10 Langkah Keselamatan Di Eskalator Yang Ibu Bapa WAJIB Ingat!

Tahukah anda ada 38 kes kemalangan kanak-kanak yang melibatkan eskalator? Tapi masih ramai yang ambil ringan 10 langkah keselamatan ini! Ia boleh mengundang bahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa tak peka tentang keselamatan di eskalator

Golongan ibu bapa adalah antara yang paling banyak melakukan kesalahan ketika menaiki eskalator.

Contohnya, ada yang tak memegang tangan anak mereka dan ada pula yang membiarkan mereka menaiki eskalator itu bersendirian.

Walaupun sudah banyak kejadian yang melibatkan kanak-kanak, tapi ramai lagi yang masih tidak mengambil serius bahayanya eskalator apabila tidak digunakan dengan betul.

Salah siapa jika kanak-kanak tercedera di eskalator?

Sebanyak 38 kes kemalangan eskalator telah direkodkan di seluruh negara dari tempoh 2011 hingga Jun 2016.

Ada yang tertanya-tanya siapakah yang harus dipersalahkan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah pihak pengurusan bangunan atau syarikat penyelenggaraan eskalator yang bersalah?

Bagaimana pula dengan pengguna sendiri yang juga menjadi penyumbang dengan membiarkan anak mereka bermain berdekatan dengan kemudahan ini?

Kebanyakkan pihak pengurusan bangunan telahpun menambahkan ciri-ciri keselamatan seperti memasang palang tambahan untuk menghalang kereta sorong bayi, meninggikan tembok cermin penghalang dan jaring keselamatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah-langkah keselamatan juga sudahpun terpapar dengan terang sebagai peringatan kepada semua penggunanya.

Tetapi jika pengguna sendiri masih pandang ringgan langkah-langkah keselamatan ini, maka kita akan mengakibatkan tragedi sama berulang kembali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Bahayanya Membawa Anak Meluncur Papan Gelongsor

10 langkah keselamatan di eskalator yang WAJIB diketahui dan diikut oleh ibu bapa

  • Awasi kanak-kanak setiap kali menaiki eskalator. Jangan benarkan mereka duduk, bermain atau bersandar pada selusur tangga bergerak.
     
  • Sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak. Pastikan tali kasut diikat dengan betul dan elakkan dari memakai kasut jenis ‘clogs’. Elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi.
     
  • Setiap kali melangkah, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh agar tidak terperangkap.
     
  • Ibu bapa haruslah pandang ke hadapan dan pegang susur tangan. Tapi, pastikan anda melarang kanak-kanak dari memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka. Pernah dilaporkan kes di mana tangan seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun hancur apabila tersepit pada tangga eskalator. 
     

 

  • Mendukung kanak-kanak kecil adalah lebih baik daripada menyuruh mereka menaiki sendiri. 
  • Gunakan lif sekiranya membawa kereta sorong bayi, kerusi roda, skuter elektrik, shopping cart, bagasi dan lain-lain.
     
  • Semasa melangkah meninggalkan eskalator, jangan teragak-agak lantaran kelewatan boleh menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain di belakang.
     
  • Berdiri di sebelah kiri dan beri ruang kepada pengguna yang sedang bergegas berjalan di sebelah kanan.
  • Ketahui di mana butang kecemasan.
  • Melarang kanak-kanak dari bermain, meletakkan kaki di besi penghadang dan duduk di eskalator yang sedang bergerak

Sumber: Astro Awani dan Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kanak-kanak parah, jatuh ketika naik eskalator: Bagaimana anda boleh mengelakkannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio