Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat

Jangan risau ibu ayah semua, masalah kulit bayi kering dan mengelupas adalah biasa, ini cara-cara mengatasinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila muncul masalah kulit pada bayi, ibu ayahlah yang paling runsing sekali, mana tidaknya kesian tengok bayi yang kecil tak berdaya itu menggaru-garu kulitnya yang rengsa akibat kering. Tapi tahu tak ibu ayah semua? Masalah kulit kering dan mengelupas pada bayi ini adalah masalah biasa yang akan dihadapi bayi baru lahir. 

Anda sebagai parents cuma perlu bijak untuk mengatasi masalah ini bagi mengurangkan kerengsaan kulit yang dihadapi si comel. 

Antara langkah-langkahnya adalah seperti berikut!

Kulit bayi baru lahir bukan saja lebih nipis dan ekstra sensitif daripada kulit anda, malah ia juga mengeluarkan lebih sedikit minyak untuk melembapkan kulit. Jadi tidak hairanlah kulit si comel anda itu mudah untuk mengelupas.

Kulit bayi yang terdedah kepada cuaca sejuk, dan di dalam bilik penghawa dingin juga lebih berisiko untuk kering dan merengsa. Jadi ini antara apa yang anda boleh lakukan untuk melegakan kulit kering bayi. 

1# Jangan mandikan bayi terlalu lama

Kredit: iStock

Jadikan rutin mandian untuk si manja anda seringkas yang mungkin. Walaupun si manja anda sangat menikmati waktu mandi mereka di dalam tub bayi, namun sesi mandian sepatutnya terhad kepada 10 minit. Mandian lama daripada itu akan menyebabkan kulit bayi mudah kering. Dan elakkan bayi mandi terlalu kerap. Jika anda rasa bayi tidak selesa kalau tak mandi, jadikan rutin mandian si kecil sekali sehari sudah mencukupi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Mandian air suam

Mandian air suam adalah paling serasi untuk bayi. Elakkan mandian sejuk dan terlalu panas. Dengan mandian air suam ia dapat memelihara kulit agar tidak menjadi terlalu kering. Malah dapat mengekalkan suhu badan yang ideal buat bayi. 

3# Oles losen sebelum mandi

Ya, bukan saja selepas mandi penting untuk dioleskan losen. Sebelum mandi pun penting untuk anda oleskan. Ia dapat membantu menghasilkan satu lapisan yang lembap yang mampu melindungi kulit bayi ketika mandi. 

4# Keringkan bayi dengan menekap tuala dengan lembut

Elakkan menggosok badan bayi anda dengan tuala, sebaliknya tekap saja tuala dengan lembut pada badan bayi, dan cepat-cepat menyapu losen bayi agar kulit yang masih dalam keadaan lembap tadi dapat mengunci lembapan dari losen dengan segera. 

5# Gunakan sabun pencuci baju yang lembut

Kalau boleh gunakan yang direka khas untuk baju bayi. Selain dapat melindungi baju bayi agar tidak rosak dengan bahan kimia yang berlebihan, kulit bayi juga mampu dipelihara dengan baik. Ia boleh mengelakkan kulit bayi daripada kering dan merengsa pada tahun pertama bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6# Melembapkan kulit bayi

Kunci utama dalam melawan ekzema atau kegatalan kulit pada bayi adalah dengan melembapkan kulit mereka. Elakkan kulit mereka daripada kering, kerana dari kulit kering akan muncul pelbagai masalah kulit. Jadi melembap, melembap dan melembap! Anda boleh sapu losen, minyak atau jeli petroleum untuk melindungi kulit si manja. 

7# Gunakan humidifier di dalam bilik bayi

Mengekalkan kelembapan yang ideal pada udara dapat melindungi kulit anda sekeluarga. Termasuklah kulit si kecil. Bayangkan bayi duduk berjam-jam di dalam bilik penghawa dingin, tentulah kulitnya akan cepat kering dan merengsa. Tapi kalau ditutup pula nanti bayi kepanasan pula maklumlah cuaca di Malaysia kan senantiasa panas! Menurut kata Jen Trachtenberg, M.D., Penulis  Pediatrician in Your Pocket, humidifier di dalam bilik memang satu idea yang baik untuk setiap ibu bapa yang mempunyai bayi baru lahir.

8# Sentiasa beri minum susu badan

Ini untuk ibu-ibu yang berupaya menyusu badan. Gunakan aset berharga anda ini untuk melindungi kulit si comel anda. Beri bayi anda susu yang secukupnya, atau sebanyak yang mereka mahu. Jika tidak mampu menghasilkan banyak campurkan ke dalam susu formula bayi. Ya, memang bayi akan membuang air dengan banyak yakni lebih banyaklah lampin yang anda perlu tukar, namun berbaloi untuk kesihatan bayi anda!

9# Tambahkan bijirin oat (oatmeal) dalam mandian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Sedikit oatmeal diletakkan dalam air mandian bayi dapat memberikan efek menenangkan kulit. Ketika kulit bayi anda kemerahan dan gatal-gatal elok dimandikan di dalam mandian oat. Anda juga boleh letakkan secawan oatmeal dalam kain kemudian bungkusnya menjadi bunjut. Rendamkan dalam air mandian kemudian perah bunjut itu sehingga keluar airnya, dan sapu pada badan bayi.

Cara mengelakkan kulit kering menjadi lebih teruk

#1. Dapatkan nasihat pakar sekiranya kulit bayi mengelupas hingga berdarah

Pakar pediatrik bayi anda akan menyarankan apa rawatan yang sebaiknya untuk bayi. Mungkin steroid diperlukan dalam merawat keadaan kulit yang teruk, tapi sentiasa pastikan kelembapan kulit bayi anda mengikut tips di atas tadi. 

#2. Pastikan kuku bayi dipotong pendek

Ini selalu menjadi dilema ibu ayah, takut untuk memotong kuku si kecil, sampai dah panjang jadinya. Kalau kuku bayi panjang walaupun sudah dipotong, pakaikan bayi sarung tangan, sekiranya mereka menggaru pun ada helaian yang mampu melindungi kulit.

#3. Gunakan produk penjagaan kulit bayi yang lembut seperti AVEENO BABY®️

Rangkaian AVEENO BABY®️ yang direka khusus untuk bayi baru lahir hadir dengan formula yang cukup lembut dan selamat untuk bayi. Malah ia mampu melegakan kegatalan kulit akibat kulit bayi yang kering dengan penggunaan pertama dalam satu hari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa formula yang cukup hebat dalam melegakan kegatalan kulit bayi dalam satu hari? Sudah semestinya bahan yang disebut dalam mandian bayi tadi, iaitu Oatmeal.  Seperti yang anda tahu kebaikan bahan berkualiti seperti oat ini bukan saja boleh melegakan kegatalan malah selamat untuk dipakai oleh kulit bayi yang sensitif. Ia juga dapat memastikan tiada lagi masalah kulit akan hadir sekiranya penggunaan rangkaian ini diamalkan. 

Rangkaian Aveeno Baby Pilihan

AVEENO BABY®️ WASH & SHAMPOO

Boleh digunakan dari kepala hingga kaki untuk si comel anda. Dengan bahan berkualiti seperti oat, ia mampu menjadikan pengalaman mandian untuk si manja, waktu yang ditunggu-tunggu. Pasti kulit bayi anda berasa segar dan lega setiap kali selepas mandian!

AVEENO® BABY DERMEXA MOISTURIZING CREAM

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memberi perlindungan pada kulit bayi selama 24 jam. Hadir dengan tekstur yang ringan tanpa wangian dan tidak melekit. Bahan seperti Colloidal Oatmeal dapat membantu melegakan kulit kering dan mengelupas. 

AVEENO® BABY SOOTHING RELIEF MOISTURIZING CREAM

Khusus untuk kulit bayi yang gatal dan merengsa. Formula krim ini berupaya memperbaiki perlindungan kulit. Krim ini juga mendapat rekomendasi daripada kebanyakan Pakar Pediatrik. 

Untuk Kulit Lebih Sihat Buat Ibu Bapa Si Manja

AVEENO®️ SKIN RELIEF BODY WASH

Bukan saja bayi memerlukan penjagaan khusus, orang dewasa juga inginkan belaian. Pembersih badan ini membersihkan kulit dalam melindungi untuk ibu si manja. Dengan khasiat oat ia dapat melegakan kegatalan kulit untuk anda sekeluarga, malah pembersih badan ini juga hadir dengan emolient yang mampu memberikan kelembapan berterusan pada kulit. 

AVEENO®️ SKIN RELIEF 24HR MOISTURIZING LOTION

Hadir dengan formula minyak oat dan mentega shea untuk melindungi kulit yang sensitif serta merawat bahagian kulit yang kering pada badan.

AVEENO® DAILY MOISTURIZING BODY WASH

Bebas sabun dan haruman malah direka dengan formula hypoallergenic. Yakni ia tidak akan mengakibatkan alahan dalam penggunaan pembersih badan harian ini.

AVEENO® DAILY MOISTURIZING LOTION

Boleh digunakan setiap hari tanpa ragu. Dengan formula yang ringan dan selamat ia serasi untuk ibu ayah. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rangkaian yang mampu melegakan kegatalan kulit bayi ini anda boleh klik di sini. Kini anda boleh menikmati potongan harga pada rangkaian Aveeno. Dapatkan segera sementara promosi masih ada!

Untuk ketahui lebih lanjut layari platform kami di:

Facebook Aveeno

Instagram Aveeno

Laman Web Aveeno

 

Ref: 

https://www.dr-jen.com/

https://www.goodhousekeeping.com/life/parenting/a29844259/dry-baby-skin-peeling-remedies/

https://www.whattoexpect.com/first-year/dry-baby-skin.aspx