Projek Sukaria Kanak-Kanak: Kraf Haiwan Menggunakan Pinggan Kertas

Bayangkan betapa seronok belajar dengan cara yang lebih kreatif ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda kehabisan idea untuk melakukan projek kraftangan mudah bersama anak prasekolah?  Cubalah projek ini sambil meluangkan masa berkualiti dengan anak anda.

Anda pasti pernah melihat pelbagai jenis projek kraftangan mudah yang dibentukan daripada pinggan kertas sebelum ini. Sebenarnya cara membuatnya sangat mudah.  Lihat bertapa comelnya kraf haiwan-haiwan ini.

Projek Kraftangan Mudah - Kraf Haiwan Menggunakan Pinggan Kertas

Barang-barang Yang Diperlukan Untuk Projek Kraftangan Mudah Ini:

  1. Pinggan Kertas
  2. Cat-air, bekas untuk cat-air
  3. Gam
  4. Gunting
  5. Berus Cat
  6. Mata bergoyang yang boleh dibeli di mana-mana kedai kraf
  7. Kad Manila 
  8. Pensel warna, Krayon, Pen Penanda
  9. Kayu Kraf yang berbentuk kayu aiskrim, berbola kraf

Anda boleh mendapatkan kesemua peralatan ini di Art Friend yang mempunyai dua cawangan: satu di The Gardens Midvalley dan satu lagi di The Curve.  Sekiranya nak senang, tempah di laman web Tesco (penghantaran disediakan).

Langkah-langkah:

# 1 Pilih haiwan kesayangan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mula dengan belakang pinggan kertas dan bayangkan ia sebagai kepala haiwan. Fikirkan bentuk lain yang perlu dipotong untuk membentuk kepala haiwan tersebut.

#2 Lukis dan potongkan bahagian tambahan untuk haiwan itu

Adakah ia mempunyai telinga?  Atau batang hidung seekor gajah?  Lukis dan potongkan untuk anak anda jika dia masih belum mahir menggunakan gunting.  Jangan lupa untuk mengawasi anak apabila mereka menggunakan gunting. Untuk kanak-kanak yang lebih muda, sediakan bahagian yang telah dipotong terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

# 3 Lekatkan semua bahagian tambahan

Lekatkan semua bahagian-bahagian tambahan (contohnya telinga atau batang hidung gajah) pada belakang pinggan kertas dengan gam dan ketepikan supaya ia boleh kering. Untuk mempercepatkan proses ini, pita lekat dua belah dan stapler boleh digunakan.

# 4 Warnakan haiwan anda

Alas meja dengan plastik atau kertas mahjong bagi menyenangkan proses pembersihan.  Letak pinggan kertas anda menghala ke bawah dan warnakan dengan cat air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan lupa untuk menambah bintik dan belang pada haiwan yang berkenaan.

Sebagai alternatif gunakan kertas warna untuk membentuk bintik dan belang tersebut, dan lekatkan dengan gam.

# 5 Tambahkan ciri-ciri wajah haiwan

Mata haiwan boleh dibuat daripada mata bergoyang yang dibeli dari kedai kraf, butang atau potongan kertas dan pen penanda.  Mata bergoyang menjadi pilihan kerana ia akan bergerak apabila digoncang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi zirafah yang mempunyai muncung hidung, potong bentuk bujur dari kertas warna dan lukis muncung hidung dan mulut haiwan dengan krayon, pensel warna atau pen penanda.

Gamkan muncung hidung pada kepala.  Bagi haiwan yang mempunyai kepala panjang, lekatkan muncung hidungnya jauh lebih rendah dari mata.

# 6 Ciri-ciri lain

Tambah ciri-ciri lain bagi memperlihatkannya lebih realistik.  Contohnya zirafah ini dilekatkan sepasang tanduk dengan kayu ais krim potong yang telah diwarna dan dipotong dua.  Letakkan bulatan di atas setiap tanduk bagi membentuk hujungnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

# 7 Berseronok sambil belajar

Projek kraftangan mudah ini boleh mengajar anak anda perbezaan dan persamaan haiwan dalam klasifikasi yang sama.  Bayangkan betapa seronok belajar dengan cara yang lebih kreatif ini?

Inilah kraf kura-kura yang kami buat bersama-sama.  Apakah kraf haiwan yang akan kamu cuba pula?  Selamat mencuba!

Kredit: First Palette

Baca juga:

Penulis

Rosanna Chio