Rawatan Kuku Antara 11 Idea Terbaik Untuk Ibu Hamil Manjakan Diri, Cubalah!

Kuku yang sihat adalah penting untuk dimiliki oleh ibu hamil. Bukan setakat penampilan luaran sahaja, kebersihan kuku pun penting!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuku merupakan salah satu bahagian yang perlu dijaga oleh ibu hamil. Semasa kehamilan, pelbagai perubahan pada fisiologi akan berlaku termasuklah bahagian kuku. 

Ibu hamil perlu pastikan ia bersih daripada kekotoran dan kuman. Kalau nampak sudah panjang, boleh potong. Jangan simpan kuku panjang dengan kekotoran. Ada baiknya jika anda pastikan kuku pendek sentiasa. 

Manjakan diri ketika hamil adalah perkara yang menakjubkan. Oleh itu, adalah penting buat anda meluangkan masa untuk berehat dan recharge semula. Ini akan membantu anda berasa lebih baik dan segar ketika waktu kehamilan.

Rawatan kuku juga boleh jadi idea manjakan diri! 

Mana-mana ibu hamil mengetahui bahawa kehamilan adalah masa perubahan fizikal dan emosi yang besar. Jadi ada baiknya ada cuba lakukan perkara yang menggembirakan dan menenangkan sepanjang kehamilan.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak yang lain. Ada masanya berehat sebentar daripada kekalutan akan membantu anda untuk recharge semula. Jadi itulah sebab pentingnya me time

11 cara ibu hamil manjakan diri

Semasa bayi dalam kandungan, anda berhak mendapat sesi memanjakan diri, termasuklah sesi penjagaan kuku! Ibu-ibu boleh manjakan diri dengan pelbagai cara. Ia penting untuk untuk pengalaman kehamilan yang lebih lancar.

Antara yang boleh anda lakukan termasuklah:

#1. Mulakan penjagaan diri serta rutin untuk ‘mama-to-be’

Luangkan masa untuk diri sendiri semasa kehamilan dan fokus untuk menjaga keperluan anda. Mewujudkan rutin penjagaan diri yang sesuai untuk anda ialah perkara terbaik untuk bermula. Matlamatnya adalah untuk mencari aktiviti yang membuatkan anda berasa baik dan membantu anda berehat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda dan bayi anda. Luangkan sedikit masa untuk memberi tumpuan kepada diri sendiri semasa kehamilan, dan anda pasti akan lebih menikmati pengalaman itu.

Sebagai contoh jadikan minum air kosong atau makan buah kegemaran anda setiap hari sebagai rutin. 

#2. Pergi mengurut (relaxing massage)

Urutan kehamilan adalah cara terbaik untuk mengurangkan tekanan. Rawatan spa kehamilan boleh membantu mengurangkan bengkak terutama pada kaki, meningkatkan peredaran darah, meredakan sakit urat serta sakit otot.

Rawatan muka untuk kehamilan juga boleh membantu memperbaiki tona dan tekstur kulit yang berubah akibat perubahan hormon. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pilih bauan yang menenangkan

Jangan pandang remah impak bau kepada anda. Aromaterapi boleh memberi manfaat semasa kehamilan. Ia boleh membantu dengan segala-galanya daripada sakit kepala hingga keresahan.

Apabila memilih aroma untuk aromaterapi kehamilan, pilih sesuatu yang menenangkan. Lavender ialah pilihan popular yang terkenal dengan sifat menenangkan. Pilihan lain yang bagus termasuklah chamomile dan geranium.

Untuk memastikan bahawa aromaterapi kehamilan selamat untuk anda dan bayi anda, tanyalah doktor anda dan mereka yang pakar mengenainya kerana ada beberapa bauan yang tidak sesuai untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. 

#4. Nikmati mandian ‘bubble bath’

Air suam dan buih yang menenangkan boleh membantu meredakan ketegangan otot dan merehatkan minda. Bagi kebanyakan orang, mandian buih adalah rutin penjagaan diri yang biasa.

Tetapi adakah selamat untuk mandi buih semasa mengandung? Tidak perlu risau ia selamat namun adalah penting untuk mengambil beberapa langkah berjaga-jaga. Ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pastikan air tidak terlalu panas. Suhu air yang tinggi boleh meningkatkan risiko terlalu panas. Ini berbahaya untuk ibu dan bayi.
  • Tambah buih selepas anda masuk ke dalam tab mandi. Ini akan membantu mengelakkan anda daripada tergelincir pada permukaan bersabun.
  • Hadkan masa berendam. Cuba hadkan masa berendam anda kepada 20 minit atau kurang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada mendapat jari tangan dan kaki pruney atau mengecut. 

Kelebihan manjakan diri ketika hamil

Banyak kelebihan memanjakan diri ketika hamil ia termasuklah memberikan anda minda yang tenang untuk menghadapi hari-hari anda. Jadi antara idea lain untuk memanjakan diri termasuklah:

#5. Rawatan kuku 

Ketika hamil, antara perkara penting adalah anda perlu menjaga kuku anda. Kuku anda mungkin menjadi rapuh dan mudah patah selain mungkin kering dan merengsa.

Jadi membuat rawatan kuku ketika hamil boleh dilakukan namun perlu dielakkan beberapa perkara. Ia termasuklah pewarna kuku yang mempunyai bahan berbahaya. 

Pewarna kuku gel popular untuk ibu hamil kerana ia memberikan kemasan berkilat yang tahan lama. Tetapi adakah bahan ini selamat semasa kehamilan? Terdapat beberapa perdebatan tentang penggunaan gel ini semasa kehamilan. Jadi pastikan anda dapatkan nasihat doktor dulu sebelum menggunakannya.

Antara perkara yang perlu dipastikan mengenai kuku anda ketika hamil adalah:

  • Jangan gigit kuku
  • Pastikan kuku sentiasa kering dan bersih
  • Lebih baik pastikan kuku pendek
  • Elak kuku kotor dan kuku rosak dengan memotongnya pendek
  • Gunakan losyen tangan untuk melembutkan kulit di sekitar kuku

#6. Ambil masa tersendiri untuk bersosial, berkomunikasi dengan ibu hamil yang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara terbaik untuk belajar tentang kehamilan dan keibuan adalah daripada wanita lain yang pernah melaluinya. Anda boleh meminta nasihat daripada seseorang yang pernah mengalami perkara sama.

Jadi, luangkan masa untuk bersosial dan bercakap dengan wanita hamil atau ibu baharu yang lain. Anda boleh menyertai kelab kehamilan atau forum dalam talian. Anda akan belajar banyak dan mendapat kawan yang hebat dalam proses itu.

#7. Makan makanan berkhasiat 

Memikirkan banyak perubahan yang berlaku dalam badan anda adalah perkara biasa. Sebab itu penting untuk menjaga diri pada masa ini, termasuk makan makanan yang sihat.

Snek makanan berkhasiat boleh membantu anda kekal sihat dan rasa terbaik. Tidak perlu rasa bersalah untuk memanjakan diri ketika hamil. Jadi teruskan dan nikmati snek kehamilan tambahan itu. Badan anda akan berterima kasih untuknya.

#8. Praktik yoga pranatal dan meditasi

Salah satu cara untuk menjaga diri dan badan anda adalah dengan mengamalkan yoga dan meditasi pranatal. Yoga pranatal membantu meregangkan serta menguatkan otot. Ia juga boleh membantu meredakan gejala kehamilan seperti loya, sembelit, sakit belakang dan juga keletihan.

Meditasi boleh membantu mengurangkan tekanan dan kerisauan semasa kehamilan. Dengan meditasi, ia membantu mengurangkan kebimbangan dengan melatih wanita hamil bagaimana untuk memberi tumpuan dan melegakan rasa ketakutan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#9. Minum satu gelas air pada setiap masa, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Minum air untuk kekal sihat dan selesa. Ia juga boleh membantu mengelakkan masalah berkaitan kehamilan seperti sembelit dan buasir.

Minum banyak cecair untuk mendapatkan cecair amniotik yang mencukupi. Ia akan melindungi diri dan bayi anda semasa trimester ketiga. Kekal terhidrat adalah sangat penting. Jadi pastikan anda minum dengan cukup sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. 

#10. Dapatkan tidur yang cukup 

Kehamilan boleh menjadi indah dan menarik, tetapi ia juga boleh menjadi sesuatu perkara yang membawa tekanan. Salah satu perkara terbaik untuk dilakukan ialah mendapatkan rehat yang mencukupi.

Tidur memberikan tubuh anda peluang untuk berehat dan mengecas semula serta boleh membantu mengurangkan tahap tekanan. Tidur yang cukup semasa hamil boleh membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda.

Mendapatkan tidur malam yang nyenyak kadang kala agak sukar terutama ketika kandungan semakin membesar. Tetapi para ibu harus tetap mencuba untuk berehat sebanyak mungkin kerana ia amat penting. 

#11. Hirup udara segar, dedahkan diri dengan matahari

Terdapat banyak faedah untuk keluar dan menikmati udara segar serta sinaran matahari. Anda boleh berjalan, berjoging, atau berenang untuk membantu anda menyegarkan diri dan mengurangkan mual pagi. Mendapat udara segar dan matahari sangat bagus untuk kesihatan anda.

Faedah menikmati alam semula jadi ini sememangnya boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan selain membantu meningkatkan mood anda. Oleh itu, jika anda berasa tegang atau sedih, pergi berjalan-jalan di taman atau berenang di kolam mandi. 

Bersiar-siar di luar adalah cara terbaik untuk memanjakan diri dan mendapatkan mental serta fizikal yang sihat. 

Tahniah atas kehamilan anda! Kami berharap petua kami membantu memberikan idea untuk anda manjakan diri. Ingat ibu-ibu, anda harus sentiasa menjaga diri, berehat dan nikmati proses kehamilan ini!

  1. whattoexpect (November 23, 2020). Nail Changes During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/nail-changes-during-pregnancy
  2. kiindred.co (March 17, 2021) 13 ways to pamper yourself during your pregnancy. kiindred.co/pregnancy/health-wellness/10-ways-to-pamper-yourself-during-your-pregnancy/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kehamilan Pertama & Anak Kedua Tak Sama Pengalamannya, Ini Perbezaan Yang Mungkin Ibu Alami

Baca juga: Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

Baca juga: 5 Perkara Paling Best & Membahagiakan Ibu Ketika Berada Trimester Kedua Kehamilan

Penulis

Murns A.