Rupanya Lelaki Ada 7 Jenis Klimaks Berbeza, Pasangan Boleh Cuba Untuk Kelainan - Jelas Pakar

Ingatkan klimaks lelaki ada satu jenis sahaja. Rupa-rupanya ada 7 jenis yang berbeza! Nak tahu apa 7 jenis klimaks lelaki ini, semaklah artikel ini!

Sebagai seorang wanita, kita ingat kita sudah tahu semuanya tentang klimaks lelaki. Namun, tahukah anda, klimaks seseorang lelaki bukan hanya ada satu, tapi ada TUJUH klimaks yang berbeza?

Ya betul, klimaks seseorang lelaki ada 7 JENIS dan semuanya berbeza di antara satu sama lain. Jika anda mahukan kelainan malam ini, tak salah untuk anda cuba terokai 7 jenis klimaks yang akan kami kongsikan ini!

Apapun, terima kasih kepada pakar seks dan perhubungan Annabelle Knight kerana berkongsikan informasi yang berguna ini. Jom kita semak apakah 7 jenis klimaks tersebut.

#1 Ejakulasi (Klimaks Yang Biasa)

Rasanya, semua wanita tahu tentang klimaks versi pertama ini. Ia adalah jenis klimaks biasa yang dialami suami apabila mereka melakukan seks. 

Menurut Knight, apabila seseorang lelaki dirangsang secara fizikal mahupun mental, mereka akan mendapat ereksi. Darah akan mengalir ke corpora – tisu lembut yang akan memanjangkan zakar

Testikel juga akan terangsang apabila scrotum makin mengetat. Akan tetapi, air mani yang dikeluarkan dari klimaks lelaki jenis ini hanya mengandungi 5% sperma dan selebihnya air mani biasa. 

#2 Klimaks Campuran Atau Keseluruhan Badan

Klimaks campuran terjadi apabila beberapa bahagian badan lelaki disentuh dan dirangsang secara berulang kali.

Klimaks ini boleh berlaku ketika seseorang lelaki itu sedang menghayati hubungan seks dengan kelajuan pantas, atau ketika mereka perlahan-lahan “memanaskan panggung”. 

#3 Klimaks Berganda

Ini merupakan holy grail untuk klimaks seseorang lelaki. Klimaks jenis ini boleh berlaku ketika lelaki tersebut mencapai orgasma, berehat, dan kemudiannya mencapai orgasma semua. 

Malah, klimaks berganda juga boleh dicapai ketika satu atau dua orgasma terjadi, tanpa rehat. Bagi mencapai klimaks berganda, anda boleh cuba cara ini – orgasma terlebih dahulu, kemudian rehat selama 30 minit, dan kemudian lakukan pusingan kedua, ketiga atau keempat!

#4 Klimaks Dari Mimpi Basah

Bukan hanya terjadi pada remaja, mimpi basah juga boleh terjadi pada suami anda. Klimaks akibat mimpi basah terjadi kerana lelaki tersebut “tanpa rela” mengalami ereksi ketika tidur. 

Knight juga mendedahkan, hampir 8% mimpi manusia mengandungi bahagian seksual, jadi mimpi basah adalah normal.

#5 Klimaks Dari Pelvik

Klimaks dari pelvik ini boleh tercapai dengan latihan yang dikenali sebagai edgingEdging adalah cara yang efektif untuk membuatkan lelaki tahan lebih lama di ranjang. 

Apabila seorang lelaki melakukan aktiviti edging, orgasma yang akan dicapai mereka lebih banyak. Bagaimana ingin melakukannya? Caranya mudah saja!

Anda hanya perlu melancap sebelum berasmara, kemudian berhenti dan mulakan ia kembali. 

#6 Klimaks Dari Prostat

Tahukah anda tentang G-spot bagi seorang lelaki? G-spot untuk lelaki terletak pada kelenjar prostatnya atau lebih dikenali sebagai P-spot. 

P-spot terletak di kelenjar bersaiz kacang kecil yang boleh diakses melalui dubur. Ia terletak betul-betul di pangkal pundi kencing, dan boleh dirangsang oleh pasangan dengan jari. 

Menurut Knight lagi, titik P-spot ini amat sensitif dan seseorang lelaki boleh mencapai klimaks dari kelenjar prostat hanya dengan sentuhan lembut!

#7 Klimaks Kering

Tahukah anda yang lelaki juga boleh mencapai orgasma tanpa sebarang ejakulasi? Ia dikenali sebagai klimaks kering atau dry orgasm

Walaupun kebanyakan lelaki mengatakan orgasma adalah apabila pengeluaran ejakulasi berlaku, tapi tak semua orgasma mengeluarkan ejakulasi. Sebahagian besar lelaki boleh mengalami klimaks kering, tanpa pengeluaran sebarang cecair!

Unik, bukan? Sekarang anda sudah tahu yang ada 7 jenis klimaks berbeza yang boleh dicapai oleh lelaki, apa kata anda cubanya pada suami malam ini?

Mana tahu ia akan membuahkan malam yang takkan dilupa sampai bila-bila 😉

Sumber rujukan: Yahoo! Lifestyle

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Saiz Normal Zakar Berapa? Adakah Suami Di Malaysia Memiliki Saiz Yang Normal?

Penulis

Ayu Idris