Kulit Kusam Selepas Bersalin, Ketahui Punca & Cara-Cara Mengatasinya Dengan Berkesan

Dalam keterujaan menimang cahaya mata, ramai ibu mula hilang keyakinan apabila kulit wajah menjadi kusam selepas bersalin. Ibu jangan risau! Tarik nafas, tenangkan hati dan biar kami bantu anda mengembalikan seri wajah dengan satu cara mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya, cahaya mata yang dinanti-nantikan kini di pangkuan anda dan anda pun dah bersedia nak kembali kepada kehidupan normal anda…tetapi, kulit anda berkata “tidak!”. Kulit anda kusam, mudah berjerawat dan kering. Anda dah cuba pelbagai produk penjagaan kulit wajah yang terbaik namun masih dibelenggu kekusaman. Jadi, nak buat apa lagi ni?

Pertama sekali, tarik nafas, ibu. Anda tidak keseorangan. Ini sebenarnya salah satu daripada masalah yang sering membelenggu ibu-ibu selepas bersalin. Kehadiran cahaya mata membawa bersama pelbagai perubahan dalam hidup anda daripada hormon, rutin harian sehinggalah ke gaya hidup, dan semua faktor ini boleh memberikan kesan pada kesihatan tubuh badan anda.  

Punca-punca Kulit Kusam Selepas Bersalin 

  • Perubahan hormon

Perubahan hormon boleh menyebabkan jerawat selepas bersalin. Apabila hormon anda berubah-ubah, badan anda menghasilkan minyak, yang kemudiannya akan menyumbat liang-liang bersama-sama dengan sel-sel kulit mati dan kotoran, mengakibatkan jerawat.1 Selain jerawat, perubahan hormon juga menyebabkan sesetengah wanita mengalami perubahan kulit yang lain, seperti warna kulit menjadi seakan-akan kuning gelap dan tekstur kulit kasar.

  • Tubuh badan “dahagakan” air

Jika anda menyusu, badan anda secara semula jadi memerlukan lebih banyak air, dan ini boleh mengubah tekstur kulit anda, menyebabkan kekeringan. Semasa tempoh laktasi, badan anda menghasilkan tahap estrogen yang lebih rendah, yang menjejaskan pengeluaran asid hyaluronik, kolagen dan elastin dalam badan anda. Tahap air yang berkurangan menyumbang kepada kehilangan air transepidermal, mengakibatkan dehidrasi, menyebabkan kulit mengelupas dan kering.2

Nutrisi Yang Anda Perlukan Untuk Mengatasi Kulit Kusam 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh selepas bersalin adalah masa yang penting untuk badan anda memulihkan dan menambah nutrisi, membantu anda bangkit semula ke keadaan pra-kehamilan anda. Jika anda menghadapi masalah kulit kusam secara keseluruhan, anda perlu mendapatkan nutrisi atau vitamin tertentu untuk meremajakan dan menghidupkan semula kulit yang kusam. Untuk vitamin yang selamat untuk pra dan selepas kehamilan, cadangan kami ialah semestinya…Vitamin C!

Kita semua maklum bahawa Vitamin C dikenali sebagai nutrisi untuk imuniti, namun tahukah anda bahawa Vitamin C juga merupakan nutrisi yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit?

Vitamin C untuk Kesihatan Kulit

Sintesis Kolagen 

Vitamin C merupakan faktor penting dalam sintesis kolagen. Kolagen, iaitu protein berserat, ialah kunci dalam pembaharuan dan pembaikan kulit. Apabila badan kita menghasilkan kolagen yang mencukupi, kulit kita menjadi lembut, licin dan tegang.3

Antioksidan

Vitamin C ialah antioksidan yang sangat baik yang mampu meneutralkan radikal bebas yang berbahaya, iaitu atom tidak stabil yang berpotensi merosakkan sel, membawa kepada penyakit dan mempercepatkan penuaan.4 Sifat antioksidannya juga membantu mengurangkan kesan pendedahan cahaya ultraviolet (UV). Ia tidak berfungsi sebagai pelindung matahari tradisional kerana ia tidak menyerap cahaya dalam julat UVA atau UVB. Sebaliknya, sifat antioksidannya melindungi daripada kerosakan akibat UV dengan meneutralkan radikal bebas.5

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengurang dan mengelakkan hiperpigmentasi 

Hiperpigmentasi boleh disebabkan oleh kerosakan UV, kehamilan atau hiperpigmentasi selepas keradangan akibat kecederaan kulit, contohnya parut jerawat. Vitamin C mempunyai keupayaan untuk mengurangkan pengeluaran melanin, lantas mengurangkan dan menghalang perubahan warna kulit.6

Menyembuhkan luka 

Vitamin C mempunyai sifat anti-radang yang bermanfaat dalam penyembuhan luka, termasuk rawatan jerawat dan rosacea.6, 7

Dengan manfaat Vitamin C yang hebat ini, kami percaya bahawa menambahkannya dalam rutin harian anda boleh membantu anda mengatasi masalah kulit kusam dan masalah kulit yang lain. Anda boleh mendapatkan dos harian Vitamin C anda melalui makanan semula jadi seperti oren, strawberi, brokoli, pucuk brussel, limau, lada, jambu batu dan banyak lagi, namun mungkin ada hari anda memerlukan tambahan Vitamin C dan di sinilah suplemen Vitamin C yang baik memainkan peranan. 

Terdapat pelbagai pilihan produk dan suplemen Vitamin C di pasaran dan kadang kala sukar untuk membuat pilihan yang tepat. Relaks, kami boleh bantu! Kami dah pun menyenarai pendek pilihan suplemen Vitamin C dengan semua kebaikan yang anda perlukan, jadi anda tidak perlu rambang mata lagi! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pentavite Vitamin C

Apa lagi yang kami gemari tentang Pentavite Vitamin C:

  • Mesra vegetarian
  • Dihasilkan menurut standard TGA Australia
  • Tiada pewarna tiruan, pengawet, gluten, telur atau soya

Mengapa Pilih Pentavite?

Pentavite ialah jenama vitamin dan makanan tambahan dengan sejarah selama 80+ tahun, diasaskan di Australia oleh keluarga Nicholas pada tahun 1940.

Pentavite mempunyai hubungan baik dengan pakar penjagaan kesihatan dan merupakan jenama #1 yang disyorkan oleh doktor & pakar pediatrik Australia* untuk merawat kegagalan pertumbuhan pada kanak-kanak. Pentavite ialah jenama cecair multivitamin kanak-kanak #1 di Australia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pentavite ialah jenama #1 yang disyorkan oleh doktor & pakar pediatrik Australia.

Dengan rekod yang hebat seperti ini, apa lagi yang nak dikatakan? Kami teruja untuk memperkenalkan Pentavite Vitamin C kepada anda untuk membantu anda mengatasi masalah kulit kusam selepas bersalin. Oh ya, suplemen ini bukan eksklusif untuk para ibu saja, malah sesuai untuk semua orang dewasa, lelaki dan perempuan yang ingin memperbaiki kondisi kulit mereka dan kesihatan keseluruhan juga. Jadi, cubalah hari ini dan sebarkan kebaikannya kepada rakan-rakan dan keluarga anda!

Dapatkan Pentavite sekarang di TikTok!

RUJUKAN:

  1. Postpartum Acne: Causes, Prevention & Treatment
  2. Managing Postpregnancy Hormonal Skin Issues in Breastfeeding Women
  3. 9 ways to stimulate collagen production in skin
  4. Free radicals: How do they affect the body?
  5. The Benefits of Vitamin C for Your Skin
  6. Vitamin C in dermatology – PMC
  7. The Roles of Vitamin C in Skin Health – PMC
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

chamlixian