8 Tip Praktikkan Latihan Bebas Lampin Pada Waktu Malam Untuk Anak

Bukan mudah nak ajar anak guna tandas pada waktu malam. Tapi kami ada sediakan 8 tip ini untuk memudahkan kerja anda mengajar anak potty training.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajar anak guna tandas (potty training)

Anak anda sudah boleh berkomunikasi bila mereka mahu ke tandas di siang hari? Tahniah! Tapi apa seterusnya? 

Kebanyakkan ibu bapa takut untuk memulakan latihan bebas lampin pada waktu malam pula.

Ini hanya kerana ia akan melibatkan tidur yang lebih singkat, lebih banyak cucian dan macam-macam lagi.

Latihan bebas lampin pada waktu malam sememangnya berbeza dari latihan bebas lampin pada waktu siang.

Ini kerana anak-anak belum betul-betul boleh mengawal badan mereka semasa tidur. Mereka belum pandai bangun sendiri jika hendak buang air.

Tapi jangan bimbang ibu bapa semua.

Berikut adalah beberapa tip untuk menjalankan latihan bebas lampin di waktu malam untuk anda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Hadkan minum air sebelum tidur

Foto ehsan: Pixabay

Kebanyakkan pakar menyarankan anak-anak untuk tidak diberi air selepas waktu makan malam.  Jika anda masih ingin memberi mereka susu atau jus, pastikan ia dalam kuantiti yang sedikit saja.

2. Pergi ke tandas sebelum tidur

Walaupun mereka tidak mahu ke tandas, paksa mereka pergi sebelum masuk tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini mengurangkan peluang untuk mereka bangun di tengah malam dan membantu mereka tidur dengan lebih nyenyak.

3. Kejutkan anak dan bawa mereka ke tandas

Foto ehsan: Flickr

Seorang ibu, Nalika Unantenne berkongsi yang beliau akan mengejut anak-anak di tengah malam untuk membawa mereka ke tandas bagi membuang air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum anda tidur, kejutkan anak anda dan bawa mereka ke tandas dulu. Anak anda mungkin akan marah atau menangis, tetapi cuba untuk tidak marah dan pujuk dia buang air.

4. Pakai pakaian yang senang ditanggal

Pengguna Parent Town, Pamela Pradhan mencadangkan supaya anda memakaikan pakaian yang senang ditanggalkan pada anak-anak seperti seluar getah.

Jangan pakaikan pakaian yang sukar ditanggal. Dan juga, pastikan terdapat pakaian lebih berdekatan anda sekiranya terjadi sebarang ‘kemalangan’.

5. Guna tandas sebaik saja bangun tidur

Foto ehsan: Flickr

Pastikan anda akan membawa anak ke tandas sejurus saja kalian bangun tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun mereka tidak buang air sepanjang malam, mereka masih perlu buang air keesokan paginya. Pastikan mereka membuang air di tandas dan bukan di dalam lampin!

6. Mula dengan lampin seluar, kemudian tukar ke seluar dalam

Jika anda terlalu risau dengan ‘kemalangan’, mulalah ajar anak dengan lampin pakai buang seperti seluar.

Selepas ke tandas sebelum tidur, pakai lampin pakai buang tersebut. Tanggalkan lampin itu sejurus bangun tidur dan jika lampin tersebut masih kering, anda boleh tukar ia ke seluar dalam.

7. Jika berlaku kemalangan, bertenang

Bukan mudah untuk kekal bertenang pukul 3 pagi jika terjadi “kemalangan” dengan anak kecil ini.

Tetapi stress atau marah boleh memberi kesan yang mendalam terhadap anak anda. Mereka mungkin akan rasa mereka telah mengecewakan anda dan rasa tidak yakin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mengelaknya, anda boleh melabur untuk membeli pengalas tilam kalis air.

Sekurang-kurangnya tilam anda selamat. Dan anda kurang rasa stress untuk menjemur tilam.

Foto ehsan: Flickr

8. Ganjaran untuk malam yang berjaya

Setiap kali mereka berjaya tidak buang air di katil atau tilam, berikan mereka ganjaran. Dan jangan malukan mereka kerana tidak berjaya untuk tidak buang air.

Anak perempuan dikatakan lebih mudah dilatih berbanding anak lelaki.

Tetapi setiap anak adalah berbeza, ada yang mungkin mudah, ada yang mungkin menguji kesabaran.

Walaupun melatih anak bebas memakai lampin akan memakan masa dan kadang-kala mengecewakan, ia adalah perkembangan penting untuk anak anda dan ia pasti akan berlalu.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comajar-anak-anda-guna-tandas-dalam-masa-3-hari-sahaja-kaedah-potty-training-ini-sangat-berkesan/

Penulis

Aqma