Kajian baru: Kurang makan buah boleh buat anda tak subur!

Wanita yang kurang makan buah dan banyak makan makanan segera akan memberi kesan pada kesuburan mereka dan boleh melambatkan proses hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa kali anda makan buah dalam masa seminggu? Ataupun sebulan? Ha… Jangan terkejut tapi ada sebuah kajian baru-baru ini mengatakan jika anda kurang makan buah dan lebih cenderung makan makanan segera, anda akan membahayakan peluang anda untuk hamil!

Kurang makan buah punca lambat hamil?

Pengkaji dari Australia tersebut menemui, wanita yang makan kurang dari 3 biji buah sebulan mengambil masa 50% lebih lama untuk hamil dari wanita yang makan buah sebanyak 3 biji atau lebih dalam masa sebulan.

Pengambilan makanan ringan juga dikaji, dan wanita yang jarang makan makanan ringan akan segera hamil sebulan lebih awal dari wanita yang selalu makan makanan segera sebanyak 4 kali seminggu atau lebih.

Sementara pengambilan buah-buahan dan makanan segera memberi kesan kepada masa untuk wanita hamil, pengkaji menemui yang pengambilan sayur dan ikan pula tidak akan memberi kesan apa-apa.

Apabila pasangan suami isteri tersebut semakin tua, satu dari enam pasangan berusaha untuk hamil. Menjaga berat badan dan diet yang sihat merupakan cara utama untuk cepat hamil.

Anda kena kurang makan buah semasa cuba untuk hamil adalah mitos!

Pengkaji juga berkata terdapat banyak mitos tentang kesuburan, termasuk cadangan yang buah-buahan patut dielak jika anda nak mengandung cepat.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction, melihat 5,598 wanita disoal tentang diet mereka semasa pemeriksaan.

Wanita dari UK, Ireland, Australia dan New Zealand ini tidak pernah mempunyai bayi sebelum ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada kesemua pasangan yang terlibat dalam kajian ini, 468 (8%) dari mereka dikelaskan sebagai tidak subur (mengambil masa lebih setahun untuk hamil) dan 2,204 (39%) hamil dalam masa sebulan.

Apabila pengkaji melihat impak diet pada individu yang tak subur, mereka menemui yang wanita ini kurang makan buah, dan mereka yang makan makanan segera empat kali atau lebih dalam seminggu meningkatkan risiko tak subur kepada 8-16%!

Profesor Claire Roberts dari Universiti Adelaide yang mengetuai kajian ini berkata,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hasil kajian ini menunjukkan yang makan makanan berkualiti termasuk makan buah dan kurangkan makanan segera boleh memperbaiki kesuburan dan mengurangkan masa yang diambil untuk hamil.”

Melanie McGrice, pakar diet yang tidak terlibat dalam kajian ini pula berkata,

“Sebagai pakar kesuburan, saya lihat ramai wanita yang fikir mereka patut mengelak buah semasa sedang cuba untuk hamil. Kajian ini menunjukkan yang makan buah bukan sahaja selamat malah bagus untuk meningkatkan kesuburan wanita. Buah kaya dengan antioksida, vitamin dan phitokimia dan tidak patut dimakan bersama makanan bergula atau minuman bergas.”

Jadi nampaknya untuk wanita-wanita yang cuba untuk hamil, adalah lebih bagus jika anda banyak makan buah dan mengurangkan pengambilan makanan segera, ya?

Semoga anda berjaya untuk menimang cahaya mata kelak. Amin.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: The Independent UK

Baca juga:

Kajian mendapati wanita yang berusia boleh hamil dengan lebih mudah, betul ke?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar