Buat Pasangan Bakal Berkahwin, JAIS Menyediakan Kursus Pra-Perkahwinan Secara Online

Memandangkan seluruh negara masih berjaga-jaga dengan ancaman Covid-19, pasangan yang bakal berkahwin perlu menghadiri kursus pra perkahwinan secara online

Sebelum ini, kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumah tangga. Kebiasannya ia memakan masa sehingga dua hari.

Ia adalah sebuah kelas yang mengajarkan tentang tanggungjawab seorang suami atau isteri apabila sudah berkahwin serta prosedur yang perlu diikuti untuk mendapatkan kebenaran mendirikan hubungan halal.

Kursus pra perkahwinan secara atas talian

Namun disebabkan oleh seluruh masyarakat diarahkan untuk sentiasa berjaga-jaga ekoran ancaman Covid-19, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bersetuju melaksanakan kursus pra perkahwinan Islam (KPPI) secara dalam talian bermula esok, 13 Jun 2020.

Menurut pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, permohonan untuk mengikuti KPPI ini boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan yang disediakan mengikut daerah di Selangor.

Beliau berkata jumlah maksimum penyertaan peserta dalam setiap sesi penganjuran KPPI dalam talian adalah seramai 150 orang.

"Dua sesi penganjuran pada hari cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad akan dibuat mengikut keperluan," jelasnya.

Tambahnya lagi sesi pertama bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, manakal sesi kedua bermula jam 2 petang sehingga 6 petang. Para peserta yang telah berjaya melakukan permohonan akan menerima jemputan kursus tersebut melalui e-mel masing-masing.

Sijil hanya diberikan setelah selesai tugasan

Seterusnya setiap peserta perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan sehingga selesai mengikut tempoh masa ditetapkan.

"Sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya menyelesaikan beberapa tugasan dan mereka boleh mengambil sijil serta nota KPPI di kaunter pendaftaran tempat ia didaftarkan."

"Transaksi serah terima sijil, nota KPPI dalam talian dan pembayaran fi, hendaklah dilaksanakan selepas 5 hari bekerja dan tidak melewati 30 hari bekerja selepas peserta berjaya menyelesaikan tugasan dalam talian," jelasnya.

Bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga boleh merujuk tatacara lengkap berkaitan pelaksanaan KPPI dalam talian di laman web www.jais.gov.my, Facebook Jabatan Agama Islam Selangor dan Instagram jabatan.agama.islam.selangor.

Sementara itu, JAIS akan mengutamakan peserta yang telah mendaftar dan membuat pembayaran yuran penyertaan bagi menghadiri KPPI sejak tertangguh 18 Mac lepas, ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"JAIS berharap semua bakal peserta KPPI dalam talian bertenang, sabar dan meneliti semua proses yang ditetapkan. Untuk sebarang masalah, anda boleh menghubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga di talian 017-9492634 bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini," katanya.

Senarai barang hantaran kahwin ringkas dan murah

Dalam menyentuh soal barang hantaran, pastinya anda akan teruja untuk mendapatkan keperluan idaman. Namun ia perlulah ukur baju di badan sendiri agar bajet tidak lari!

Justeru, jom semak harga di sini kerana lebih banyak pilihan dan harganya jauh lebih murah. Jadi anda sudah tidak perlu lagi keluar shopping, menjimatkan masa dan tenaga.

 

Sumber: Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcontoh-kad-kahwin