Perkara paling penting dan wajib ibu bapa survey sebelum kelahiran si manja pasti lampin baby yang berkualiti, selesa dan paling penting sekali murah dan berbaloi, betul tak?
Lampin merupakan keperluan paling asas sekurang-kurangnya 2 tahun pertama seorang bayi. Sekiranya anda ada bayi di rumah, anda akan menukar lampin sebanyak 10 kali sehari, bersamaan 70 lampin seminggu, 280 atau lebih lampin sebulan, dan hampir 3,360 lampin pada tahun pertama!
Dengan lambakan jenama lampin pakai buang di pasaran, pasti ibu bapa keliru nak pilih jenama yang terbaik. Jangan risau, kami akan mengesyorkan jenama lampin pakai buang yang bagus untuk anda dengan harga yang berbaloi.
Nappies by The Manja Company, Lampin Baby Buatan Tempatan
theAsianparent berkesempatan untuk mencuba produk lampin pakai buang dari The Manja Company beberapa minggu lalu. Kalau ibu ayah tak pernah tahu tentang jenama ini, jom baca pengalaman saya ini.
Perkara pertama yang menarik perhatian saya adalah lampin ini merupakan keluaran Malaysia! Lampin ini juga didatangkan dalam pakej yang ringkas, kemas dan comel.
Memandangkan si manja saya baru berusia 1 tahun dan mempunyai berat 8kg, saya mencuba saiz L yang mengandungi 62 keping lampin.
Berbeza dengan lampin pakai buang yang saya cuba sebelum ini, lampin dari The Manja Company ini kurang lebar berbanding yang lain, membuatkan saya agak risau dengan risiko lampin bocor.
Tetapi setelah penggunaannya selama 2 minggu, ternyata lampin ini tidak mudah bocor malah bentuknya yang kurang lebar membuatkan rupa seluar bayi tidak besar atau nampak berisi seperti jenama kebanyakkan!
Tentunya yang paling menarik sekali, harga Nappies By The Manja Company ini juga mampu milik buat lampin yang berkualiti sebegini ya! Bayangkan kalau ada lebih dari seorang bayi yang memakai lampin di rumah, rasanya ibu ayah boleh berjimat banyak.
Lampin Lembut dan Selesa Untuk Si Manja
Mungkin ada di kalangan ibu ayah yang agak skeptikal dengan jenama lampin yang masih baru di pasaran. Anda mungkin masih bertanyakan soalan seperti, “Selesa ke lampin ni?” atau “Adakah ia akan menyebabkan ruam lampin pada anak saya?”
Oh ya, perkara yang anda perlu tahu tentang ruam lampin adalah ia disebabkan oleh kulit bayi yang bersentuhan dengan air kencing dan najis.
Keasidan, kekerapan dan konsistensi najis, serta pH air kencing, semuanya memainkan peranan dalam pembangunan kawasan merah, yang sering menyakitkan pada kulit.
Nah, jadi alasan apa lagi untuk ibu ayah tak dapatkan produk keluaran negara kita ini?
Ini beberapa lagi kelebihan Nappies By The Manja Company:
- Tekstur yang sangat lembut: Produk Nappies by The Manja Company dibuat menggunakan kualiti bukan tenunan yang diperoleh daripada pembekal dari Denmark.
- Penyerapan yang baik: Teras penyerap 3D dengan reka bentuk yang dipatenkan bagi meningkatkan kadar serapan urin ke seluruh lampin.
- Acquisition-Distribution Layer (ADL) untuk aliran air kencing seluruh lampin.
- Bahan berkualiti: Dibuat dengan menggunakan pulpa yang diperoleh dari hutan lestari di Amerika Syarikat dan SAP (Super Absorbent Polymer) berkualiti dari pembekal Jepun.
- Selesa: Seluar pinggang yang boleh dilaras untuk keselesaan bayi. Pita cangkuk boleh disesuaikan ketegangan beberapa kali sehingga anda mendapat kemasan yang sempurna.
- Tidak mudah bocor: Mempunyai side guards.
Menarik bukan?
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Nappies by The Manja Company, sila lawati:
Laman web: https://www.themanjaco.com/
Instagram: www.instagram.com/themanjacompany
Shopee: shopee.com.my/themanjaco
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia