Kumpulan Nama Bayi Perempuan Dengan Maksud Ratu & Puteri, Lengkap Dari Huruf A-Z

Kumpulan nama bayi perempuan ini mungkin dapat memudahkan ramai ibu ayah untuk membuat pilihan. Semak sahaja disini dengan maksud ratu dan puteri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi? Selain menyediakan keperluan harian si manja, apa kata anda semak kumpulan nama bayi perempuan dengan makna ratu dan puteri ini. Tidak ada salahnya jika memilih nama lebih awal, barulah nanti anda dan pasangan tidak kalut!

Nama bayi yang bermakna ratu atau permaisuri sering dicari oleh ibu ayah untuk disematkan pada bayi cantik mereka.

Selain sedap didengar, kumpulan nama bayi perempuan bermakna ratu juga memiliki harapan agar si manja hidup bahagia persis seorang ratu cantik dan bijaksana.

Kumpulan nama bayi perempuan dengan maksud ratu dan puteri

  • Amira (Arab), tuan puteri (variasi lain: Ameera, Amirah)
  • Abigail (Al-Kitab), salah satu istri Raja David
  • Ariadne (Yunani) suci. Mitologi: Puteri Raja Minos dari Kreta. (Variasi lain: Ari, Ariana, Ariane)
  • Balqis (Islam).  Nama dari Ratu Syeba yang menjadi isteri Nabi Sulaiman
  • Basilia (Yunani) ratu, puteri
  • Bathsheba (Al-Kitab) salah seorang isteri Raja Daud
  • Candace (Yunani) putih gemerlapan; Sejarah: nama dan julukan ratu nenek moyang bangsa Ehtiopia
  • Cassiopeia (Mitologi) isteri raja Ethiopia
  • Cleopatra (Mesir) Ratu Mesir yang sangat terkenal

Kumpulan nama bayi perempuan dengan makna ratu dari huruf D hingga I

  • Dionne (Yunani) ratu kayangan
  • Elavarasi (India) puteri raja
  • Guinevere (Perancis, Wales) gelombang putih; literatur: isteri Raja Arthur
  • Helene (Yunani) isteri Raja Troy
  • Hera (Yunani) ratu kayangan dan isteri dewa Zeus
  • Himeko (Jepun) anak puteri raja
  • Iseult (Wales) wanita cantik; juga dikenali sebagai Isolde, puteri raja dalam lagenda Raja Arthur, pahlawan dalam kisah cinta abad pertengahan

Rangkaian nama bayi perempuan bermaksud ratu dengan huruf J-N

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Jahanara (India) ratu dunia
  • Janaknandini (India) puteri raja janak
  • Jarul (India) ratu bunga
  • Laura (Latin) diangkat menjadi ratu
  • Leda (Mitologi) Ratu Sparta
  • Maeve (Mitologi) ratu Celtic yang lagenda (variasi lain: Mavis)
  • Malavika (India) puteri kerajaan Malava
  • Malha (Ibrani) ratu
  • Malika (Arab) ratu
  • Micol (Ibrani) ratu
  • Napendyah (India) ratu

Pilihan nama bayi perempuan dengan maksud ratu bermula huruf Q-R

  • Queen (Inggeris) ratu
  • Quinn (Inggeris, Jerman) ratu
  • Rajeshri (India) ratu
  • Rajkumari, Rajnandhini, Rajnandini (India) puteri raja
  • Rane (Skandinavia) ratu (variasi lain: Raine)
  • Rani (Sanskrit) ratu
  • Racquildis (Jerman) puteri raja yang berjuang
  • Regina (Latin) ratu
  • Relinda (Jerman) puteri raja yang baik hati
  • Rexanne (Amerika) ratu
  • Royanna (Inggeris) seperti ratu, bangsawan
  • Rutuja (India) ratu musim-musim

Nama anak perempuan bermaksud ratu bermula S-Z

  • Saarah (Arab) puteri raja
  • Sally (Inggeris) puteri raja
  • Salome (al-kitab) saudara perempuan Raja Herod
  • Samyuktheswari (India) puteri raja
  • Sarah (Yunani) puteri raja
  • Soraya (Persia) puteri raja
  • Tania (Rusia, Slav) ratu pari-pari
  • Tarnar (Rusia) nama Ratu Georgia dari abad-12
  • Tatiana (Slav) ratu pari-pari
  • Thema (Afrika) ratu
  • Vashti (Persia) tercinta; al-kitab: Isteri Ahasuerus, raja Persia
  • Zenobia (Sejarah) seorang ratu yang memerintah kota Palmyra di gurun pasir Arab

Panduan memilih nama untuk anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Nama memberi kesan terhadap kehidupan

Pepatah Arab menyebut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya.'' Hakikat ini diperakui oleh Ibnu Qayyim. Katanya: ''Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka.''

#2. Bapa yang berhak menentukan nama anak

Kadang-kadang dalam memilih nama untuk anak, ada pasangan yang berselisih faham. Jika anda berdepan masalah ini, suami lebih berhak dan jika kuasa vetonya boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Anda juga boleh meminta orang lain memberikan nama yang elok.

#3. Waktu memilih nama yang terbaik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam sunnah Nabi S.A.W, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Sama ada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama atau pada hari ketujuh. 

Ibu ayah boleh pilih mana-mana yang anda gemari. Namun pastikan namanya mempunyai sebutan elok dengan maksud yang baik.

Pepatah (Arab) mengatakan:

''Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik dan mengajarnya adab yang baik.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Penulis asal Yuniati Rohmah. Artikel ini telah mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia