Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir, Enak Dinikmati Ketika Musim Hujan

Kulat sisir turut dikenali sebagai cendawan kukur, jika waktu dulu, kulat ini dikutip di permukaan kayu reput apabila telah matang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara amnya, kulat sisir atau cendawan kukur tumbuh meliar dan mula hidup selepas hujan. Tidak hairanlah, cendawan berkenaan hanya boleh ditemui mengikut musim tertentu hingga ada ketikanya ia sangat sukar diperoleh.

Tumbuhan ini mempunyai khasiat nutrisi dan perubatan yang tinggi berbanding cendawan lain antaranya cendawan butang, enoki dan tiram.

Ia mengandungi schizophyllan iaitu sejenis ramuan di dalam ubat antibarah khususnya barah serviks. Ia bertindak meningkatkan sel imun bagi membunuh sel barah, virus atau kuman yang menyerang badan.

Malah kulat sisir juga mengandungi sebatian antioksidan yang kuat seperti selenium, asid protocatechuic, ergotheionene dan sebatian fenolik yang diperlukan bagi menyingkir toksik dalam badan selain kaya dengan protein, karbohidrat, magnesium dan vitamin D.

Walaupun kulat sisir jarang dijual di pasar-pasar utama namun jika anda terjumpa, pastikan anda beli kerana rasanya sangat enak jika dibuat masak lemak cili api.

Kami kongsikan resepi masak lemak cili api kulat sisir yang pernah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Nora Habsah Shahid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan :

  • 2 cawan kulat sisir/kulat kukur kering
  • 15 biji cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sejemput ikan bilis ~ direndam sekejap
  • 2 batang serai ~ dititik
  • 900 ml santan sederhana pekat
  • Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara penyediaan :

1. Rendam supaya semua kekotoran yang melekat pada kulat terpisah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Cucurkan kulat di bawah air paip dan tos sebentar.

3. Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur. Tumbuk manja-manja sahaja.

4. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Dalam periuk, boleh lah nak tambah udang atau seafood yg lain masukkan santan, bahan tumbuk, serai, kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya.

6. Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau. Jika suka boleh masukkan 1 keping asam gelugur.

7. Boleh dimatikan api bila dah secukup rasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

+Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

Baca juga : Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Style Nogori, Tak Perlu Guna Bawang Dan Minyak!

Baca juga : Cendawan Boleh Jadi Pengganti MSG Dalam Masakan

Penulis

Nursyamimi