Komunikasi Dengan Pasangan PENTING Agar Hubungan Kelamin Jadi Lebih Intim, Ini Sebabnya...

undefined

Hubungan intim juga memerlukan komunikasi di antara pasangan. Jika anda nak tahu cara dan bagaimana anda boleh berkomunikasi dengan pasangan, baca disini.

Komunikasi pasangan sememangnya amat penting dalam sebuah hubungan. Tetapi kalau berkomunikasi dengan pasangan sewaktu melakukan hubungan intim, macam mana pula tu?

Umum kita ketahui bahawa komunikasi merupakan kunci untuk membina rumah tangga bahagia. Apa yang anda rasa, apa yang pasangan anda cuba sampaikan, tolak ansur dan bermacam lagi.

Malah, komunikasi dalam perhubungan membantu anda berhubung dengan lebih rapat dengan pasangan anda untuk memberitahu kemahuan anda dan apa yang anda mahukan dalam perhubungan ini. Berbalik kepada persoalan awal, bagaimanakah pula dengan komunikasi dalam melakukan hubungan intim?

Apa kata anda tanya diri anda dan pasangan soalan ini. Perlukah anda berkomunikasi dengan pasangan sewaktu melakukan hubungan intim?

Pengertian hubungan intim

komunikasi pasangan

Kredit: Pexels

Hubungan intim adalah satu hubungan yang melibatkan hubungan emosi serta fizikal dan mental dua individu. Ianya turut dirujuk sebagai sebuah hubungan yang melibatkan hubungan seksual di antara  pasangan

Tahukah anda?

Seperti hubungan lain, hubungan intim atau seksual juga memerlukan usaha daripada kedua pasangan untuk berjaya. Ini termasuklah komunikasi dua hala bersama pasangan. Jika hubungan emosi dalam perhubungan memerlukan pasangan untuk meluahkan perasaan dan berkomunikasi agar tiada masalah berlaku di kemudian hari, begitu juga dengan hubungan intim. 

Hubungan intim bukan sekadar mengenai teknik dan cara anda melakukan hubungan seks sebaliknya ia meliputi kehendak kedua-dua pasangan sewaktu melakukan hubungan seks. Tanpa komunikasi, hubungan anda dan pasangan akan menjadi dingin.

Sebab itulah komunikasi dalam hubungan intim memainkan peranan penting. Ia bukan sekadar anda berkomunikasi dan berbual sahaja dengan pasangan anda. Ia mengenai anda berdua menzahirkan dan bercakap mengenai perkara yang penting buat anda berdua. 

Bagaimana pasangan anda nak tahu bahawa anda sebenarnya gembira atau anda berasa resah apabila kehendak anda tidak tercapai?

Sebab itulah, komunikasi dalam hubungan intim sebenarnya sangat penting. Nak tahu mengapa? Mari kami kongsikan.

Mengapa komunikasi semasa berhubungan intim penting?

Komunikasi Dengan Pasangan PENTING Agar Hubungan Kelamin Jadi Lebih Intim, Ini Sebabnya...

Kredit: Pexels

#1 Mendapat keterbukaan antara dua pasangan

Komunikasi membantu pasangan untuk saling berhubung dan menjadi terbuka antara satu sama lain. Ianya turut menjadi lambang kejujuran antara pasangan dan bukan sekadar satu tindakan tanpa emosi. Tak seronok lah kan, jadinya?

#2 Memenuhi kehendak dan keperluan setiap pasangan

Hubungan intim bukan hanya sekadar satu tindakan fizikal semata-mata. Komunikasi membantu kedua-dua pasangan untuk mendapat apa yang mereka perlukan tanpa perlu berselindung.

Anda dapat mengetahui apa yang pasangan anda suka dan tidak suka dalam hubungan intim. Sekaligus, ianya dapat membuatkan pasangan anda berasa selamat dan jauh lebih selesa.

#3 Mendapat kepuasan dalam hubungan intim

Dengan berkomunikasi, kedua-dua pasangan dapat mencapai kepuasan yang mereka mahukan apabila kedua-duanya cuba untuk memahami dan membuat tindakan berdasarkan apa yang pasangan mahukan.

Ia menjadikan hubungan seks anda lebih baik!

#4 Menjadi lebih berhubung dari segi emosi dan keintiman

Komunikasi membantu merapatkan hubungan pasangan apabila pasangan mula menzahirkan kehendak mereka dengan apa yang mereka inginkan.

Wujud tolak ansur apabila kedua-duanya cuba untuk merealisasikan kehendak pasangan mereka. 

#5 Membuat pasangan lebih gembira dan bahagia

Menurut kajian dalam Journal of Sex & Marital Therapy menunjukkan bahawa pasangan yang berkomunikasi sewaktu melakukan hubungan seks akan membuatkan pasangan lebih gembira bukan sahaja dalam hubungan intim sahaja, malah ianya turut berlaku dalam hubungan dan kehidupan pasangan itu sendiri.

Cara berkomunikasi dengan pasangan semasa hubungan intim

Komunikasi Dengan Pasangan PENTING Agar Hubungan Kelamin Jadi Lebih Intim, Ini Sebabnya...

Kredit: Pexels

#1 Beritahu pasangan anda apa yang anda mahukan dan apa yang anda tidak mahu

Kebanyakan pasangan berasa malu dan takut untuk meluahkan kehendak mereka apabila berbicara mengenai soal seks. Ada juga yang berasa takut dengan reaksi negatif pasangan sekiranya mereka terlalu jujur.

Sebaliknya, ia membantu anda dan pasangan untuk memenuhi jangkaan masing-masing dalam hubungan intim. Lebih-lebih lagi jika anda tidak menyukai satu-satu posisi dalam hubungan intim.

#2 Tanya pasangan mengenai kehendak mereka

Anda juga boleh bertanyakan pasangan anda mengenai apakah fantasi mereka dalam hubungan intim dan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu pasangan anda mencapai klimaks atau pun kepuasan.

Bahagian mana yang membuatkan mereka berasa tidak selesa? Kesemuanya perlu ditanyakan agar kedua-duanya lebih jelas dengan cara yang diperlukan.

#3 Gunakan komunikasi secara bukan lisan

Selain komunikasi lisan, anda juga boleh menggunakan komunikasi bukan lisan seperti bahasa tubuh dan ekspresi pada wajah. Anda boleh gunakan kedua-duanya untuk memberitahu pasangan apa anda mahukan.

Selain itu, sentuhan juga boleh digunakan sebagai satu cara untuk berkomunikasi. Biar pasangan anda tahu apakah yang anda mahukan.

Semoga artikel tentang komunikasi pasangan ini membantu anda dan si dia untuk lebih bahagia. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!