Bayi sebenarnya ada kuasa luar biasa, tau!
Bayi sungguh menakjubkan, bukan?
Hanya dengan melihat dan memegang mereka sudah cukup membuatkan kita rasa gembira dan terhibur.
Perasaan yang mereka beri hanya boleh dijelaskan jika anda sendiri berdepan dengan seorang bayi.
Tahukah anda, bayi sebenarnya mempunyai ‘kuasa luar biasa’ yang hanya mereka saja ada?
Ha… jom ikuti perkongsian dari Brightside ini tentang 10 kuasa luar biasa yang hanya ada pada bayi;
1. Mereka tidak menangis
Jangan pelik, tapi ini benar. Kita selalu dengar mereka menangis, tapi sebenarnya mereka hanya merengus dan menjerit.
Saluran air mata mereka tertutup jadi mereke tidak boleh mengeluarkan air mata.
2. Mereka rasa lebih baik jika dalam air
Ini dipanggil refleks menyelam.
Ia akan hilang apabila bayi berusia lebih kurang 6 bulan. Apabila bayi direndam dalam air, mereka secara semulajadi menahan nafas kemudian kaki dan tangan mereka mula membuat gerakan berenang.
3. Mereka boleh menelan dan minum pada masa yang sama
Bayi mempunyai pharynx yang lebih tinggi dari orang dewasa.
Jadi, apabila mereka menelan, laluan ke saluran pernafasan tidak tertutup oleh epiglotis. Oleh sebab itu, semasa menelan, bayi masih boleh bernafas dengan mudah.
4. Bersin tanpa henti
Saluran nasal pada bayi baru lahir lebih sempit dari orang dewasa.
Jadi, ia perlu dibersihkan dengan lebih kerap. Disebabkan mereka belum mampu menghembus sendiri, bayi mempunyai refleks yang unik.
Sebab itulah bayi boleh bersin tanpa henti jika hidung mereka tidak selesa.
5. Mudah tertidur
Ramai yang fikir bayi memerlukan suasana senyap untuk tidur.
Tapi, sebenarnya, anda pasti akan terkejut bagaimana nyenyaknya mereka tidur walaupun dalam keadaan yang sangat bising seperti muzik yang kuat atau bunyi orang bekerja.
6. Mempunyai dialek tersendiri
Para saintis telah menemui yang bayi menangis mengikut dialek negara mereka. Semasa di dalam rahim mereka sudah terbiasa mendengar suara ibu mereka, jadi mereka belajar dari situ!
7. Mereka boleh merangkak walaupun baru lahir
Bayi yang baru lahir sebenarnya boleh merangkak ke payudara ibu mereka.
Tapi untuk menjayakan ini anda perlu meletakkan mereka di atas perut ibu dulu. Menurut saintis, bayi baru lahir tertarik dengan bau susu ibu.
8. Mereka sangat fleksibel
Bayi mempunyai lebih banyak tulang berbanding orang dewasa.
Semasa masih kecil, mereka mempunyai lebih kurang 300 tulang yang akan bergabung menjadi semakin sedikit apabila usia meningkat.
Jadi, sebelum tulang tersebut bergabung, badan mereka sangat fleksibel (ini memudahkan proses kelahiran).
9. Rambut dan warna mata berubah
Semakin usia meningkat, rambut bayi boleh berubah. Rambut asal akan gugur untuk memberi ruang kepada rambut baru untuk tumbuh.
Dari keperangan boleh jadi hitam, dari kerinting boleh jadi lurus atau sebaliknya.
Begitu juga dengan warna mata mereka.
10. Berat boleh naik 3 kali ganda tapi tak gemuk!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia