidak berkasut, terutamanya di halaman rumah anda sendiri; ia adalah bagus.
Untuk bayi dan kanak-kanak khususnya, menerokai dunia dengan kaki yang terdedah menawarkan rangsangan deria, yang membantu membangunkan pelbagai bahagian otak. Laluan saraf dibina melalui pengalaman baru.
Kaki adalah salah satu bahagian yang paling kaya dengan saraf pada badan manusia.
Dengan membenarkan anak anda untuk merasakan variasi dalam tekstur dan rupa bumi dengan kaki mereka, anda sebenarnya membantu mereka untuk belajar untuk berhati-hati dengan persekitaran mereka.
Ia juga membantu dalam keseimbangan dan koordinasi, dan membina kekuatan saraf.
Biarkan anak kecil bebas berkaki ayam selagi kita rasa mereka berada di persekitaran yang selamat
Jadi, jika anak-anak kita berdegil dan ingin terus bermain berkaki ayam, mari kita biarkan sahaja mereka.
Galakkan mereka. Kaki boleh dibasuh – ia adalah okay.
Kita boleh membantu mewujudkan momen indah di mana si kecil berjalan dengan kakinya yang terdedah.
Anak-anak kita akan menghargainya, begitu juga kaki mereka, dan juga mereka-mereka yang suka melihat anak-anak di dalam keadaan semula jadi mereka yang comel – berlari dengan bebas tanpa berkasut!
Rencana diterjemah daripada Scary Mommy.