Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Mengelak Keracunan Merkuri

Jangan dianggap remeh apabila merkuri tumpah di rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebelakangan ini kita selalu baca tentang banyak kejadian tumpahan merkuri di sekolah, di rumah, di makmal, bahkan di hospital.

Pada hari Sabtu lepas, sepasukan Unit Pasukan Menangani Bencana Bahan Kimia (Hazmat) telah bertindak pantas untuk membendung tumpahan cecair merkuri di sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki dan anak perempuannya.

Ayah kepada anak perempuan tersebut, telah menjatuhkan termometer itu dengan tidak sengaja, selepas menyukat suhu anaknya yang tidak sihat.

Pasukan Hazmat telah mengambil masa kira-kira satu jam untuk membersihkan tumpahan tersebut.

Apakah Merkuri?

Secara umum logam merkuri wujud dalam bentuk cecair pada suhu blik sekitar 25 darjah celcius dengan takat beku -39 darjah celcius. Ia terkandung dalam banyak produk, termasuk:

  • bateri
  • termometer, dan alat-alat pengukur lain
  • suis elektrik
  • lampu
  • amalgam gigi (untuk tampalan gigi)
  • terutamanya produk yang memutihkan kulit dan kosmetik lain

WHO menganggap logam cair ini sebagai salah satu daripada sepuluh bahan kimia utama yang memudaratkan kesihatan awam. Ia juga bahan yang berbahaya kepada manusia, terutamanya bayi, kanak-kanak kecil, ibu mengandung dan janin. Ibu-ibu yang hamil boleh melahirkan bayi-bayi yang cacat mental atau fizikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Merkuri adalah sejenis neurotoksin iaitu toksin yang berupaya merosakkan sistem saraf. Apabila ia mengalir dalam darah, ia juga boleh merosakkan otak, tulang belakang dan saraf-saraf lain.

Merkuri biasanya masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan atau minuman, tetapi ia juga boleh masuk melalui penafasan kerana ia unsur yang senang meruap.

Kanak-kanak yang cacat mental atau fizikal disebabkan keracunan merkuri di negara Jepun. Sumber gambar – slideshare

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Langkah-langkah keselamatan

  1. Buka tingkap, pintu, jika ada aircond atau kipas tutup semua. Biar udara beredar semulajadi daripada luar.
  2. Hubungi pihak Bomba untuk pertolongan.
  3. Tanggalkan pakaian yang tercemar dan masukkan dalam beg plastik.
  4. Jika terkena kulit atau badan, cuci dengan air selama 15 minit untuk mengeluarkan sebanyak merkuri yang mungkin. Dapatkan rawatan segera.
  5. Jika anda secara tidak sengaja memecahkan termometer, jangan gunakan vakum untuk bersihkannya kerana haba sedutan boleh menyebabkan gas merkuri meruap dan merebak ke seluruh rumah.
  6. Pembersihan biasanya dilakukan dengan menggunakan serbuk sulfur dan peluntur tetapi jika ada tidak pasti langkah pembersihan yang betul, tunggu pihak Bomba tunjukkan.
  7. Jika mangsa berhenti bernafas, gunakan beg dan mask untuk memberi udara.  Jangan melakukan pernafasan mulut-ke-mulut, kerana ini akan mencemarkan penyelamat juga.
  8. Bawa mangsa untuk pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan.
  9. Pantau kesihatan mangsa berkenaan untuk ciri-ciri mual, muntah, demam atau lemah-lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki selama 2 minggu.

Kejadian merkuri tumpah ini mungkin nampak remeh tetapi sebenarnya ia satu perkara yang serius dan merbahaya. Mereka yang alami kejadian ini perlu tenang dan hubungi pihak sepatutnya untuk dapatkan pertolongan segera.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: MStar, WHO

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio