Bukan Dah Tak Sayang...Komunikasi Punca Hubungan Suami Isteri Semakin Hambar

Jika anda inginkan hubungan anda dan pasangan menjadi lebih baik, salah satunya adalah menerusi komunikasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dah hampir 10 tahun kahwin tapi kenapa hubungan suami isteri semakin hambar tidak seperti zaman bercinta atau ketika fasa honeymoon awal perkahwinan dahulu? Adakah kerana kurangnya komunikasi suami isteri menjadi punca berlakunya keadaan ini?

Manakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup,sedangkan lidah juga lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Hubungan tegang antara suami isteri tidak akan timbul tanpa punca dan sebab.

Ketegangan ini perlu ditenangkan supaya tiada masalah lain yang lebih teruk akan terjadi.

Komunikasi punca hubungan hambar suami isteri

 

Kata Dr. Redza Zainol dalam satu hantarannya di Instagram, cinta sebenarnya makin pudar bukan kerana emosi yang semakin hambar tetapi kerana usaha mengekalkannya semakin lemah.

Dan komunikasi adalah salah satu puncanya.

Bersikap acuh tidak acuh, malah masing-masing terlalu fokuskan urusan anak-anak sehingga tidak sedar masing-masing mengabaikan perasaan pasangan sehinggakan mengabaikan ikhtiar untuk bercinta dan jatuh cinta semula dengan pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak dan menentukan keharmonian rumah tangga dan doktor ini berkongsi 6 kategori komunikasi (lisan) yang perlu ada dalam rumah tangga.

Antaranya;

1. Luahan cinta dan sayang

Luahan yang akan menguatkan lagi hubungan dan perasaan. Luahan akan buatkan si isteri berbunga-bunga perasaannya. Bila isteri seronok, suami pun seronok sekali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Penghargaan

“Terima kasih banyak sebab awak jadi isteri/suami saya”. “Untung saya ada suami macam abang, kalau tak saya tak tahulah…”. Keinginan utama kita ialah mahu rasa dihargai. Rasa dirinya penting di mata suami/isteri. Rasa dirinya prioriti.

3. Layanan & ambil berat

“Awak nak makan apa? Awak ok tak? Kerja macam mana?”. Keberadaan kita di rumah atau sekadar luang masa bercakap dan duduk bersama dah boleh beri bahagia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Pujian

Sama ada penampilan, tingkah laku, kemahiran & personalitinya. Ringankan bibir untuk memuji usaha pasangan kia. Tahu tak oujian kita adalah pujian yang berpahala. “Syukurlah Alllah beri abang isteri yang masak sedap ni. Fuhh, mantap”

5. Teguran

Teguran perlu ada dalam rumah tangga. Ia tanda ambil berat dan tanda sayang. Tegurlah pasangan dengan cara, masa dan tempay yang sesuai. Tegurlah dengan penuh kasih sayang, tanpa teguran rumah tangga boleh menyimpang jauh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Maaf

Antara ungkapan yang paling mahal dalam rumah tangga adalah maaf. Susah betul nak ungkapkan. Biasanya masing-masing buat tak tahu dan harapkan pasangan akan lupakan dengan sendiri. Kalau dapat lupakan Alhamdulillah. Tapi kalau menyimpan dendam?

“Insha Allah 6 kategori ini akan membantu mencetus emosi cinta dalam rumah tangga. Cuba check berapa banyak yang dah kita amalkan berdasarkan senarai ini?,” tanya Dr. Redza mengakhiri perkongsian tersebut.

Selagi boleh dielakkan punca-punca ketegangan rumah tangga, teruslah dielakkan. Jangan biarkan masalah kecil seperti ini menjadi punca keretakan rumah tangga anda. Ambil langkah pencegahan awal dan gunakan pendekatan yang sewajarnya dalam melayari masam manis rumah tangga.

Jika anda inginkan hubungan hambar menjadi lebih sihat, anda berdua perlu berusaha untuk menjadi lebih baik. Jangan letakkan beban kepada dia atau bahu anda sendiri untuk berubah, bantu diri dia untuk berubah dan anda sendiri perlu berubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Komunikasi Dengan Pasangan PENTING Agar Hubungan Kelamin Jadi Lebih Intim, Ini Sebabnya…

Baca juga : Isteri Yang Gembira Menghasilkan Suami Yang Bahagia

Baca juga : Suami Abaikan Perasaan Isteri Secara Sengaja, Boleh Sempitkan Rezeki & Sukar Untuk Berjaya

Penulis

Nursyamimi