Bahaya Apabila Anak Stress, Ketahui Tanda & Langkah Mengatasi Stress Pada Anak-Anak

Ibu bapa memang sentiasa hendakkan yang terbaik buat anak-anak jadi tidak terkejutlah jika mereka meletakkan harapan yang tinggi pada anak, lantas mewujudkan tekanan pada mereka anak-anak untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh ibu dan ayah. Walau bagaimanapun, terlalu memberi tekanan pada anak akan mewujudkan tahap stres yang bahaya bagi tumbesaran mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada ibu bapa yang tidak hendak melihat cahaya mata mereka berjaya, jadi ibu dan ayah akan berkorban untuk memastikan anak-anak berjaya tetapi tanpa mereka sedari, mereka sedang mewujudkan tahap stres yang tinggi pada anak yang boleh menjadi bahaya pada tumbesaran mereka. Ketahui langkah mengatasi stress sekarang sebelum terlambat.

Walaupun niat ibu dan ayah untuk melihat cahaya mata mereka berjaya adalah niat yang mulia, tetapi jika anda terlalu memberi tekanan pada anak pun tidak elok juga untuk tumbesaran mereka. Tahap stres yang terlalu tinggi kepada anak-anak anda boleh membuahkan banyak masalah pada diri mereka dari pelbagai aspek.

Langkah mengatasi stress pada anak- Ketahui kesannya

Foto: Orami

Tahukah anda tekanan yang terlalu tinggi dari ibu bapa kepada anak-anak boleh menjejaskan tumbesaran fizikal, mental, emosi serta personaliti mereka? Ketahui kesan-kesannya dan mengapa anda perlu berhenti terlalu memberi tekanan pada si manja.

  • Kesan terhadap fizikal

Sesetengah anak-anak yang menghadapi tekanan yang tinggi dari ibu bapa akan mengalami kesan secara fizikal iaitu dengan menghadapi sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku dari tekanan emosi atau kesakitan pada perut yang berpunca dari masalah penghadaman atau simptom-simptom lain seperti mual atau perut berangin. 

Antara kesan stres lain terhadap fizikal anak termasuklah:

  • Selera makan berkurangan
  • Kencing malam (baru atau kerap)
  • Mendapat mimpi buruk
  • Gangguan tidur
  • Demam disebabkan kekurangan tidur

 

  • Kesan terhadap mental

Anak-anak yang mengalami kesan stres pada mental akan mendapati mereka mudah lupa dan lebih susah fokus. Lebih teruk lagi, apabila si manja mengalami kesan ini, prestasi mereka untuk berjaya akan menurun lantas melahirkan kerisauan kepada diri si manja sekiranya mereka tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh ibu dan ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kesan terhadap emosi

Kanak-kanak yang terkesan emosinya berpunca dari stres mungkin akan mempunyai kesukaran dalam meluahkan emosi mereka kerana mereka khuatir jika ibu dan ayah tidak akan memahami tekanan yang mereka hadapi. Ketahuilah bahawa jika cahaya mata anda sukar untuk bercerita dengan anda, mereka mungkin telah dibesarkan dalam persekitaran yang toksik.

Foto: majalah sains

Kesan-kesan lain oleh stres pada emosi anak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sentiasa risau dan gusar
  • Sukar untuk bertenang
  • Mempunyai fobia baru atau pertambahan fobia (takut pada gelap, takut berseorangan)
  • Menjadi teramat manja
  • Sering marah-marah, menangis atau kerap merengek
  • Tidak pandai mengawal emosi
  • Perlakuan yang agresif atau degil

 

  • Kesan terhadap personaliti

Sekiranya si manja anda menghadapi tekanan yang terlalu hebat, personaliti mereka mungkin akan berubah. Anak yang dahulunya sentiasa ceria dan tersenyum kini lebih suka untuk menyendiri kerana mereka merasakan bahawa mereka tidak perlu memenuhi harapan sesiapa jika mereka bersendirian. Cahaya mata anda mungkin sukar untuk bergaul dengan individu lain atau mempunyai masalah berinteraksi dengan normal disebabkan tekanan yang dihadapi.

Sekiranya anda merasakan bahawa anda telah terlalu memberi tekanan kepada anak anda untuk terus berjaya, hentikannya! Kadang-kala, stres itu memang bagus untuk pembentukan anak-anak tetapi jika ia terlalu berlebihan, anda hanya menyeksa si manja anda dari pelbagai aspek.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain dari memberi tekanan, anda boleh menyokong si manja untuk berjaya menggunakan cara lain yang lebih baik untuk tumbesaran anak anda.

Tetapi, sebelum itu, perbetulkan perbuatan anda dengan melakukan beberapa perkara ini.

Langkah mengatasi stress

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Detik

  • Sediakan persekitaran rumah yang selamat dan boleh dipercayai
  • Berkomunikasi dengan anak untuk tidak bekerja dengan terlalu keras, syorkan mereka untuk bekerja dengan nada sendiri
  • Jadi contoh terbaik untuk anak anda, kawal tahap stres anda dan atasinya dengan cara-cara yang sihat
  • Belajar memahami aduan anak. Perasaan anak-anak anda tidak patut diambil mudah kerana mereka juga individu yang mempunyai emosi dan perasaan
  • Bina keyakinan dan harga diri si anak dengan memberi puji-pujian terhadap proses kerja mereka lebih dari hasilnya
  • Berikan kebebasan untuk anak membuat keputusan sendiri. Jika keputusan anak tidak wajar, cuba berkompromi dengan mereka dengan menyenaraikan baik buruk keputusan tersebut.

Langkah mengatasi stress dengan komunikasi

  • Mempunyai keberadaan dalam hidup anak. Anak anda mungkin ada masa yang mereka gemar untuk mula berkomunikasi dengan anda. Fahami waktu mereka dan hadirlah untuk mendengar masalah mereka tanpa memberi komen-komen kritikal. Dengar dengan penuh teliti dan hormat.
  • Anda boleh memulakan perbualan. Jika anda perasan bahawa anak anda menghadapi stres, anda boleh memulakan perbualan dengan bertanyakan hal mereka. Elakkan perancangan aktiviti lain pada waktu ini.
  • Memberi respons yang wajar. Sama seperti anda berkomunikasi dengan rakan-rakan anda, jangan membandingkan permasalahan pada zaman anda dengan anak anda. Pastikan respons anda mementingkan emosi si manja dari emosi anda. Jika anda beremosi ketika berkomunikasi, cahaya mata anda pasti tidak akan mendengar apa yang hendak anda kongsikan.

Moga bermanfaat ya ibu ayah. Harap langkah mengatasi stress pada anak ini boleh membantu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Center for Anxiety Disorders, MedlinePlus, American Psychological Association

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan