Ibu buat labia sebagai rantai!
Pada awalnya, saya sungguh terkejut kerana tidak pernah melihat apa-apa seperti ini.
Seorang ibu, menjadikan vulva (bahagian luar miss V) atau labia (bibir miss V) kepada rantai. Dan dia mempunyai sebabnya sendiri…
Jika anda masih kurang jelas tentang anatomi miss V, mari kita lihat ia sebelum mendalami kenapa wanita terbabit membuat tindakan tersebut.
Seorang ibu warganegara British tersebut, seorang model, Tracy Kiss baru-baru ini telah membuat sesuatu yang tidak dijangka.
Dia telah menjadikan labianya sebagai barang perhiasan diri.
Apabila disoal mengapa, dia menjelaskan sebab membuat semua ini bukanlah untuk menjadi popular.
Labia yang terlalu panjang jadi bengkak dan cyst
Tracy telah lama mengalami rasa sakit ketika bersenam dan melakukan seks.
Tahun lalu, dia memberitahu doktor tentang rasa sakit di bahagian vaginanya. Doktor menjelaskan ini kerana dia ada labia minora (bibir miss V) yang terlebih panjang.
Bentuk ini menyebabkan geseran yang bertukar menjadi bengkak dan cyst.
Doktornya telah memberi antibiotik untuk mengurangkan kesan bengkak. Tetapi cyst tidak dapat dielakkan.
Melalui blognya, Tracy, ibu kepada 2 cahaya mata menulis,
“Saya ambil masa 29 tahun untuk sedar yang ada sesuatu yang tidak kena dengan labia saya.
Tiada siapa pernah bercakap tentangnya atau beritahu saya mengenai apa yang normal dan apa yang tidak.
Akibatnya, saya terlepas banyak hobi yang saya gemar dan terpaksa berhati-hati dengan pakaian, senaman dan hubungan intim kerana rasa tidak selesa.
Hanya kerana saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan mengenainya – saya sangka semua wanita mengalaminya.”
Pembedahan labiaplasti untuk membuang lebihan labia
Doktor telah menasihatkan Tracy untuk mempertimbangkan pembedahan bagi membuang labia yang berlebihan untuk mengelak rasa sakit.
Labiaplasti akan membantu mengembalikan saiz labia minora dan sensitivitinya dari terus bergeser.
8 bulan lalu, Tracy telah menjalani pembedahan labiaplasti tersebut.
Pembedahan itu telah mengubah hidupnya menjadi lebih baik.
“Hidup saya yang terseksa sebelum ini telah berakhir dan saya dengan gembiranya bertanya kepada doktor jika saya dibenarkan untuk menyimpan labia saya yang telah dipotong sebagai trofi.”
Awalnya, labia tersebut telah ditayangkan di dapur rumah Tracy. Ia disimpan dalam balang.
Tetapi semakin lama, tisu yang dipotong itu berubah warna, membuatkan ia kelihatan sungguh buruk.
Tracy mula berfikir cara yang lebih baik untuk menyimpan trofinya itu.
Dan ketika itulah dia ternampak pembuatan perhiasan kristal – sebuah projek yang dia pernah buat bersama anak perempuannya yang berusia 9 tahun!
Sementara perempuan bersunat masih lagi menjadi isu kontraversi, Tracy berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kesihatan intim dan pemeriksaan sendiri serta bagaimana masyarakat patut telah terbuka tentang manfaat kesihatan bersunat.
“Menjalani pembedahan itu telah benar-benar mengubah hidup saya dan saya rasa bersemangat untuk meningkatkan kesedaran buat wanita dan lelaki yang bersunat.
Ia bukanlah pilihan yang memalukan atau keputusan orang lain.”
Tidak ramai yang tahu tentang fakta yang bersunat mengurangkan risiko:
- jangkitan saluran kencing
- kanser penile
- kanser serviks
- zakar bengkak (jangkitan)
- jangkitan seperti sifilis, gonorrhoea, herpes, HPV dan HIV
Ketika ini, Tracy kekal bangga dengan hasil kerjanya.
“Labia saya telah berjaya diawet, berwarna-warni, terang, ceria dan melambangkan pengakhiran kesengsaraan saya.”
Apa pandangan anda, ibu-ibu semua? Sanggupkah anda berbuat seperti ini?
Sumber: theAsianParent Singapore dan Tracy Kiss
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: