Kos sara anak
Baru- baru ini seorang ibu telah berkongsi pecahan kos sara anak dan kos pembelanjaan bulanan setelah bosan mendengar 3 anaknya asyik mengadu tentang situasi kewangan mereka.
Ibu tunggal tersebut telah memuat naik pecahan kos berbentuk surat itu kepada anak-anaknya di Instagram bersama dengan jumlah duit sokongan yang diterima dari bekas suaminya.
Berikut adalah petikan kata-katanya, untuk memudahkan bacaan:
“‘Oleh sebab kamu tak boleh memandu, saya tidak akan mengenakan bayaran $560 untuk kos kereta dan insurans. Tapi saya bayar $270 supaya kamu ada cahaya lampu pada waktu malam, $100 untuk bayaran gas supaya kamu boleh mandi air panas.”
“Inilah kebenarannya anak-anakku. Pembelanjaan berlaku setiap hari. Walaupun ayah hanya memberi sumbangan sebanyak $600, saya terpaksa mengeluarkan $888 untuk setiap orang anak.” “Saya terpaksa berkerja keras supaya kita boleh hidup dengan selesa. “
Surat itu telah menerima lebih daripada 65,000 ‘like’ dan dibanjiri komen-komen dari orang ramai yang memberi sokongan positif.
Kebanyakkan mereka setuju kanak-kanak perlu faham ia bukan tugas yang senang untuk mendapatkan wang dan ATM tidak akan mengeluarkan wang sesuka hati.
Sebenarnya kos sara anak sangat mahal, cuma anak yang tak tahu
Mari kita tengok senarai kos anak di Malaysia hari ini, termasuk kos kelahiran, kos persekolahan, dan yuran Universiti.
Dari saat ibu hamil:
Hospital Kerajaan | Hospital Swasta | |
Pemeriksaan Pra-Natal | RM0 | RM200 setiap temujanji |
Kelahiran Biasa | RM60 – 2,000 | RM3,000 – 6,500 |
Pembedahan Caesarian | RM100 – 800 | RM11,600 – 14,300 |
Berpantang | RM5,000 | RM5,000 |
*Sumber dari pelbagai hospital di seluruh Malaysia
Baca juga:
Kos penjagaan kanak-kanak
Kalau anda memilih untuk mengupah pengasuh bayi, sediakan kira-kira RM12,000 setahun.
Tapi, sekiranya anda ingin mengupah pembantu rumah, kosnya boleh mencapai sehingga RM22,400 untuk tahun pertama.
Belum lagi tambah kos perkhidmatan agensi pembantu rumah yang dianggar antara RM8,000 – RM18,000 dan belum tentu lagi ibu bapa akan mendapat pembantu rumah yang baik.
Barang keperluan bayi
Apabila bayi anda semakin besar, dia akan memerlukan pelbagai barang keperluan lain: ada yang sekali beli dan ada yang merupakan barang keperluan bulanan.
Contoh barang yang hanya dibeli sekali sahaja: pam payudara, carseat, stroller, katil bayi, kerusi tinggi, dan tab mandian bayi.
Manakala contoh barang bulanan termasuk pakaian, lampin dan susu formula. Semua ini boleh menyebabkan ibu bapa belanja sehingga RM 3,000 sebulan.
Sekolah kerajaan atau swasta?
Kos untuk sekolah pula seperti ini:
Sekolah kerajaan | Sekolah International/Swasta | |
Yuran | RM0 | RM20,000 – RM100,000 |
Buku teks | percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks | |
Seragam dan baju T sekolah | RM200 | RM210 |
Kelab dan PIBG | RM50 |
Kos universiti
Bila mereka semakin membesar, mereka akan melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Ibu bapa yang menghantar anak ke negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia perlu membayar kira-kira RM 145,000 setiap tahun, bergantung pada jenis kursus, tempoh kursus, kos kehidupan di kawasan itu, perubahan mata wang dan faktor-faktor lain .
Sekiranya ibu bapa lebih suka anak belajar di dalam negara, kos pembelanjaan universiti tempatan dalam lingkungan RM400,000. Ini juga merupakan jumlah yang besar untuk sesetengah keluarga.
***
Bayangkan, jumlah kos pembiayaan untuk satu orang anak di Malaysia terletak di antara RM 400,000 – RM 1.1 juta! Bila anda tengok semua kos anggaran ini, tidak hairanlah mengapa ibu bapa selalu tak cukup duit!
Sumber: Nine, AIA, Free Malaysia Today
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Anak tidak berwarganegara: “Saya pun nak pakai seragam sekolah”