Semakin Berusia, Semakin Puas Ketika Seks! Ini 7 Fakta Menarik Tentang Klimaks Wanita

Klimaks wanita memerlukan masa yang lebih lama berbanding lelaki. Sama ada anda baru berkahwin atau sudah lama, ambil tahu tentang 7 fakta menarik ini!

Sama ada anda tengah honeymoon atau sudah berkahwin selama 10 tahun, hubungan intim yang sihat amat penting dalam perkahwinan. Hubungan intim ini bermaksud anda tahu apa keinginan suami, malah anda juga sedar tentang keinginan diri anda. Sebab itu hari ini, kami membawakan kepada pembaca tentang fakta menarik mengenai klimaks wanita ini. 

Tiada apa yang lebih menyeronokkan kerana anda tahu tentang keperluan anda, dan anda mencapainya dengan rasa orgasme yang sungguh istimewa ini! 

Fakta tentang klimaks wanita ketika beraksi di ranjang

#1. Fakta klimaks wanita- Hampir 70% wanita mencapai klimaks apabila dirangsang di klitoris

Oleh sebab klitoris mempunyai hampir 8,000 saraf, patutlah wanita lebih cepat mencapai kepuasan apabila dirangsang di klitoris.

Klimaks kerana dirangsang di klitoris sebenarnya amat berbeza dari rangsangan di vagina. Tapi, isteri boleh mencapai kedua-dua pengalaman ini jika mereka berusaha. 

Caranya? Ketika anda ingin bersetubuh, cuba ambil tempat di sudut katil. Angkat bahagian punggung anda sebelum suami memulakan dayungan.

Dengan cara ini, anda akan mencapai blended orgasm – rasa puas kerana dirangsang di klitoris dan vagina. Cubalah!

#2. Makin meningkat usia, isteri berasa semakin puas

Sekarang kita ada sebab yang kukuh untuk berbangga semakin tua. Menurut Dr. Debby Herbenick, seorang pengkaji seks, kepuasan seorang isteri akan meningkat seiring dengan umurnya. 

Hanya 61% wanita dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun mengaku pernah mencapai orgasma. Namun, jumlah itu makin meningkat kepada 65% untuk wanita berusia 30-an dan 70% untuk wanita berumur 40-an dan 50-an.

Fakta klimaks wanita #3. Keyakinan diri isteri menentukan rasa puas

Kajian mendapati, semakin yakin seorang wanita itu dengan kulit dan bentuk badannya, semakin mudah untuk dia berasa puas.

Hal ini mungkin kerana kepuasan dalam berhubungan bukan melibatkan sentuhan fizikal saja. Sebaliknya, kesihatan mental dan emosi juga memainkan peranan.

Jadi isteri-isteri, kalau anda mahu rasa lebih puas jika berintiman, cuba yakinkan diri anda dulu, ya!

Fakta klimaks isteri #4. Klimaks wanita boleh merawat sakit badan

Sebuah kajian mendedahkan yang orgasma atau klimaks wanita bukan saja bagi anda tahap kepuasan yang tidak ternilai, malah ia juga boleh merawat sakit badan!

47% subjek kajian mendedahkan orgasma lebih berkesan berbanding painkiller apabila merawat sakit kepala. 

Seorang jururawat dari LA pula mendapati, orgasma mungkin boleh mengubat sakit urat, sakit selepas pembedahan dan sakit ketika ingin bersalin!

#5. Orgasma boleh bertahan selama 20 saat

Kredit: About Nigeria

20 saat saja? Atau selama 15 minit dengan teknik yang betul ini

Dalam banyak-banyak fakta, fakta no #5 ini kami yakin pasti akan buat anda gembira. Nak capai orgasma senang saja.

Pertama sekali, suami perlulah mencari titik G-spot anda. Titik G-spot setiap wanita berbeza. 

Fakta klimaks wanita #6. Anda masih boleh puas jika dirangsang dengan ciuman atau di puting

Penetrasi bukan satu-satunya cara untuk mencapai orgasma. Rangsangan lain seperti ciuman, cuddle dan rangsangan di puting juga terbukti mampu buat isteri lebih puas!

Apa yang penting adalah ibu-ibu di luar sana kena kenal diri mereka sendiri dan mengetahui rangsangan bagaimana yang mereka inginkan. Jangan malu untuk meminta pasangan melakukan aksi ghairah mengikut kemahuan anda.

Fakta klimaks wanita #7. Semua isteri pernah “berlakon puas” SEKALI seumur hidup

Kredit: Monthly Gift

Jangan risau. Kalau anda tidak pernah mencapai rasa puas ini dan terpaksa “berlakon” seolah-olah mencapainya, anda tidak keseorangan.

Ramai isteri di luar sana yang berbuat demikian. Hal ini mungkin sebab isteri nak jaga maruah suami, ataupun isteri itu sendiri pun sudah penat dan tidak mahu berhubungan.

Apapun, kami mengharapkan 7 fakta menarik ini memberi sedikit manfaat buat hubungan intim anda suami isteri!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Woman’s DayHuffington PostMedical News Today, Psychology Today

Baca juga: Rahsia Isteri Cepat Klimaks Hanya Guna Lidah, Main Di Situ Dengan Penuh Nafsu