Seronok Betul Lawatan Maya Farm In The City, Tahniah Buat Pemenang Bertuah!

Lawatan maya Farm In The City yang berlangsung sabtu lalu memang cukup menyeronokkan. Tahniah kepada pemenang bertuah memenangi rangkaian Nivea Baby!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sabtu lalu telah berlangsungnya lawatan maya yang cukup berinformatif di Farm In The City dibawakan khas oleh theAsianparent dengan kerjasama Nivea Baby. Harap anda dan anak-anak enjoy dan sedikit sebanyak menimba ilmu mengenai kehidupan haiwan di ladang!

Apa yang lebih menarik, dalam sesi Live yang berlangsung selama 1 jam itu, bukan saja memberi peluang kepada penonton untuk melihat keunikan dan keseronokan Farm In The City, malah mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dari Nivea Baby!

Antara hadiah yang dimenangi adalah set produk bayi Nivea Baby bernila RM150 dan set produk Nivea untuk seisi keluarga bernilai lebih RM350! Siapa tak seronok dapat produk penjagaan badan lengkap untuk satu keluarga bukan? Tahniah buat pemenang ya, yang tidak berpeluang tu janganlah bersedih, kalau ada lagi sesi live sebegini, jangan lepaskan peluang!

Untuk recap semula sesi Live di ladang tersebut, jom kita cuci mata dengan gambar-gambar sepanjang kami di Farm In The City. 

Lawatan menarik di Farm In The City 

Farm In The City ini berbeza sedikit dari zoo, di mana anda boleh berinteraksi dengan haiwan lebih dekat, boleh pegang, beri makan dan mengambil gambar bersama! 

Di sini terdapat 17 stesen menarik untuk anda kunjungi, serta 100 spesis haiwan yang berbeza membuat anak-anak teruja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Burung-burung terbang bebas

Host, Paris bersama teman baiknya

Sangkar burung yang luas dan lapang. Pengunjung digalakkan untuk berinteraksi dengan burung dengan memberi makan dan membelai mereka serta berpeluang untuk bergambar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Gua Reptilia

Selami dunia reptilia di Reptiles Cavern dan lihat lebih dekat haiwan liar seperti Retic Python, Dwarf Caiman dan Mangrove Snake.

#3. Moods Lake

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tasik besar dengan air jernih ini menjadi tempat tinggal haiwan-haiwan seperti Mandarin Ducks, Whistling Duck, Emperor Geese, Canada Geese, Cape Shelducks, Ruddy Shelducks, Common Shelducks, Caroline Ducks, Black Swans dan White Swans. Tasik ini juga merupakan rumah bagi kawanan Undan.

#4. Pet Village

Pengunjung digalakkan untuk berinteraksi dan bermain dengan arnab dan guinea pigs. Anda berpeluang untuk memberi makan mereka dan mengambil gambar bersama mereka.

#5. Memancing Longkang

Memancing ikan tradisional di masa lalu adalah di “longkang”. Jadi ia bertujuan untuk mengimbau memori lalu  mengenai bahagian warisan budaya kita yang patut dipelihara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Berjalan di hutan

Pengunjung boleh berjalan bersama-sama haiwan yang unik seperti Common Marmoset, Iguana, Porcupine Crested African dan Kirk’s Dik Dik.

#7. Ladang Sayur Malaysia

Rekreasi ladang sayur jenis desa khas di Malaysia. Kebun dengan lebih dari 60 jenis pokok buah-buahan tropika dan tumbuh-tumbuhan, pameran luas lebih dari 60 pokok buah-buahan tropika dan tanaman eksotik.

#8. Savanna Station

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sini terdapat haiwan comel seperti Alpaca! Tahu tak Alpaca ini tergolong dalam spesis Llama dan Unta. Dan apa yang paling mengujakan, bulu Alpaca ini adalah kalis air dan api! Hebatnya, kalau nak sentuh dan lihat sendiri haiwan comel dan unik ini, anda boleh temuinya di Savanna Station!

Aktiviti untuk dilakukan

Apa yang lebih menarik, di Farm In The City ini anda lebih bebas untuk berinteraksi dengan haiwan. Cukup berbeza dari keadaan di Zoo. Ini antara apa aktiviti menarik yang boleh anda dan anak-anak lakukan bersama:

  • Beri makan dan berinteraksi dengan spesies Kura-kura Raksasa
  • Peluang untuk berinteraksi dengan lebih daripada 100 spesies haiwan jinak dan eksotik
  • Anda boleh lihat lebih daripada 300 ekor burung untuk seluruh dunia
  • Kagum dengan lebih dari 100 burung Malaysia dalam penerbangan bebas.
  • Panggil ribuan ikan Koi dengan membunyikan loceng.

Pembukaan Farm In The City untuk kunjungan 

Tahu ramai yang dah tak sabar untuk berkunjung ke ladang istimewa ini, dan berita baik untuk anda semua. Anda boleh membawa anak-anak dan seisi keluarga ke Farm In The City ini bermula 1 Oktober 2021. 

Anda boleh beli pakej keluarga dengan hanya Rm132 untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Waze sahaja Farm In The City, atau alamat ini: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia.

Selamat berlibur!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Lawatan Maya Sambil Belajar di Farm In The City