Apa-apa barang yang kita belikan untuk anak, kita percaya penjual akan menjalani kawalan kualiti yang ketat. Tapi lain pula yang terjadi pada seorang ibu baru-baru ini. Dia terjumpa jarum dalam lampin pakai buang anaknya!
Ibu jumpa jarum dalam lampin pakai buang anak
Seorang ibu berusia 30 tahun, terkejut apabila menemui benda berbahaya di dalam lampin pakai buang anaknya, Freddie yang berusia dua tahun.
Ibu ini yang baru saja selesai menyiapkan anaknya dan memakaikan anaknya lampin (dari jenama terkenal).
Tapi, sejurus selepas itu, anaknya datang kepadanya dengan menarik-narik lampin. Freddie kelihatan sangat tak selesa.
Tiba-tiba, ibu kepada tiga orang anak ini perasan sesuatu yang berkilat pada lampin anaknya. Dia kemudian membuka lampin tersebut dan terkejut apabila melihat jarum terkeluar dari tepi lampin!
Ibu ini menerangkan yang jarum tersebut seperti telah dijahit ke dalam lampin tersebut. Nasib baik tak ada kecederaan yang serius pada Freddie – hanya beberapa kesan calar pada pahanya.
Ibu rasa tak percaya bila jumpa jarum dalam lampin pakai buang anak
Ibu dari UK ini berkata, “Saya memang sangat terkejut dan rasa tak percaya.”
Selepas pengalaman menakutkan ini, Keyleigh telah menelefon kedai tempat dia membeli lampin tersebut.
Mereka juga terkejut apabila mendengar cerita Kayleigh dan terus mengeluarkan produk ini dari jualan.
Kemudian, ibu ini memberitahu syarikat lampin pakai buang berkenaan kejadian yang menimpanya.
Syarikat tersebut dengan segera menghantar kourier untuk mengambil lampin berbahaya ini dan berkata mereka akan menyiasat perkara ini.
Kayleigh yang telah menjadi ibu selama 10 tahun ini, menggesa “semua ibu bapa untuk periksa dahulu lampin sebelum memakaikannya pada anak.”
“Ia mungkin akan jadi lebih teruk lagi jika Freddie duduk cara lain atau ia berada di tempat lain yang boleh menyebabkan jarum ini masuk ke dalam badannya,” kata Kayleigh.
Tindak balas syarikat lampin pakai buang
Seorang wakil dari jenama lampin ini telah mengesahkan yang mereka sudah menghubungi keluarga Kayleigh untuk memahami situasi yang sebenarnya.
Mereka juga telah meminta lampin tersebut untuk dihantar semula supaya boleh diperiksa dengan lebih teliti.
Syarikat ini juga meyakinkan ibu bapa yang keutamaan mereka terhadap keselamatan bayi adalah sangat penting.
“Lampin pakai buang kami dibuat mengikut piawaian tertinggi dan kami mempunyai pemeriksaan kualiti yang sangat ketat pada setiap peringkat proses pembuatan dan pengeluaran,” kata wakil itu.
Ini adalah post yang dimuat naik Kayleigh di Facebook:
Keburukan menggunakan lampin pakai buang
Selain dari keburukan tersembunyi seperti kejadian di atas, lampin pakai buang mungkin bukan pilihan yang baik kerana beberapa sebab:
- tak semurah lampin kain.
- kualiti yang murah akan menyebabkan ruam lampin, jangkita kulat dan jangkitan pada saluran kencing.
- mempunyai kimia tambahan seperti minyak wangi atau benda lain yang boleh menyebabkan alahan pada bayi anda.
- tak mesra alam
Jadi selepas ini, sebelum anda pakaikan lampin pada anak anda, jangan lupa check dulu ya?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: