Ish, Rambang Mata Tengok Mainan Anak! Ibu Jangan Hentam Beli Tapi Ikut Minat Mereka

Memiliki koleksi mainan yang digemari anak-anak menjadi kepuasan untuk mereka. Namun, tahukah bahawa anda perlu memilih mainan mengikut minat mereka?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak keterujaan anak-anak saat melangkah masuk ke dalam kedai koleksi mainan membuatkan anda berasa serba salah jika tidak mengikut kemahuan anak?

Kadang-kadang sampai tergolek anak menangis sekiranya anda tidak memenuhi permintaannya untuk mendapatkan mainan yang sudah dipegang. Aduhai anak!

Pemilihan Koleksi Mainan Anak

Sebenarnya ibu ayah ingin membeli koleksi mainan untuk anak-anak, perlu ada tujuannya dan bukannya sekadar membeli untuk memenuhi ruang dalam rumah sahaja.

Dalam hal ini, pemilihan mainan yang betul dapat membantu merangsang perkembangan otak si manja untuk menjadi lebih kreatif dan sensitif terhadap persekitaran mereka.

Sebenarnya koleksi mainan anak-anak boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu Aktif, Manipulatif, Kreatif, Belajar dan Main Peranan.

#1. Permainan aktif

Credit to sources

Koleksi mainan aktif mampu menjadikan fizikal dan otot anak menjadi lebih kuat. Bukan itu sahaja, anak boleh belajar untuk bergaul dan membina jaringan sosial, melakukan kerja secara berpasukan dan sabar mengikut giliran bermainan.

Antara permainan aktif adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Permainan yang boleh ditunggang

Bagi anda yang mempunyai anak yang berupaya untuk berjalan dan berlari, ajarkan mereka untuk menunggang basi dengan roda tambahan atau kereta mainan yang boleh dikawal.

#2. Tolak dan Tarik

Permainan tolak dan Tarik ini adalah seperti kereta tolak mainan, troli, kereta sorong bayi dan juga skuter. Ia bukan sahaja sesuatu mainan yang menyeronokkan, tetapi juga mampu menguji tahap kekuatan fizikal dalam diri anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anak yang kurang cergas dan hanya berada dalam rumah, mereka pastinya akan berasa teruja untuk mencuba permainan ini kerana memerlukan tenaga yang tinggi.

#3. Permainan luar rumah

Sekiranya anda mampu, dapatkan permainan luar rumah seperti buaian atau gelongsor. Permainan ini memerlukan badan anak untuk mengimbangi badan mereka dan menjadi lebih berhati-hati agar tidak terjatuh.

#2. Permainan Manipulatif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Credit to sources

Permainan ini membolehkan anak-anak membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, belajar melalui bentuk objek dan tekstur mainan.

Ia juga membolehkan anak untuk meluangkan masa yang lama terhadap permainan dan sekaligus mempelajari akan kesan dan akibat sekiranya melakukan sesuatu kesilapan kecil.

#1. Susun suai gambar (puzzle)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi usia anak yang sedang meningkat, anda perlu memilih set puzzle yang tidak melebihi dari 50 keping untuk dicantumkan.

Ajarkan anak cara untuk melengkapkan kepingan-kepingan menjadi gambar yang sempurna seperti yang ditunjukkan pada kotak permainan tersebut.

#2. Permainan merangsang kreativiti

Dalam merangsang kreativiti anak, anda boleh mendapatkan permainan manik besar yang dicucuk ada tali. Namun, jangan biarkan anak bermain bersendirian dan pastikan anda bersamanya kerana sifat si kecil yang ingin mencuba akan memasukkan objek ke dalam mulut.

#3. Permainan pembinaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permainan fleksibel ini membantu mengembangkan daya imaginasi kanak-kanak, apabila mereka dengan mudah dapat mempelbagaikan cara-cara bermain.

Permainan blok menyediakan peluang bagi kanak-kanak untuk membina sesuatu mengikut daya imaginasi masing-masing. Kanak-kanak akan mendapat kepuasan dengan hasil ciptaan mereka.

#3. Permainan kreatif

Credit to sources

Permainan kreatif boleh memajukan kemahiran intelektual dan pemikiran kritis dan menyeimbangkan emosi si manja. Antaranya ialah:

#1. Audio dan muzik

Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik sehingga mampu mengingati setiap lagu yang digemari mereka.

#2. Alatan seni dan kraf

Ibu ayah, pastikan anda menyediakan alatan seni anak-anak seperti pensil warna, krayon, papan putih bentuk mini dan buku mewarna.

#4. Permainan merangkumi proses pembelajaran

Pastikan permainan yang dipilih membolehkan anak-anak belajar sesuatu melaluinya, seperti Buku atau projek sains.

Bagi anak yang berusia empat tahun ke atas, mereka biasanya lebih tertarik terhadap buku-buku yang mempunyai cerita yang menarik.

Contohnya, anda boleh mendapatkan buku bergambar dengan saiz yang besar mengenai haiwan, buah-buahan atau pekerjaan.

#5. Main peranan

Permainan ini berupaya untuk meningkatkan daya imaginasi dan intelek pada diri anak-anak.

Ia membantu untuk menguatkan memori, pemikiran secara logic dan berani memberikan pendapat mereka tentang sesuatu perkara.

#1. Berlakon bersama mainan

Tingkatkan bakat semula jadi yang ada dalam diri anak untuk memainkan watak sambil menggunakan permainan mereka.

Contohnya, anak berlakon menjadi seorang chef di dapur dengan menggunakan permainan set dapur kecil. Pastinya, mereka akan berani untuk berkongsikan idea mereka bagi mencipta sesuatu hidangan dan memikirkan cara untuk menjadikan masakan mereka kelihatan lazat.

#6. Bermain anak patung

Bermain anak patung dapat membantu meningkatkan fungsi sosial, emosi dan membina imaginasi kerana anak patung adalah lebih realistik yang memiliki rambut, mata dan tangan.

Ia adalah lebih baik berbanding jika kanak-kanak terlalu didedahkan dengan gajet atau teknologi sehingga tidak menghiraukan perkara yang berlaku di sekeliling.

Sumber: Pa&Ma

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-terlalu-banyak-mainan