Ibu Ayah Yang Selalu Bagi Layanan 'Double Standard' Pada Anak Boleh Rosak Emosi Mereka -Pakar

Layanan ibu ayah kepada anak mestilah sama rata, jangan wujud double standard, nanti boleh rosak emosi anak, wujud rasa cemburu dan gaduh adik beradik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedar tak sedar besar peranan kita sebagai ibu bapa mendidik anak-anak. Terutama sekali dari segi layanan ibu ayah kepada anak-anak. 

Tahu tak sebahagian besar anak-anak kita suka bergaduh, ada rasa dengki dan marah itu puncanya adalah dari layanan ibu ayah yang tidak sama rata. 

Anda mungkin tak perasan, kerana kita ni ibu bapa bertindak mengikut naluri, jadi itu sering membawa kepada kebiasaan kita. 

Anak-anak yang mendapat tempiasnya. Mana tidaknya, bila mereka bergaduh saja, ibu ayah akan attack mana yang tua dulu, ataupun terus memilih pihak ‘anak favourite’. 

Mengikut perkongsian daripada Pakar Pediatrik Dr Ana Yasmin Azmi atau dikenali dengan nama Twitternya Dr Ana menyatakan ibu ayah kadangkala tidak perasan yang mereka suka melebihkan anak yang mempunyai persamaan karakter dengan mereka. Malah yang lain sikit ‘peelnya’ selalu menjadi mangsa. 

Perkongsian daripada Dr Ana mengenai layanan ibu ayah kepada anak-anak

Foto: Keluarga

Sebagai mak ayah kita kadangkala tak perasan yang kita suka lebihkan anak

Anak yang ada persamaan karakter dengan kita,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita sayang..

Anak yang lain sikit karakternya,

atau yang ada karakter kita tak suka sering jadi punching bag, kita lepaskan kemarahan,kekecewaan

Ada juga yang bezakan sebab,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak kebanggaan:

Sebab dia pandai atau dia jaguh sukan misalnya, atau dia lebih handsome atau comel dari yang lain misalnya. 

Anak sering buat salah

Kita sebenarnya kena bimbing mereka, sebab anak kecil ni mana tau apa..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang rajin

Bila ada yang rajin, yang lain nampak macam tak berguna

Rasa bersalah

Maksudnya parents salahkan dirinya sebab kekurangan anak dan sekarang fia nak trbus semula hingga abaikan yang lain..

Isk macam-macamlah kan sebab lain..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Be a conscious parents,

hati-hati jangan sampai ada suasana ‘pilih kasih’ dalam keluarga.

Sebab apa tau, 

Bila ada pilih kasih,

Anak yang jadi pilihan mungkin rasa rimas atau rasa dia special dan dia berkuasa buat apa sahaja,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atau dia sendiri rasa serba salah dengan beradik lain

Anak yang bukan pilihan pula akan rasa tidak disayangi,

tiada keyakinan diri, makan hati..

Akhirnya membawa kepada cemburu antara adik beradik

Merajuk lalu tak mahu rapat dengan mak ayahnya,

Ada kajian percaya, perbezaan personaliti individu 75% adalah disebabkan bagaimana keluarga melayan mereka.

Saya kongsi ni sebab saya nak semak diri saya sendiri.. 

Saja tulis sini,

Mana tau ada manfaat buat sahabat semua..

Manfaat melayan anak dengan sama rata

Foto: Keluarga

#1. Adik beradik lebih akrab

Apabila tidak wujud ‘double standard’ dalam adik beradik maka tiadalah salah faham rasa cemburu yang keterlaluan dalam diri anak-anak. 

Tipulah kalau tiada langsung rasa cemburu, kerana ia adalah sifat semula jadi manusia, malah boleh wujudkan persaingan yang sihat dalam adik beradik. Tidak kiralah untuk pencapai akedemik atau akhlak. Jadi, sikit itu tidak mengapa tapi kalau keterlaluan buruklah padahnya. 

#2. Tingkatkan keyakinan anak

Jika ibu ayah tidak membandingkan anak dari segi layanan, anak-anak pun secara tidak langsung dapat membesar dengan keyakinan yang baik. 

Tiada rasa rendah diri yang keterlaluan dan rasa tidak yakin melakukan apa jua perkara. Sifat ini akan terserlah apabila mereka memasuki alam persekolahan. Jika wujudnya perbandingan di rumah, nanti di sekolah mereka akan sukar untuk bersosial, malu untuk bertanya soalan pada guru dan sebagainya. 

#3. Anak yang lebih bongsu akan melihat kakak dan abang sebagai inspirasi

Cuba bayangkan anda selalu memuji anak-anak yang lebih tua, tentu yang muda ada rasa ingin menjadi seperti kakak dan abangnya. Berbeza apabila anda sering mengherdik dan memarah yang tua, maka yang muda ini akan hilang respek kepada kakak dan abangnya. Besar impaknya bukan?

Jadi, anda sebagai ibu ayah perlu bijak dalam melayani anak-anak. Walaupun kelihatan remeh namun impaknya cukup besar. Siapa kata parenting ini mudah? Tiada siapa. 

Ia tanggungjawab yang perlu digalas dengan tekun dan dengan hati yang redha. Jika anda tidak menjadi ibu ayah yang gigih, dan hanya bersikap acuh tak acuh dalam melayani anak-anak, maka hasilnya nanti janganlah pula anda pertikaikan ya. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Ana

Baca juga: 11 Sebab Kenapa Ibu Yang Garang Hasilnya Anak Mesti Berjaya