Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

Lapisan Pâtisserie telah mencapai satu lagi mercu jaya apabila menerima sijil Halal secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk cawangannya di Mid Valley Megamall

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KUALA LUMPUR, 22nd April 2025 – Pensijilan ini merupakan satu pengiktirafan yang membuktikan komitmen jenama tersebut dalam mengutamakan nilai-nilai pelanggan Malaysia sebagai teras utama untuk terus kekal relevan.

Sejak hari pertama pembukaan, kami telah menyajikan makanan yang sesuai dan mesra untuk pelanggan beragama Islam, dan kini dengan bangganya kami berkongsi bahawa Lapisan Pâtisserie telah secara rasmi menerima pensijilan Halal!”

Dengan pengiktirafan ini, kami komited untuk mengekalkan standard kualiti tertinggi bagi semua sajian yang ditawarkan dalam menu kami, serta memastikan setiap hidangan memenuhi kriteria keselamatan makanan dan kebersihan premis seperti yang ditetapkan oleh JAKIM.

Pensijilan ini merupakan satu pencapaian penting dalam pembangunan keseluruhan jenama Lapisan Pâtisserie,” kata Darren Sim, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Secret Recipe Cakes & Café.

“Dedikasi kami terhadap kualiti dan kreativiti adalah nadi dalam setiap apa yang kami lakukan, dan kami yakin jenama Lapisan Pâtisserie akan semakin kukuh berkembang berkat sokongan berterusan para pelanggan kami. Berbekalkan pencapaian ini, kami bersemangat untuk membuka lembaran baharu dengan meluaskan capaian dan memperkenalkan Lapisan Pâtisserie kepada lebih ramai pelanggan,” Ryan Chung, Pengurus Pemasaran di Secret Recipe Cakes & Café.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastri terkenal seperti Honey Toast, roti susu bakar yang disalut dengan madu, mentega dan dilengkapkan dengan saduran gula hangus (caramel glaze) sebagai sentuhan akhir yang menghasilkan lapisan luar berwarna keemasan yang rangup dan serta tekstur tengah yang gebu, kini boleh dinikmati oleh pelanggan Lapisan Pâtisserie. Sajian menarik lain termasuklah Strawberry Maritozzo, ban manis dengan krim chantilly mascarpone dan dilengkapi dengan strawberi segar serta Peach Delight Danish, yang diperbuat dengan doh croissant, diisi krim almond dan hirisan pic yang menyelerakan.

Sejak pembukaannya pada Ogos 2024, Lapisan Pâtisserie telah menempa nama dalam industri sajian pencuci mulut di Malaysia yang pesat berkembang dengan  memikat hati pelanggan melalui pastri inovatifnya. Lapisan Pâtisserie bukan sekadar menawarkan pencuci mulut, tetapi juga menjanjikan pengalaman menjamu selera yang menarik, dengan persekitaran kafe yang direka dengan teliti, bagi mencapai kesempurnaan dalam citarasa, daya cipta dan layanan mesra.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan pensijilan Halal yang baru diperoleh, Lapisan Pâtisserie semakin bersedia untuk mengalu-alukan lebih ramai penggemar makanan pencuci mulut, sambil menyediakan sajian yang menambat selera yang turut memberikan ketenangan minda. Persijilan ini menyokong aspirasi jenama Lapisan Pâtisserie untuk mengembangkan operasi mereka di dalam dan luar negara di samping, mengukuhkan komitmen dan membuktikan dedikasi mereka terhadap kecemerlangan dan kepelbagaian.

Untuk maklumat lanjut dan promosi yang akan datang, sila layari laman Facebook dan Instagram Lapisan Pâtisserie di www.facebook.com/lapisanmy dan www.instagram.com/lapisanmy.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan