TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bengkak Susu Bukan Perkara Main-Main, Sakit Boleh Demam, Boleh Guna Kobis Redakan Sakit

4 min bacaan
Bengkak Susu Bukan Perkara Main-Main, Sakit Boleh Demam, Boleh Guna Kobis Redakan Sakit

Masalah bengkak susu dan sakit akan melanda kebanyakan wanita yang beri susu badan buat pertama kali. Tapi benarkan kobis boleh mengatasi masalah ini?

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu akan mengalami masalah bengkak susu atau juga dikenali dengan Mastitis. Bagi yang tidak pernah mengalaminya, memang bertuah. 

Sakitnya bengkak susu ini sampai boleh bawa ke demam. Malah jika tidak dirawat dengan betul boleh memberi risiko terkena jangkitan.

Masalah bengkak susu (Mastitis)

Bengkak susu atau mastitis terjadi apabila kelenjar susu tersumbat lantas menyebabkan tisu payudara membengkak, dan sekiranya tidak dirawat dengan cepat akan menyebabkan jangkitan.  Ini adalah keadaan di mana susu terkumpul dalam payudara keerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia dikeluarkan.

Stasis susu boleh berlaku apabila bayi anda tidak mengosongkan payudara anda sepenuhnya semasa dia menyusu. Ini mungkin kerana bayi tidak melekap dengan baik atau anda tidak mengepam susu dengan habis. 

Perkara-perkara berikut juga boleh menyebabkan stasis susu dan menyebabkan mastitis:

  • Pembengkakan yang tidak kembali kepada normal.
  • Menyusu mengikut rutin yang ketat.
  • Kecederaan pada payudara.

Pelbagai alatan moden telah diperkenalkan untuk membantu masalah ini seperti pek panas (hot pack) dan pek ais (ice pack), tapi tahukah anda tentang kobis yang juga boleh membantu menyelesaikan masalah ini?

Ya, KOBIS!

payudara bengkak

Sayur kobis boleh merawat masalah payudara bengkak?

Kajian membuktikan kobis benar-benar membantu merawat masalah payudara bengkak!

Seperti yang sering disarankan oleh nenek moyang kita, gunakan kobis sekiranya payudara bengkak.

Apabila mendengar perkataan kobis, terasa seperti, ‘eh betul ka kobis boleh tolong ni?’.

Sebenarnya ya, memang kobis dapat membantu masalah ini, malah terdapat kajian yang telah membuktikannya!

Satu kajian telah dijalankan di Korea. Mereka membandingkan kesan penggunaan kobis (CCEBC), penjagaan payudara awal (EBC) dan penjagaan penyusuan am (GNBC) dalam mengatasi masalah sakit payudara dan payudara bengkak pada wanita yang bersalin secara cesarean. 

Kajian ini melibatkan 60 orang subjek yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Berdasarkan kajian ini, semua ibu dari ketiga-tiga kumpulan mengalami masalah payudara bengkak.

Dan apabila menggunakan tiga teknik yang telah disenaraikan, didapati, ibu dalam kumpulan yang menggunakan kobis menghadapi masalah payu dara bengkak yang paling sedikit.

Secara amnya, dapat dilihat di sini yang kobis MEMBANTU mengurangkan sakit dan bengkak payudara!

payudara bengkak

Kobis merawat masalah payudara bengkak.

Kobis sebagai rawatan antarabangsa

Apa yang lebih menarik, kajian mendapati kobis juga membantu dalam masalah bengkak (edema) yang berpunca dari terseliuh ataupun patah.

Negara-negara maju seperti Kanada, Australia dan Amerika Syarikat telah menggunakan kobis sebagai rawatan payudara bengkak yang jimat serta tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. 

Namun begitu, mekanisma secara terperinci bagaimana kobis membantu masih lagi dalam kajian.

payudara bengkak

Jadi, jika anda ada masalah payudara bengkak kerana menyusu, cubalah guna kobis!

Bagaimana menggunakan kobis untuk mengurangkan payudara bengkak?

Cadangan menggunakan kobis untuk membantu mengurangkan masalah ini ialah:

Stories Rakan Kongsi
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
11.11 Shopping Guide for Malaysian Moms: Everyday Essentials to Make Motherhood Easier
11.11 Shopping Guide for Malaysian Moms: Everyday Essentials to Make Motherhood Easier
Mulakan Suapan Pertama Si Manja Dengan Yakin: Panduan Mengikut Peringkat Umur
Mulakan Suapan Pertama Si Manja Dengan Yakin: Panduan Mengikut Peringkat Umur
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
  • ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih
  • masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan).
  • letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit. 
  • Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.

Nota: cara ini tidak digalakkan untuk ibu yang kurang bekalan susu kerana ia mungkin boleh menyebabkan susu menjadi kering.

Cara lain untuk kurangkan bengkak susu

Cubalah juga kaedah rawatan sendiri yang berikut, tidak kira sama ada anda mengambil antibiotik ataupun tidak:

  • Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada payudara anda dan dia menyusu dengan betul.
  • Cuba beberapa posisi menyusu yang berbeza untuk membantu bayi melekap dengan baik.
  • Untuk memastikan payudara yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.
  • Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik. Sesetengah ibu mendapati pam payudara dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting pedih.
  • Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin.
  • Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika haba dikenakan pada payudara. Letakkan kain panas atau jaram, atau mandi dengan air panas. Walau bagaimanapun sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan.
  • Jika urutan melegakan, urutlah payudara anda perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh memburukkan mastitis. Ia menolak susu yang telah terkeluar dari duktus masuk lebih dalam ke dalam tisu payudara.
  • Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.

Sumber: research gate, Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Hanya Yang Pernah Mengalami Saja Tahu Betapa Sakitnya Bengkak Susu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Bengkak Susu Bukan Perkara Main-Main, Sakit Boleh Demam, Boleh Guna Kobis Redakan Sakit
Kongsikan:
  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • 11.11 Shopping Guide for Malaysian Moms: Everyday Essentials to Make Motherhood Easier
    Stories Rakan Kongsi

    11.11 Shopping Guide for Malaysian Moms: Everyday Essentials to Make Motherhood Easier

  • Mulakan Suapan Pertama Si Manja Dengan Yakin: Panduan Mengikut Peringkat Umur
    Stories Rakan Kongsi

    Mulakan Suapan Pertama Si Manja Dengan Yakin: Panduan Mengikut Peringkat Umur

  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • 11.11 Shopping Guide for Malaysian Moms: Everyday Essentials to Make Motherhood Easier
    Stories Rakan Kongsi

    11.11 Shopping Guide for Malaysian Moms: Everyday Essentials to Make Motherhood Easier

  • Mulakan Suapan Pertama Si Manja Dengan Yakin: Panduan Mengikut Peringkat Umur
    Stories Rakan Kongsi

    Mulakan Suapan Pertama Si Manja Dengan Yakin: Panduan Mengikut Peringkat Umur

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham