Lampin Renang Pakai Buang Boleh Digunakan Semula? Kenapa Saya Tak Tahu?

Selama ini, ada ramai ibu-ibu yang telah mencuci dan menggunakan semula lampin renang walaupun ia jenis pakai buang. Anda tahu kegunaan lampin ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lampin renang pakai buang, perlu ke?

Lampin renang pakai buang boleh dicuci dan digunakan semula?! Kenapa selama ini saya tak tahu?

Walaupun dengan kesedaran ini, saya perasan banyak ibu bapa akan bawa bayi mereka berenang tanpa menggunakan sebarang lampin kerana berpendapat ia bukan satu keperluan.

Mungkin juga ada yang rasa harga anggaran RM 30 untuk 12 keping lampin renang pakai buang itu agak mahal.

Sudahlah bayi cepat membesar dan kalau main air pun sekejap saja. Ada juga versi yang boleh dicuci dan ia ada dijual di Mothercare yang berharga anggaran RM60.

Sumber: Huggies

Di Malaysia, boleh dikatakan kita ni jenis yang lebih rileks… Kalau bayi masuk kolam mandi tanpa lampin renang pun tak apa, orang takkan marah.

Tapi kalau anak masih belum belajar potty training lagi dan terberak dalam kolam renang nanti macam mana pula?

Bukan kita seorang saja yang menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada. Kalau pernah nampak ibu bapa yang cepat-cepat bawa anak ke tepi kolam, faham-fahamlah itu…

Fungsi lampin renang

Kalau ibu bapa ingat lampin renang ini kalis kencing, sorrylah. Anda salah.

 Susah ya kalau nak takung kencing dalam lampin tu, lagipun anak sedang berendam dalam kolam yang penuh dengan air.

Tapi fungsi sebenar lampin ini (jenis pakai buang dan yang boleh digunakan semula) adalah untuk menakung najis anak sahaja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Savvy Sassy Moms

Bahagian kaki dan ikatan pinggang dipasang dengan gelang elastik supaya ia ketat dan boleh menghalang “kandungan” dalam lampin dari terburai keluar.

Dengan lampin ini, ibu bapa boleh cepat-cepat keluar dari kolam mandi dan bawa anak ke tandas untuk membersihkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lampin renang ini macam polisi insurans – anda boleh bawa anak beratus-ratus kali tanpa perlu benar-benar memerlukan perlindungannya.

Namun, kalau tiba-tiba satu hari nanti anak terberak dalam kolam mandi, nasib baik anak pakai lampin ini!

Untuk ibu bapa yang selalu membawa anak main air, mereka mungkin terpaksa menggunakan seluar lampin renang yang boleh diguna semula yang lebih mahal.

Tetapi bagaimana kalau lampin renang pakai buang juga boleh dicuci dan dipakai semula? Jimat tu! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bandingan lampin renang yang belum dipakai dan selepas dicuci beberapa kali. Sumber: Simply Rebekah

Langkah-langkah memakai lampin renang pakai buang

  1. Tukar lampin kotor di bilik mandi atau kawasan yang ditetapkan. Jangan tukar lampin berdekatan dengan kolam.
  2. Laporkan kepada pihak berkenaan jika air dalam kolam tercemar. Kanak-kanak jarang terberak dalam kolam, tapi ini tidak bermakna ia tidak mungkin berlaku.
  3. Buangkan najis ke dalam tandas. Kalau ada paip di dalam tandas itu, bilas dengan air ke dalam mangkuk tandas.
  4. Basuh tangan bersama sabun dan bilas lampin itu dalam sinki, sebelum ia boleh dipakai semula.

Ibu bapa juga boleh mencucikannya di dalam mesin pembasuh. Ibu bapa cuma perlu terbalikkan ia dan masuk ke dalam mesin pembasuh seperti biasa.

Jangan masukkan ke dalam dryer pakaian kerana ini cuma akan merosakkannya. Gantung dan keringkan seperti biasa.

Ramai ibu-ibu orang putih kata ia boleh digunakan sampai beratus-ratus kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi pada pendapat saya itu mengarutlah. Ibu ini telah menggunakannya sebanyak 3-4 kali sahaja sebelum ia dibuang.

Sumber: Kidspot, Swim Outlet dan Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Manfaat Menggunakan Cloth Diaper Yang Ramai Tak Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio