5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Ramai ibu yang bertukar kepada lampin pakai buang Offspring kerana mereka percaya ia terbaik dan selamat untuk Si Kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memilih lampin pakai buang bayi mungkin menjadi antara paling mencabar buat ibu-ibu di luar sana. 

Little Things Matter. Offspring mengambil berat tentang anak kecil anda dan tentang semua perkara. Malah pilihan terkecil yang anda buat hari ini sebagai ibu bapa boleh memberi kesan berpanjangan kepada bayi anda dan alam sekitar. Perkara kecil seperti memilih  lampin mesra alam dan bebas klorin sebenarnya lebih penting daripada yang anda fikirkan.

Itulah sebabnya Offspring amat menitik berat  daripada bahan material yang digunakan sehinggalah kepada pensijilan dan bahan yang terlibat dalam pembungkusan kerana Offspring percaya akan "Little Things Matter" iaitu setiap perkara kecil itu penting. 

Marilah kita mengetahui lebih lanjut tentang perkara kecil yang Offspring komited kepada.

5 Sebab Ibu-Ibu Bertukar Kepada Offspring

Offspring merupakan jenama lampin pakai buang yang mesra alam dan mula mendapat perhatian bukan sahaja kerana corak yang cantik serta harga yang berpatutan tetapi ia juga selamat untuk bayi. 

Lampin pakai buang jenama Offspring diperbuat daripada bahan mesra alam dan mendapat pensijilan yang diiktiraf oleh FSC, PETA & Dematest.

Jadi mengapa ibu-ibu bertukar kepada Offspring? Inilah sebabnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Tidur bayi lebih lena, lampin kekal kering sepanjang malam

Lampin pakai buang Offspring menawarkan daya serap yang unggul di mana ia boleh bertahan sepanjang malam sehingga 8 jam hingga 10 jam.

Kadar penyerapan adalah antara aspek penting yang Offspring tekankan dan ambil perhatian bagi memastikan kulit bayi anda kekal kering dan selasa sepanjang masa kerana mereka percaya setiap perkara kecil ini memberi impak yang besar terhadap keselesaan bayi anda.

Direka bentuk dengan teras serbuk kayu yang diperakui FSC yang sangat menyerap, lampin ini menyerap cecair seperti span untuk memastikan bahagian lampin bayi anda kekal kering dan selesa 8 hingga 10 jam menjadikan ia sesuai untuk penggunaan siang dan malam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak kecil anda tidur sepanjang malam, sudah pasti anda juga boleh tidur nyenyak!

Mommy Patricia bersetuju bahawa produk Offspring memberikan ketenangan fikiran kepadanya kerana mengetahui anaknya sentiasa selesa dalam lampin yang bebas klorin, pewangi dan pewarna. Ia juga kekal kering sekurang-kurangnya 8-10 jam semasa malam.

#2. Corak comel buat bayi kelihatan bergaya!

Offspring juga mengambil kira setiap corak dan pilihan warna yang dikeluarkan mengikut trend semasa dan juga bergaya buat si kecil anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah pasti anda mahukan bayi anda bergaya sepanjang masa! Memakai lampin pakai buang bukan bermakna bayi tidak boleh bergaya.

Offspring juga menawarkan kelainan dengan lampin pakai buang yang bergaya dan mempunyai pelbagai corak yang menarik untuk si manja anda.

Daripada corak pelbagai jenis buah-buahan hinggalah ke corak angkasa lepas, bayi anda pasti tampil bergaya dengan lampin pakai buang ini.

Usah risau, corak yang terdapat pada lampin pakai buang ini juga menggunakan pewarna dan bahan yang selamat untuk Si Manja anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mommy Nur Aizureen bersetuju bahawa tidak ramai jenama lampin di pasaran yang dapat melampaui reka bentuk trendi Offspring. Selain itu, ia sangat selesa, bebas klorin dan mempunyai keupayaan penyerapan yang tinggi.

#3. Bebas klorin, mengelakkan bayi alami ruam lampin

Lampin pakai buang Offspring bebas klorin dan sangat selamat untuk bayi dengan kulit sensitif dan sudah pasti bebas ruam!

Kenapa perlu memilih lampin pakai buang bebas klorin untuk bayi anda? Secara umum, lampin pakai buang dihasilkan daripada serat kayu yang melalui proses pelunturan menggunakan bahan kimia iaitu klorin. 

Pasti ramai yang mungkin belum tahu, proses bleaching atau pelunturan pada lampin pakai buang bayi membebaskan toksik yang dipanggil dioksin. Dioksin dikenalpasti sebagai karsinogen iaitu agen penyebab kanser. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan bayi memakai lampin pakai buang sepanjang masa, kadar pendedahan mereka kepada dioksin sangat tinggi.

Justeru itu, Offspring sangat mengambil berat tentang perihal ini bagi memastikan bayi anda kekal selesa dan selamat.

Mommy Hanis juga bersetuju bahawa apabila melibatkan si manja, kita tidak berkompromi dengan kualiti. Mengetahui bahawa lampin Offspring bebas daripada klorin, pewarna dan pewangi tentunya memberikan ketenangan fikiran.

#4. Sesuai untuk kulit sensitif bayi

Lampin pakai buang Offspring memberikan keselesaan maksima dengan permukaan selembut kapas yang bebas bahan kimia dan berasaskan tumbuh-tumbuhan. 

Keselesaan bayi ketika memakai lampin harus menjadi keutamaan bagi anda. Ini kerana bayi memakainya untuk tempoh masa yang lama! Offspring menjanjikan bahan yang di gunakan selesa dan sesuai untuk si kecil dalam jangka masa panjang.

Lampin pakai buang fesyen Offspring benar-benar selamat untuk kulit sensitif. Kulit bayi 20% lebih nipis daripada kulit orang dewasa, itulah sebabnya lampin pakai buang ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada anak anda.

Bagi mommy Siti Nadiah Ahmad, kerana anaknya mempunyai kulit sensitif dan ekzema,beliau kerap memeriksa bahan-bahan produk untuk memastikan ia sesuai untuk anaknya. Dengan produk Offspring, beliau tidak perlu risau sama sekali.

#5. Ibu tidak perlu risau lampin bocor, getah pinggang fleksibel sesuai untuk semua bayi

Pelindung bocor yang canggih dan berganda mengelak bahan buangan bayi daripada terkeluar dan mengotorkan kawasan sekitarnya. 

Getah pinggang boleh laras juga menjadikan lampin ini mudah mengikut bentuk badan dan pinggang bayi menjadikan mereka lebih selesa.

Ia juga menggunakan material pinggang yang lembut mudah mengikut bentuk badan bayi. Dengan getah pinggang yang boleh dilaras untuk membuatkan si manja sentiasa selesa dan terdapat dari saiz S-XXL.

Menariknya, getah pinggang diperbuat daripada polymer spandex bagi memastikan lampin muat dengan selesa. Ia juga sentiasa kering, jadi ia sesuai untuk digunakan sepanjang hari dan malam.

Mommy Affifah Othman sangat gembira dengan lampin Offspring kerana ia adalah penyelesaian yang terbaik bagi keselesaan anaknya. Lampin tersebut sangat sesuai untuk anaknya dan juga membantu perkembangan mobilitinya serta mampu menahan gerakan aktifnya.

Jadi, mungkin sudah tiba masanya untuk anda beralih ke jenama ini yang bukan saja memberi keselesaan berpanjangan malah bayi tampil bergaya walau hanya memakai lampin pakai buang saja!

Lampin direka khas yang bukan saja selamat untuk kulit tetapi didatangkan dengan corak yang menarik dan comel! 

Anda boleh memilih pelbagai jenis rekaan eksklusif dan sudah pasti Si Kecil anda bangga memakainya. Bayi mana yang memerlukan seluar jika fesyen lampin pakai buangnya sudah sehebat ini? Tekan pautan ini offspringinc.com/learn-more-fashion-diapers untuk maklumat lanjut. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia