Kopiko Macchiato: Rasa Sempurna, Beri Nikmat Kopi Sebenar #InilahKopiBetul!

Kopiko Maccchiato Kopi Pekat, Tak Manis Sangat diformulasi dengan 2 bahagian kopi espreso dan 1 bahagian susu berkrim memberikan rasa ‘kaw’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 - Mayora Malaysia Sdn. Bhd. (Mayora), sebuah syarikat terkemuka dalam industri Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) teruja mengumumkan pelancaran baharu di bawah siri Kopiko - Kopiko Macchiato. Minuman kopi 3-dalam-1 ini menghidangkan kepekatan dalam setiap hirupan, kekayaan aroma penuh pekat dengan sentuhan manis secukup rasa, menepati citarasa rakyat Malaysia - Kopi Pekat, Tak Manis Sangat.

Pelancaran ini hadir bersama Kempen ‘Inilah Kopiko Betul’ yang baru sahaja bermula, mengangkat Kopiko Macchiato sebagai hidangan kopi yang sempurna untuk setiap penggemar kopi di Malaysia. Kopi ini dibuat dengan 2 bahagian kopi espreso dan 1 bahagian susu berkrim, resepi lazat ini menjanjikan kepekatan rasa kopi ‘kaw’ yang menyegarkan. Kelazatan rasanya memberi kenikmatan sebenar, sememangnya layak dipuji “Inilah Kopiko Betul!” oleh penggemar kopi Malaysia.

“Sejak sekian lama, sebagai rakyat Malaysia, kita memang amat gemarkan kopi. Malah, budaya minum kopi sudah sebati dengan warna-warni kehidupan kita. Sambil menikmati secangkir kopi, kita dapat mengeratkan hubungan, berkongsi cerita, dan mencipta kenangan bersama yang tersayang, tidak kiralah sama ada di rumah mahupun di kopitiam kegemaran kita. Hari ini, kami berbangga untuk memperkenalkan Kopiko Macchiato, minuman kopi 3-dalam-1 yang membawakan keaslian sebenar tradisi kopi kita. Pada masa yang sama, ia menjadi peneman sempurna untuk sesi ‘mengopi’ bersama yang sentiasa ditunggu-tunggu,” kata KK Ng, Pengurus Negara, Mayora Malaysia Sdn. Bhd.

“Apa yang membuat Kopiko Macchiato benar-benar lain daripada yang lain adalah rasa manisnya yang cukup seimbang. Ia membuktikan kepakaran Mayora sebagai pakar kopi dan salah satu pengeluar kopi terbesar di Asia Tenggara. Di Mayora, kami telah menguasai seni dalam memastikan tahap kemanisan yang sempurna dalam setiap bancuhan. Ciptaan yang memukau ini memberikan keseimbangan rasa yang dicari-cari, menjadikannya pilihan yang tidak dapat ditolak oleh penggemar kopi di Malaysia,” tambah Ng.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelancaran rasmi Kopiko Macchiato telah diraikan secara virtual pada 25 Ogos, dihoskan oleh Rasyidah dan Juztyn Mah, di mana acara bersejarah tersebut telah berjaya menarik lebih 1,800 penonton. Sepanjang acara berlangsung, penonton memeluangi hadiah hebat bernilai lebih RM10 ,000, termasuk baucar pelancongan.

Komited untuk menghidangkan pengalaman kopi terbaik kepada rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada, sempena kempen Inilah Kopiko Betul, Kopiko akan menghadiahkan pemberian percuma, di mana mereka akan menghidangkan 1,000,000 cawan minuman Kopiko untuk rakyat Malaysia di seluruh negara, bermula 25 Ogos sehingga hujung tahun ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kopiko Macchiato dengan berharga RM10.70 boleh didapati di seluruh negara di semua rangkaian pasar raya utama, premium dan kedai runcit harian. Dapatkannya sekarang dan jadikan hari anda kaya dengan aroma pekat dengan kemanisan yang sempurna. Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkannya di Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui lokasi pemberian Kopiko Macchiato percuma, ikuti Facebook dan Instagram (Kopiko Malaysia) atau layari https://www.mayora.com.my/.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan