Akan Datang: Kondom Nasi Lemak Sebagai Pilihan Perancang Keluarga Yang Baru

Kalau anda salah seorang pasangan berkahwin yang ingin merancang keluarga, mungkin anda boleh cuba kondom nasi lemak ini! Ia ada beberapa kelebihan juga.

Kondom nasi lemak

Ya, anda tak salah membacanya. Sebuah syarikat industri pembuatan kondom terbesar di dunia Karex – akan mengeluarkan satu lagi perisa kondom yang unik – kondom berperisa nasi lemak.

Sebelum ini, syarikat tersebut telah mengeluarkan kondom yang berperisa durian.

Bila ditanya, kenapa nasi lemak menjadi pilihan?

Menurut Ketua Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, nasi lemak menjadi pilihan untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia.

Ialah… siapa yang tak pernah makan nasi lemak dekat Malaysia ini?

Kredit: Wikimedia Commons

Tak kisahlah India, Cina atau Melayu, semua menggemari nasi lemak. Makanan ini merupakan santapan waktu pagi yang sungguh terkenal!

Jadi, apa salahnya mengeluarkan kondom berperisa eksotik seperti nasi lemak. 

Syarikat itu mensasarkan pengeluaran kondom limited edition tersebut pada bulan November atau Disember tahun ini. 

Perkongsian ini dikongsi bukan untuk menggalakkan hubungan intim sebelum berkahwin

Umum tahu tentang penggunaan kondom. Kondom adalah salah satu perancang keluarga yang boleh digunakan oleh pasangan yang sudah berkahwin.

Kredit: AFP

Penggunaan kondom dalam perkahwinan

Malah, kajian oleh Consumer Insight Africa juga mendapati 47% bilangan pasangan berkahwin yang merancang keluarga memilih untuk menggunakan kondom.

Ini menjadikan kondom sebagai antara alat perancang keluarga yang paling popular di kalangan pasangan berkahwin. 

Jadi, tak salah menggunakan kondom sebagai alternatif untuk merancang keluarga. Lagipun, ada beberapa faedah yang dibawa dalam pemakaian kondom ketika bersetubuh.

4 kelebihan menggunakan kondom sebagai perancang keluarga

Kajian yang dijalankan juga cuba mengenalpasti mengapa pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk memakai kondom ketika bersenggama.

Kredit: Daily Mail

Menurut kajian, pemakaian kondom ini ada beberapa kelebihan, contohnya seperti:

1. Tak menjejaskan tubuh badan

Perancang kontraseptif lain mempunyai beberapa risiko penting yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. 

Antaranya seperti masalah penyakit kardiovaskular, strok dan loya yang teruk. Tapi tidak buat kondom. Kondom tak menjejaskan tubuh badan anda langsung.

2. Suami dapat tahan lebih lama

Tidak ramai suami yang mampu bertahan sehingga isteri mencapai klimaks. Namun, dengan penggunaan kondom, permainan di ranjang boleh dipanjangkan!

Ini berikutan kerana kondom mengurangkan sentuhan kulit-ke-kulit antara pasangan, lalu suami dapat mengawal rangsangan yang diterima.

Jika anda mahu aksi yang lebih panas di ranjang, mungkin anda patut cuba menggunakan kondom, hehe.

3. Sesi yang bersepah

Ada pasangan yang tidak gemar sesi berasmara yang agak “bersepah“. Sebab itu mereka memilih untuk menggunakan kondom.

Kondom dikatakan mampu meminimumkan gangguan untuk mengemas selepas bersenggama.

4. Ada isteri yang alah dengan air mani

Kajian yang dijalankan oleh seorang pensyarah sains reproduktif di Machester Metropolitan mendapati hampir 12% wanita mengalami alahan dengan air mani.

Ia mengakibatkan kejutan anaphylactic yang boleh mengancam nyawa jika badan terlalu hipersensatif.

Akibat alahan ini, wanita tersebut boleh mengalami kerengsaan, gatal-gatal, sakit ketika ingin kencing dan ekzema. 

Ha… macam mana? Anda dan pasangan nak cuba tak kondom nasi lemak yang akan menerjah pasaran kelak?

Mana tahu aroma nasi lemak ini menaikkan aksi di ranjang!

Sumber rujukan: The Straits Times dan SDE

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comharga-perancang-keluarga-di-malaysia/

 

Penulis

Ayu Idris