LAMPIN TIRUAN PULA DIRAMPAS! Rampasan bernilai hampir RM73 ribu

Sebelum ini kita terkejut dengan berita susu formula tiruan. Hari ini polis berjaya merampas 230,000 lampin tiruan pula! Ibu bapa diminta lebih berwaspada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari itu susu formula tiruan, hari ini lampin tiruan pula

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan berita susu formula jenama popular tiruan. Semalam, satu lagi berita yang meresahkan ramai ibu bapa muncul tiba-tiba. Ia tentang lampin tiruan!

Kementerian Perdaganan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelatan dan Kedah telah merampas lampin tiruan bernilai lebih RM73,000. Sejumlah 234,250 lampin pakai buang tiruan telah dirampas di dalam serbuan jam 10 pagi hingga 4 pagi itu.

Pihak KPDNKK telah mendapat aduan daripada pemilik Cap Dagangan ‘POPODRY’, Max Global Enterprise mengenai lampin pakai buang yang menggunakan tanda dagangan palsu milik syarikat tersebut.

“Hasil siasatan, semua barangan itu dipercayai dibekalkan dari sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah,” kata Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun dalam sidang media selepas Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Serbuan tersebut tidak melibatkan sebarang tangkapan kerana pemilik barang rampasan tidak berada di premis.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 kerana mengguna, membekal, menawar, mendedah atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan cap dagangan berdaftar iaitu POPODRY.

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang menggunakan perihal dagangan palsu atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto ehsan Sinar Harian

Lampin tiruan mungkin berbahaya. Mengapa kita tak patut beli barang tiruan?

Terdapat banyak sebab mengapa kita tidak harus menyokong perniagaan barangan tiruan, contohnya seperti lampin tiruan ini. Antaranya kerana:

– asal-usul barangan tersebut yang tidak pasti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– mereka mengaut keuntungan atas usaha orang lain

– bahan yang digunakan tidak pasti selamat atau tidak

Namun sebab yang paling utama adalah kulit bayi anda sebenarnya adalah amat sensitif. Menggunakan lampin tiruan boleh menyebabkan kesan alergi yang teruk kepada mereka.

Kesan seperti melecet, gatal-gatal dan malah luka juga boleh berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tip mengelak daripada terbeli lampin tiruan

Sekarang anda sudah tahu apa akibatnya pada bayi jika anda membeli lampin tiruan, mari kita ketahui bagaimana cara untuk mengelak daripada terbelinya pula. 

Anda seharusnya:

– membeli lampin anak dari kedai yang diiktiraf

– jangan beli jika harga yang ditawarkan tidak masuk akal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– elakkan membeli lampin yang telah dipaket semula

– elakkan membeli sekiranya bungkusan kelihatan berbeza dari biasa

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: Berita Harian, Malaysia Kini, Utusan

Baca juga:

Amaran seorang ibu: ‘Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda’

 

Penulis

Aqma