Sempena sambutan Deepavali akan datang, seorang guru seni telah mendapat perhatian di media sosial apabila menghasilkan seni hiasan ‘kolam’ yang memperlihatkan bendera Palestin dengan indahnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @koodugal di TikTok, individu yang dikenali sebagai Cikgu Siva dilihat menggunakan beras berwarna merah, putih, hijau dan hitam untuk membentuk kolam tersebut.
View this post on Instagram
“Pray for Palestine,” tulis kapsyen muat naik tersebut.
Kolam umumnya dilukis menggunakan tepung beras, beragam jenis beras berwarna, serta dihiasi dengan bunga-bunga cantik dan lampu berwarna-warni.
Menerusi perkongsian video itu lagi, guru itu turut membuat ‘kolam’ berbentuk bendera Malaysia manakala di bahagian atas kolam dilukis dengan kubah Masjid Al-Aqsa berwarna kuning keemasan
Hasil seni ini benar-benar memikat hati ramai dan mendapat pujian daripada pengguna media sosial.
Fakta Tentang Kolam
Mungkin hiasan kolam ini kelihatan biasa pada sesetengah anggota masyarakat. Namun hakikatnya, ia lebih daripada sekadar hiasan warna-warni yang direka sempena perayaan Deepavali. Jom lihat fakta menarik mengenainya :
1. Kolam yang direka dengan penuh warna-warni merujuk kepada Rangoli. Jadi jika pernah mendengar perkataan Rangoli digunakan dalam filem Bollywood, maksudnya adalah kepelbagaian warna!
2. Semasa perayaan Deepavali di kediaman, kolam selalu ditempatkan di pintu hadapan dan ia akan digabungkan dengan hiasan pelita yang dinyalakan atau ‘vilakku’.
3. Hiasan pelita yang dinyalakan di sekeliling kolam pula berkait rapat kepada nama perayaan ‘Deepavali’ itu sendiri yang bermaksud ‘pesta cahaya’.
4. Tujuan kolam dihasilkan adalah untuk menarik kehadiran serangga dan burung di sekitar rumah sebenarnya. Ini kerana agama Hindu menggalakkan penganutnya memberi makanan kepada haiwan. Oleh itu, kolam menjadi sumber makanan kepada serangga dan burung.
5. Dibenarkan untuk mencipta apa-apa jenis lukisan bagi rekaan kolam. Tiada pantang-larang dari segi imej tersebut, namun rekaan paling popular sewaktu perayaan Deepavali adalah flora, burung merak, pelita dan gajah.
6. Selain beras hancur yang diwarnakan, anda juga boleh menggunakan tepung suji, tepung beras, kapur, serbuk kapur, serbuk batu dan serbuk sintetik yang berwarna-warni.
7. Untuk perayaan Deepavali, cukup sekadar kolam dijaga selama dua hari sebelum dikemaskan. Disebabkan beras dicampur dengan pewarna makanan, kolam yang sudah lagi tidak digunakan boleh dijadikan sebagai makanan ayam atau burung selepas itu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 5 Filem Shah Rukh Khan Anda Perlu Tonton Pada Deepavali Ini
Baca juga : 100 Nama Bayi India Yang Popular, Terkini Dan Dengan Maksud Yang Bagus
Baca juga : Menjaga 2 Orang Anak Angkat Lain Bangsa Sejak Bayi, Mulia Sungguh Hati Auntie Ini