Anak Terkial-kial Dengan Kurikulum KSSR Tahun Satu

Seperti ramai ibu bapa lain, kami tertanya-tanya kalau anak kami seorang sahaja yang sedang bergelut dengan kurikulum KSSR Tahun 1

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila KSSR mula diperkenalkan pada tahun 2014, ramai ibu bapa telah menyuarakan rasa bimbang tentang cabaran yang bakal dihadapi anak mereka.

Walaupun KSSR diperkenalkan secara berperingkat, pelajar, guru, dan ibu bapa masih menghadapi kesukaran untuk membiasakan diri.

Mengapa KSSR Diperkenalkan?

KSSR2 telah dilaksanakan tahun ini untuk “memberi penekanan kepada pengajaran yang bertumpu kepada pelajar, penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, mengemas kini subjek atau tema dan untuk melaksanakan penilaian formatif ,”  (The Malay Mail Online).

Seperti ramai ibu bapa lain, kami tertanya-tanya kalau anak kami seorang sahaja yang sedang bergelut dengan kurikulum KSSR Tahun 1. Tetapi ia ternyata ramai turut terkial-kial bagaimana untuk menolong anak mereka.

Kalau ibu bapa pernah membelek buku-buku teks anak, anda akan mendapati pelajar Tahun 1 sudah diminta untuk membentuk ayat sendiri bahkan di ajar kaedah number bonds dalam kelas matematik.

Bayangkan, jika anak yang telah ke prasekolah berasa ia susah difahami, bagaimana pula nasib pelajar lain yang baru nak belajar?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengikut Utusan Online, KSSR adalah satu langkah usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita negara yang maju dengan rakyat yang kreatif, kritis, inovatif dan memiliki kemahiran berfikir aras tinggi.

Ya memang niatnya baik, tetapi bagaimana pula kalau ramai pelajar-pelajar yang ketinggalan?

Topik Hangat Ibu Bapa

Memandangkan ramai sedang menghadapi masalah yang sama, topik ini sekarang topik hangat diantara ibu bapa di Facebook. Ramai yang bersetuju sistem pelajaran baru ini sangat susah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pula yang berpendapat korikulum ini tidak berasas dan tidak dilaksanakan dengan sistematik. Sebenarnya, sistem pendidikan di Malaysia telah dipinda dan ditukar banyak kali.

Kami boleh melihat dengan mata sendiri kelam kabut guru-guru dan pelajar untuk menyesuaikan diri. Oleh kerana ini, ibu bapa seolah-olah hilang harapan dengan sistem pendidikan kerajaan dan rela hantar anak ke sekolah antarabangsa swasta ataupun homeschooling.

Ibu bapa harus sedar bahawa mereka memainkan peranan penting dalam memberi sokongan yang diperlukan agar anak dapat membiasakan diri dengan kurikulum baru ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan asyik menyalahkan guru ataupun pihak sekolah sahaja. Luangkan masa untuk mengulang kaji apa yang telah dipelajari setiap hari dan cuba tanam sikap ingin tahu dan suka belajar.

Ibubapa juga boleh cuba mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah lain yang mungkin boleh memberi manfaat kepada anak.

Disamping meluangkan masa untuk membimbing anak di rumah, jangan pula menaruh harapan yang tidak realistik.  Berikan sedikit masa untuk mereka membiasakan diri.

Kalau anak berasa patah hati apabila melihat rakan-rakan lain yang lebih pandai, suruh mereka jangan putus asa dan terus berikan sokongan yang positif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mudah-mudahan dengan dorongan ibu bapa dan keupayaan diri sendiri, mereka akan mencapai kecemerlangan satu hari nanti.

rujukan: Didik, Utusan Online, The Reporter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio