5 Tempat Paling Kotor & Banyak Virus Di Airport, Hati-Hati Ibu Ayah Bawa Anak Bercuti Esok!

Jika anda mahu bercuti menaiki kapal bersama keluarga, anda perlu tahu tempat paling kotor di lapangan terbang supaya anda tak dijangkiti penyakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Percutian bersama keluarga pastinya menyeronokkan. Tapi dengan keseronokan bercuti, anda perlu tahu tempat terkotor di terutama sekali di lapangan terbang!

Anda mesti tak mahu anak mendapat jangkitan dari tempat ini dan merosakkan seluruh percutian yang dirancang kan?

Apa tempat terkotor di lapangan terbang?

Tempat awam seperti airport memang dipenuhi dengan bakteria dan virus. Ramai orang, termasuk anak-anak anda terdedah dengan patogen berbahaya di dalam kapal terbang, tempat menunggu dan tandas setiap hari.

Seperti yang dipetik Travel+Leisure, Dr. Alison Galdy dari Universiti Minnesota bahagian Pencegahan Jangkitan menekankan “menaiki kapal terbang mungkin mempercepatkan penyebaran virus H1N1 pada tahun 2009!”

Ada beberapa tempat di airport yang anda dan keluarga anda perlu cuba elakkan dari memegangnya:

 

Walau bagaimanapun, sebenarnya, tempat paling terkotor di lapangan terbang adalah dulang yang digunakan oleh pegawai kastam untuk memeriksa kandungan terlarang!

Ini kerana, penumpang kapal terbang boleh meletakkan apa-apa saja dalam dulang ini – dari berus gigi ke lampin anak – secara rutin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah lagi, dulang-dulang ini sangat jarang dibersihkan!

Tip percutian keluarga untuk mengelak patogen berbahaya di lapangan terbang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Brenda Powell, doktor perubatan dari Amerika menerangkan, ketika menaiki kapal terbang, orang akan “memegang benda yang beratus-ratus orang lain dah sentuh dan virus selesema boleh hidup pada objek tak bernyawa untuk jangka masa agak lama.”

Menurut Mayo Clinic, virus selesema adalah patogen yang kuat. Ia boleh hidup pada permukaan kasar seperti besi tahan karat, plastik atau permukaan kasar yang lain selama lebih 48 jam. 

Macam mana kita nak lindungi diri kita dan paling penting anak-anak kita dari mendapat penyakit di lapangan terbang? Ini adalah beberapa tip yang boleh anda ikut untuk kurangkan risiko jangkitan selesema.

Elak dari menyentuh permukaan pada kapal terbang dan lapangan terbang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Elakkan dari menyentuh tombol pintu sebelum dan selepas menggunakan tandas di airport. Sebaliknya, ambil tisu kertas dan gunakannya untuk membuka tombol pintu.
  • Elakkan dari memegang kerusi apabila anda berjalan di lorong kapal terbang. Jika anda tak ada pilihan lain untuk stabilkan diri anda, pakai sanitizer sejurus selepas anda kembali ke tempat duduk.
  • Basuh tangan dengan kerap.
  • Permukaan lain yang anda tak patut sentuh adalah kulit pada muka. Memegang muka akan menyebarkan kuman dengan cepat.
  • Jangan sentuh mata dan mulut juga.
  • Jika anda sakit tapi perlu mengembara, cuba untuk batuk pada dalam siku anda dan bukan pada tangan.

Perbaiki pertahanan anda

Sangat susah untuk anda dapat kerusi kosong pada musim cuti. Ini bermakna anda tak boleh tukar tempat jika ada penumpang lain di sebelah sakit.

“Jika seseorang batuk atau bersin antara tiga kerusi pada mana-mana arah, anda mungkin boleh dijangkiti,” kata Brenda.

Tapi, ini tak bermakna anda akan dapat penyakit seperti selesema. Perkara terbaik yang perlu anda lakukan adalah memperbaiki ketahanan anda. Cuba lakukan tip berikut:
  • Semburkan beberapa semburan nasal pada hidung sebelum berlepas dan selepas mendarat. “Udara kapal terbang sangat kering dan ia akan mengeringkan membran mukus anda, dan akan mengurangkan pertahanan anda pada jangkitan, tapi dengan mengekalkan kelembapan, ia boleh membantu,” terang Brenda.
  • Pakai topeng muka kerana ia berikan anda perlindungan pada penumpang lain jika anda sakit, atau perlindungan untuk anda jika ada penumpang lain yang sakit.

Jadi, sebelum berangkat ke lapangan terbang, persiapkan diri anda dan keluarga dengan barang keperluan untuk melindungi anda dari dijangkiti penyakit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: Bayi Maut Tiba-Tiba Lepas Naik Flight, Anda Tahu Risiko Bayi Naik Flight?

Penulis

Nadia Ghafar