Kucing Hitam Dibunuh & Dijadikan Pes Kerana Percaya Ia Mampu Menjadi Penawar Covid-19

Sebelum ini rakyat China sanggup makan kelawar, ular dan anak tikus, tetapi semenjak wabak Covid-19, mereka masak dan minum rebusan kucing warna hitam pula!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum bermulanya pandemik Covid-19, penduduk di Wuhan terkenal dalam menjadikan haiwan liar sebagai menu utama dalam seharian. Namun, baru-baru ini mereka mula meneruskan kembali tradisi tersebut dengan membunuh kucing warna hitam yang dikatakan 'penawar'.

Rata-rata netizen meluahkan kemarahan kerana mereka telah menganiaya binatang dan kucing adalah haiwan jinak yang sering menjadi peliharaan di rumah.

Kucing warna hitam dijadikan korban

Seorang pejuang hak haiwan telah mendakwa bahawa kucing warna hitam di Taiwan telah menjadi sasaran korban sebagai 'penawar' penyakit Coronavirus.

Menurut laporan yang dikongsikan, kucing hitam yang dikumpul akan direbus, dibuang kulit dan dimasak sebelum diproses menjadi bentuk pes.

Keadaan itu berlaku di wilayah Hanoi, di mana ia telah dijual secara dalam talian mengikut permintaan pelanggan iaitu air minuman atau pes. Dalam beberapa keping gambar yang tular dalam internet, seorang bayi telah diberikan minuman 'penawar' Coronavirus yang diperbuat daripada kucing.

Ia dikatakan mula berlaku selepas tips palsu tersebar yang mengatakan khasiat kucing hitam mampu mengubati serta melawan serangan virus misteri berkenaan.

Menurut pengasas pertubuhan kebajikan No to Dog Meat, Julia de Cadenet, mengakui bahawa seluruh masyarakat di dunia dilanda kebimbangan dan resah gelisah dengan penularan wabak Covid-19. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ia tidak bermakna bahawa segelintir individu menjadikan alasan ini untuk melakukan kezaliman terhadap binatang.

Tambahnya lagi, tiada sebarang bukti saintifik bahawa amalan memakan daging atau rebusan kucing warna hitam dapat menyembuhkan wabak Coronavirus. Sekiranya ada sekalipun, ia adalah rawatan yang tidak berperikemanusiaan dan amat kejam.

Proses menghasilkan penawar berkenaan juga melalui proses mengisar kucing yang telah direbus menjadi pes. Berdasarkan gambar di internet turut menunjukkan beberapa ekor kucing telah mati disembelih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudiannya, bangkai tersebut akan dijemur di bawah sinaran matahari terik. Manakala dalam sebuah video lain pula, seekor kucing hidup telah diletakkan di dalam periuk. Individu yang melakukan kekejaman tersebut telah menuangkan air panas ke atasnya.

Amalan makanan eksotik tidak hanya berlaku di China sahaja, selepas berlakunya penularan Covid-19, Vietnam dan Indonesia masih makan anjing, kucing dan haiwan liar yang lain. Mereka turut berani mempromosikan haiwan liar sebagai penawar berkesan Coronavirus.

Operasi pasar eksotik dibuka semula

Selepas hampir empat bulan penularan wabak Coronavirus, pasar daging di sekitar dua bandar tekemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali aktif menjual makanan 'kegemaran' mereka.

Antaranya ialah kelawar, kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik yang digunakan dalam perubatan tradisional. Berdasarkan paparan Daily Star, penemuan mengejutkan itu mendapati bahawa haiwan berkenaan dikaitkan dengan punca tercetusnya wabak Covid-19.

Ia dijual secara terbuka tanpa rasa bersalah. Kebanyakan tempat di negara republik berkenaan amat teruja meraikan kemenangan dalam memerangi pandemik Covid-19 setelah beberapa bulan pasar diarahkan tutup serta-merta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Warga China berpendapat bahawa negara mereka sudah bebas sepenuhnya Covid-19 dan operasi pasar basah mula beroperasi seawal 28 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, ada perkara yang membezakan sepanjang pasar ini dibuka semula iaitu kehadiran beberapa orang pegawai penjaga bagi menghalang orang ramai mengambil gambar.

Ia adalah untuk mengelakkan berita disebarkan di internet dan dikecam oleh masyarakat seluruh dunia.

Keadaan ini adalah amat teruk dan akan mendatangkan pelbagai masalah memandangkan pandemik Covid-19 memerlukan jangka masa yang panjang untuk dihapuskan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di wilayah Dongguan pula, penjualan kelawar dipromosikan secara besar-besaran oleh kumpulan penjualan perubatan tradisional.

''Pasar kembali meneruskan operasi seperti biasa, sama macam sebelum kemunculan wabak Covid-19,'' ujar koresponden yang dihalang mengambil gambar oleh pengawal keselamatan.

Justeru, setiap insan perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk bekerjasama dalam membanteras penularan rantaian wabak misteri ini. Sentiasa mendengar arahan dari pihak berkuasa, mempraktikkan amalan penjagaan kebersihan diri, memakai topeng muka dan kekal berada di dalam rumah.

Sumber: The Sun, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan