Tahukah anda yang ada satu tempat di Indonesia yang diberi nama Kota Pontianak? Wah, nama pun sudah habis seram!
Mesti ada sejarah seram yang tersembunyi di sebalik nama ini, kan? Jom ketahui macam mana tempat yang cantik dan moden ini boleh dapat nama seram seperti ini!
Sejarah nama Kota Pontianak
Dalam sejarah rasmi, Kota Pontianak dikatakan dibina pada 23 Oktober 1771. Orang yang membina kota ini adalah Syarif Abdurrahman Alkadrie, yang kemudiannya menjadi sultan pertama di Kesultanan Pontianak.
Semasa hendak membina Kesultanan Pontianak, Abdurrahman dan pengikutnya berjalan menyusuri Sungai Kapuas.
Perjalanan mereka berakhir di pertemuan tiga batang sungai iaitu Sungai Kapuas Kecil, Sungai Kapuas Besar dan Sungai Landak.
Di sini, beliau memulakan pemerintahannya. Sekarang, lokasi ini telah menjadi masjid besar yang dinamakan Masjid Sultan Syarif Abdurrahman dan Istana Kadariah. Lokasi ini terletak di Keluharan Dalam Bugis, Kecamatan Pontianak Timur.
Semasa dalam perjalanan ke sungai tersebut, Abdurrahman dikatakan telah diganggu oleh suara hilaian yang mengerikan dari hantu perempuan yang digelar pontianak oleh penduduk di situ.
Suara hilaian ini telah membuatkan rombongan ini takut! Kerana ini, Abdurrahman mengarahkan pengikutnya untuk menembak meriam ke arah suara pontianak tersebut.
Kononnya, tembakan dari meriam tersebut telah berjaya menghilangkan gangguan itu.
Apa itu pontianak?
Menurut dongeng orang dulu-dulu, asal-usul pontianak adalah apabila seorang wanita meninggal semasa sedang sarat mengandung atau melahirkan anak.
Menurut orang dulu-dulu juga, pontianak akan menjelma dengan berpakaian putih, berwajah cantik dan berambut panjang berwarna hitam.
Mangsa yang dipilih oleh pontianak biasanya adalah golongan wanita atau lelaki yang baru saja melahirkan anak dan bayi yang baru lahir (mungkin kerana cemburu).
Kerana dongeng ini, orang-orang dulu akan meletakkan benda tajam di sekeliling ibu yang baru lepas bersalin dan bayi supaya mereka tak diganggu pontianak.
Sekarang, jarang kita dengar cerita tentang pontianak.
Ini kerana pontianak dikatakan hidup di atas pokok, mungkin kita secara tak sengaja sudah menghalau pontianak-pontianak ini dengan pembalakan haram dan hutan-hutan yang ditarah kerana nak digantikan dengan pembangunan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini diterjemah dengan izin dari HerStyleAsia Indonesia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comgangguan-sihir